Friday, 23 May 2014

Kawal berat secara alami

Hari Jumaat yg mulia ni saya nak kongsi 2 cara nak kawal berat secara alami. Mudah sangat sebab tak perlukan produk. Hehe.

Lemon




Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.
 Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.
 Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.
 Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.
Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.
Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

Kunyit


Untuk yang tercari-cari kaedah untuk melangsingkan tubuh, boleh mencuba petua ini. Hiriskan lima jari kunyit segar dan tujuh helai daun sirih. Didihkan selama 30 minit bersama setengah sudu jintan hitam.
Sejukkan dan tapis. Semasa hendak minum, campurkan dengan tiga sudu madu. Minum dua kali sehari selama sebulan. Tentunya impian  untuk langsing menjadi kenyataan.

Kredit: Pa Ma

Apa kata cuba 2 cara ni? Mana tau boleh susutkan berat badan.

Pape pon, kena kawal pemakanan sama. Suplemen pulak untuk bantu percepatkan proses melangsingkan badan. Baru la bole sihat & kurus seiring.


Nak cuba set kurus shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment