Friday, 9 May 2014

Makan ikut keperluan kalori!!




Kelmarin kita dah bincangkan pasal 1 sajian dalam piramid makanan Malaysia kan. Apa kata hari ni dengan simple je kita belajar pasal keperluan kalori ikut badan kita.

Kalau nak kurus atau nak kurangkan berat badan, banyak benda kena ambil kira. Makan ikut piramid makan tu satu hal jugak. Dalam masa yg sama, kita kena tahu berapa keperluan kalori dalam badan kita ni haa. Bukan pakai makan ikut selera je. Kalau kita tak tahu keperluan kalori badan kita ni berapa dan let say kita terlebih makan dan kurang bakar kalori yg kita ambik, camno eh nak kurangkan berat badan?

Kan dah tahu, lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan kita sebanyak setengah sehingga 1 kilogram dalam masa seminggu atau 2 hingga 4 kilogram dalam masa sebulan??

Kalau tiap bulan lebihan 500kcal tu ada, memang berat badan kita takkan turun la kekdahnya. Hehe.

Sebab tu saranan kedua di dalam Panduan Dietari Malaysia 2010 ialah memilih makanan seharian berdasarkan kepada jumlah saiz hidangan yg ditetapkan berdasarkan jantina, tahap aktiviti fizikal dan juga status berat badan semasa bagi mencapai matlamat berat badan yg ideal.

Jom tengok saranan pengambilan tenaga bagi kumpulan umur berikut:



CIri-ciri Kumpulan

Saranan jumlah tenaga dalam sehari

Wanita yg tidak aktif
1500 kalori
Warga tua
1500 kalori
Kanak-kanak
2000 kalori
Remaja Perempuan
2000 kalori
Wanita yg sederhana aktif
2000 kalori
Lelaki yg tidak aktif
2000 kalori
Remaja lelaki
2500 kalori
Lelaki yg aktif
2500 kalori
Wanita yg sangat aktif
2500 kalori
Lelaki & wanita yg kurang berat badan
(BMI > 18.5)
2500 kalori

Oh ye. Kalau ibu menyusu, sila tambah 550 kalori untuk ibu menyusu. Sebab kita ibu menyusu ni perlukan kalori lebih sikit. 

Sama jugak untuk ibu mengandung. Kalau di trimester pertama tambahkan 150 kalori dan lebih dalam pengambilan makanan. Dan kalau dalam trimester 3 dan 4, boleh tambah 350 kalori dan lebih.

Kalau macam saya, mengandung dan menyusukan acaner? Haha. Tambah dalam 700 kalori. Wow!!Terbaik!!

Ingat aritu kita ada belajar pasal saiz 1 hidangan kan? Kali ni kita tengok pulak agihan kuantiti saiz hidangan berdasarkan jenis kumpulan makanan mengikut keperluan tenaga dalam sehari.

Kumpulan Makanan
1500 kalori
2000 kalori
2500 kalori
Bijirin
4 hidangan
6 hidangan
8 hidangan
Buah-buahan
2 hidangan
2 hidangan
2 hidangan
Sayur-sayuran
3 hidangan
3 hidangan
3 hidangan
Daging / ayam/ ternakan
½ hidangan
1 hidangan
2 hidangan
Ikan
1 hidangan
1 hidangan
1 hidangan
Kacang / Kekacang
½ hidangan
1 hidangan
1 hidangan
Susu dan hasil tenusu
1 hidangan
2 hidangan
3 hidangan

Sebenarnya ada cara nak kira berapa kalori yg kita perlukan ni. Kalau rajin nanti saya kongsikan. Kalau tak, boleh je google cara kira kalori atau bukak website kevin zahri. Memang ada kat situ.

Makan cara sihat jom!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment