Thursday, 1 May 2014

Punca berat badan sukar turun

Mesti ramai yg mengeluh walau dah buat senaman secara konsisten, menjaga makan dan pengambilan kalori, ambil suplemen tapi berat badan tak jugak turun2. Ada yg dapat tengok kawan yg amalkan benda yg sama tapi dapat turunkan berat badan. Cuma kita je yg tak turun2 berat badannya. Kenapa sebenarnya? Apa masalahnya ye??

Meh la kita bincang kenapa badan kita susah sangat nak turun berat badan walaupun pelbagai cara dah dilakukan.

  • Badan kita kaya dengan toksin. Toksin disimpan dalam sel lemak dan badan akan memberi isyarat untuk menjaga toksin dalam sel lemak daripada turun ke sel darah yg akan menyebabkan kesan yg lebih buruk kepada badan. Nak dimudahkan cerita, pengambilan suplemen tak membantu disebabkan sebelum kita ambil suplemen tu kita tak detoks badan kita dulu. Sebab tu penting sangat untuk kita tahu yg set suplemen yg bagus untuk menurunkan berat badan ni bila dalam set tu ada agen detoks untuk kita buang toksin degil dalam badan. Kalau badan penuh toksin, suplemen atau vitamin yg kita ambil susah nak serap dalam badan kita. 
  • Tekanan yg kronik. Sekiranya kita sering hidup dalam keadaan resah, tertekan, sedih, maka badan kita akan mengeluarkan bahan kimia seperti hormon kortisol yg akan membuatkan badan kita lebih cenderunh menyimpan lemak, terutamanya di sekitar perut. Buat apa nak tertekan? Take a break. Buat senaman yg menggembirakan. Pergi gym bersosial ke. Keluarkan stress dengan cara yg sihat. =) Kenaikan badan di sekitar pinggang akan memberikan risiko yg tinggi kepada kesihatan kita berbanding lemak di punggung dah peha. Yg ni dah tentu. So kurangkan tekanan supaya lemak tak berkumpul di perut ok!!
  • Hipotirodisme. Benda ni berlaku jika kelenjar tiroid tak aktif, badan tak akan mengeluarkan hormon tiroid yg cukup untuk membantu membakar lemak. Akibatnya kadar metabolisme badan akan jadi rendah dan kita akan menyimpan lebih lemak berbanding membakarnya terutamanya jika kita tidak aktif secara fizikal.
  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Penyakit ini hasil daripada hormon yg tak stabil. Antara simptom-simptom PCOS ialah period yg tak teratur, jerawat, bulu muka yg berlebihan, rambut terlalu nipis, sukar mengandung dan kenaikan berat badan bukan disebabkan pengambilan makanan yg berlebihan.
  • Sindrom 'cushing'. Sindrom ni berlaku bila kelenjar adrenal yg terletak di atas buah pinggang mengeluarkan terlalu banyak kortisol yg akan membuatkan lebih banyak lemak terbentuk di wajah, belakang atas badan dan abdomen membentuk bahagian badan antara toraks (dada) dan pelivis (punggung)
  • Kemurungan. Orang yg selalu dalam kemurungan biasanya akan makan untuk mengatasi masalah emosi mereka.
  • Perubahan hormon di dalam badan. Sesetengah wanita mengalami kenaikan berat badan bila mengalami perubahan hormon. Contohnya ketika akil baligh, mengandung dan menopaus.
  • Pengambilan air soda. Soda memang sinonim dengan minuman yg mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tidaklah menjadikan perut kita kenyang. Sebab tu walaupun kita minum soda, keinginan untuk makan dalam kuantiti yg banyak tetap ada. Pengambilan 2-3 gelas soda sehari mungkin menyebabkan berat badan kita bertambah sehingga 30% daripada biasa.
  • Kurang tidur. Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda kita dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi, semakin sikit masa kita tidur, semakin banyak masak kita makan.
  • Tak bersarapan. Seseorang yg melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yg mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Membiarkan perut kosong pada waktu pagi akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan kita makan banyak pada waktu tengahari. Maka, jangan skip meals!!
  • Makan terlalu cepat. Kunyah makanan perlahan-lahan. Dengan mengunyah secara perlahan, kita akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali kita makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat signal dari otak bahawa kita dah kenyang.
  • Kurang minum air putih. Dalam kajian, seseorang yg menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yg tidak minum.
  • Berkawan dengan mereka yg sama berat badan. Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila berkawan dengan orang yg ada obesiti. Itu tak bermaksud kita tak boleh berkawan dengan mereka yg berbadan besar pulak. Tapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajakla kawan pergi bersenam dan amalkan pola permakanan yg sihat.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat. Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, masi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yg menyebabkan kita nak makan lagi. Jadi gantikan karbohidrat sederhanan dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.
  • Makan dengan potongan besar. Seseorang yg makan dengan potongan yg besar boleh menambah kalori di dalam badan mereka sebanyak 50% berbanding mereka yg mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.
  • Malas bersenam. Walaupun kita telah mengurangkan pengambilan makanan, tapi mungkin kita tak dapat mengecilkan bahagian pinggang kita yg berlemak tanpa senaman. Kesimpulannya, badan kita akan lebih cepat berisi bila kita malas bersenam atau bersenam tetapi tidak konsisten.
  • Makan lewat malam. Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yg makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan kita untuk makan tengah malam tu menggila, carilah makanan yg mempunyai kandungan gula dan lemak yg rendah seperti susu rendah lemak, air masak, buah2an ataupun roti oatmeal.
Kredit : mysumber

Itu dia antara sebab kenapa badan kita susah nak turunkan berat walau macam mana sekalipun kita mencuba. Kadang2 bukan salah suplemen pon. Sebab suplemen ni hanya membantu untuk merangsang proses penurunan berat badan. 

Camnola nak kurus kalau dah gemuk 10 tahun tapi nak kurus dalam masa 10 hari?? Huhu.

Nak cuba set kurus shaklee? Saya amalkan set kurus ibu menyusu Shaklee. Memang berbaloi dan menjadi!! Bukan sekadar saya dapat kurus, anak pon dapat manfaat sama.


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok. Banyak tips yg saya nak kongsi dengan ibu2 yg menyusukan anak ni tips2 nak kuruskan badan cara selamat dan berkesan.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment