Monday, 5 May 2014

Senaman ikut bentuk badan

Kalau rajin membaca di internet ada yg bagi tips dan diet yg bagus mengikut jenis darah kan??
Tapi hari ni nak cite pasal senaman yg bagus ikut bentuk badan kita. Sebelum tu, apa kata kita tinjau dulu bentuk badan kita dalam kategori mana ok!!


Bentuk tubuh Epal

Memiliki kaki yg panjang dan jinjang, memiliki lemak pada bahagian tubuh dan menyebabkan kita kelihatan gemuk. Kiranya kategori ni yg jenis badan besar tapi kaki kecik. Dan selalunya bentuk gini memang obvious sangat. Nampak besar di bahagian atas sahaja. 

Bagi kita yg dalam kategori ni, kita kenala melakukan latihan kardio untuk membakar lemak terutamanya pergerakan pada bahagian perut ke bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan sebab ini akan menambahkan lagi berat badan kita.


Bentuk tubuh Pear

Mempunyai lebihan lemak yg terkumpul pada bahagian peha dan punggung. Senaman terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk meningkatkan kadar metabolisme. Digalakkan untuk melakukan senaman yg menggunakan lebih tenaga otot kaki. Baru la bahagian peha dan punggung boleh dikecilkan.


Bentuk tubuh Jam Pasir

Berpinggang ramping, tetapi lemak mudah terjadi di merata-rata tempat kalau tak dijaga. Orang yg badannya seperti ni perlu melakukan olahraga lari dan latihan kardio. Bagi jangka masa panjang, pastikan olahraga yg dilakukan membuatkan seluruh tubuh bergerak.


Bentuk tubuh Lurus

Bentuk tubuh lurus atau rectangle ni seperti tabung biasanya mengalami kegemukan di kawasan perut. Sebab tu adalah digalakkan untuk melakukan pelbagai jenis olahraga yg berbeza untuk setiap posisi tubuh kita.



Antara ke-4 jenis bentuk badan ni mana satu yg paling cantik??

Well, cantik ni kan subjektif. Terpulang la kepada mata yg memandang. Walau bagaimana pon, kalau diikutkan, majoriti yg mengatakan bentuk badan jam pasir la yg paling menarik.

Tepuk dada tanya diri sendiri. Yg penting sihat. Apa guna badan cantik tapi kita sendiri tak sihat. Ye tak??

Nak cuba produk Shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment