Monday, 26 May 2014

Cara menentukan jantina anak melalui carta peking


Pernah dengar tak kaedah ni? Atau pernah tak come across carta peking ni? Hehe. Sebagai umat Islam kita kena tahu setiap apayg berlaku Allah dah tentukan dan semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Benda gini hanya sekadar suka2. Kalau kebetulan tepat dan mengena maka mungkin semua tu adalah kebetulan. Sebab benda ni pon ramalan diorg sejak berkurun lama. Kira macam petua diorang la nak menentukan. Diorang pon dah tentu ada kajian diorang jugak kan. Dan katanya carta peking ni boleh dikatakan 95% betul. Yg penting, Allah yg sebaik2 perancang. Hehe.

Ada banyak version gamba ni. Antara lain macam kat bawah ni.


Ada yg kata umur ibu kat carta peking ni refer pada umur ibu mengikut kalendar lunar. Ada yg cakap usia ibu masa konsepsi berlaku. Macam mana nak tahu tarikh persenyawaan kita tu ek? Mudah aje.

Boleh refer ke due date calculator ni untuk tahu start dari conception date sampaila ke due date kita. specific n details gitu. Hehe.

Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni masa saya mengandungkan zidane, memang betulla plak. Dapat anak lelaki. Kebetulan kan. Haha. 

Pape pon, tak kesah la kan. Yg penting anak sihat. Saya pon tak kesah sangat jantina anak. Ada rezeki dapatla anak perempuan kali ni. Kalau tak dapat pon takpe. Kasih sayang tetap serupa.

Okla, kalau ada yg nak cuba mengandung dengan set kesuburan Shaklee boleh la roger saya. Mana tau ada rezeki lepas ikhtiar nanti kan.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Friday, 23 May 2014

Kawal berat secara alami

Hari Jumaat yg mulia ni saya nak kongsi 2 cara nak kawal berat secara alami. Mudah sangat sebab tak perlukan produk. Hehe.

Lemon




Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.
 Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.
 Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.
 Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.
Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.
Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

Kunyit


Untuk yang tercari-cari kaedah untuk melangsingkan tubuh, boleh mencuba petua ini. Hiriskan lima jari kunyit segar dan tujuh helai daun sirih. Didihkan selama 30 minit bersama setengah sudu jintan hitam.
Sejukkan dan tapis. Semasa hendak minum, campurkan dengan tiga sudu madu. Minum dua kali sehari selama sebulan. Tentunya impian  untuk langsing menjadi kenyataan.

Kredit: Pa Ma

Apa kata cuba 2 cara ni? Mana tau boleh susutkan berat badan.

Pape pon, kena kawal pemakanan sama. Suplemen pulak untuk bantu percepatkan proses melangsingkan badan. Baru la bole sihat & kurus seiring.


Nak cuba set kurus shaklee??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Wednesday, 21 May 2014

Simple make up. Less is More!! =)


Hai korang. Arini menggedik nak kongsi cara saya make up. Apa yg sebenanye kita boleh buat dengan compact powder, eyeliner, blusher & lipstick??

To be honest, saya bukan la suka mekap yg tebal. Nak pakai krim pon ibu zidane ni dah tak koser. Haha. Dulu rajin gak la menepek foundation, concealer dan segala macam jenis krim. Dulu siap pakai krim siang krim malam. Sekarang tidak lagi. Maklumla, dah bertukar pada set enfuselle. Hehe. Cukupla dengan moisturizer. =)

So kat bawah ni apa yg saya guna untuk kulit muka. Set enfuselle dah tentu. Hydrating cleansing lotion ada kat umah. Pastu pakai hydrating toner, hydrating moisturizer & eye treatment. Complete set la kiranya. Kalau korang nak tau, saya stat pakai dalam bulan Disember tahun lepas. Ada saya kongsi dalam entri wajah bebas krim ni. Dan alhamdulillah, kulit tak kering sangat dah n yg paling best, tengok kuantiti toner & moisturizer dalam gamba ni. Masih banyak. Cleansing lotion je tinggal sket sebab cuci muka 2 ke 3 kali sehari kan. Eye treatment yg dalam tiub kecik tu pon masih ada. Memang worth for my money. Berbaloi sangat sebab tahan lama. Saya suka la bab penjimatan ni. Hehe. So tu untuk basic la

Tiba la masa menconteng muka. Saya memang suka mekap cuma saya kadang malas aje. Tapi semenjak ngandung ni ngengada nak mekap. Haha. Over tau. =P

Saya cuma guna 4 item ni aje. Eyeliner, blusher, matte lipstick & compact powder. Takde krim, takde foundation takde concealer. Biarla kulit bernafas sket. Mekap pon light2 aje. Bukannye retis nak mekap tetebal gitu. Haha. 


Kat bawah ni gamba sebelum dan selepas muka diconteng. See. Light mekap je. =) Nampak muka yg belah kiri tu. Sembab gitu. Yg belah kanan berseri la sket. Haha.






Saya paling suka mekap mata. Kalau dulu zaman anak dara smokey memanjang. Masa tu keje partime. Boleh la nak melawa sket. Skang dah berusia ni lagi prefer light mekap. Cukup sekadar pakai eye liner. See. Berbeza kan kalau kita touch mata sket. Bukan banyak pon. Hehe. Gambar ni takde edit nak bagi muka licin ke nak conceal jerawat ke. Takde kekdahnya nak guna camera 360 mahupun apa jenis apps sekalipon. Saya guna untuk tambah bingkai n letak wordings je. Kah kah.


Tu dia simple mekap saya. Ni la bekalan saya nak pegi keje atau keluar dating ngan suami. Takde yg lain daripada ni. Saya suke yg simple & natural. =)

Ingat ye korang. Less is more. 

Ok la, kalau nak beli produk Shaklee bole roger saya k.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Nak beli set Enfuselle sendiri? Klik link bawah ni. Tentu puas hati sebab beli sendiri. =)




Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Monday, 19 May 2014

Shaklee pilihan selebriti

Cite arini simple je. Saje nak share yg shaklee ni sebenanye pilihan selebriti jugak. Jom tengok sape selebritinya tu.


Yes, benar bagai dikata. Selebriti pilihan tu adalah Rita Rudaini. Siap amik vivix lagi tau. Memang tabik springgg!!!

Nways bukannya nak cite yg hanya mereka yg selebriti ni je yg boleh dan mampu makan shaklee. Ramai yg dok ceruk kampung seluruh malaysia masih pengguna tegar shaklee cuma dek kerana kita ni bukan selebriti kan. Maka org tak amik port sangat. Hehe.

Takpe. Kita amik contoh yg baik. Contoh mcm Rita Rudaini ni yg mmg jaga kesihatan & kecantikan dari dalam. Bila dalam sihat dan cantik maka luar pon cantik sama.

Nak cuba macam kak rita ni?

PM / CALL / SMS / WHATSAPP 016.331.4797 sekarang ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor :)


Friday, 9 May 2014

Makan ikut keperluan kalori!!




Kelmarin kita dah bincangkan pasal 1 sajian dalam piramid makanan Malaysia kan. Apa kata hari ni dengan simple je kita belajar pasal keperluan kalori ikut badan kita.

Kalau nak kurus atau nak kurangkan berat badan, banyak benda kena ambil kira. Makan ikut piramid makan tu satu hal jugak. Dalam masa yg sama, kita kena tahu berapa keperluan kalori dalam badan kita ni haa. Bukan pakai makan ikut selera je. Kalau kita tak tahu keperluan kalori badan kita ni berapa dan let say kita terlebih makan dan kurang bakar kalori yg kita ambik, camno eh nak kurangkan berat badan?

Kan dah tahu, lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan kita sebanyak setengah sehingga 1 kilogram dalam masa seminggu atau 2 hingga 4 kilogram dalam masa sebulan??

Kalau tiap bulan lebihan 500kcal tu ada, memang berat badan kita takkan turun la kekdahnya. Hehe.

Sebab tu saranan kedua di dalam Panduan Dietari Malaysia 2010 ialah memilih makanan seharian berdasarkan kepada jumlah saiz hidangan yg ditetapkan berdasarkan jantina, tahap aktiviti fizikal dan juga status berat badan semasa bagi mencapai matlamat berat badan yg ideal.

Jom tengok saranan pengambilan tenaga bagi kumpulan umur berikut:



CIri-ciri Kumpulan

Saranan jumlah tenaga dalam sehari

Wanita yg tidak aktif
1500 kalori
Warga tua
1500 kalori
Kanak-kanak
2000 kalori
Remaja Perempuan
2000 kalori
Wanita yg sederhana aktif
2000 kalori
Lelaki yg tidak aktif
2000 kalori
Remaja lelaki
2500 kalori
Lelaki yg aktif
2500 kalori
Wanita yg sangat aktif
2500 kalori
Lelaki & wanita yg kurang berat badan
(BMI > 18.5)
2500 kalori

Oh ye. Kalau ibu menyusu, sila tambah 550 kalori untuk ibu menyusu. Sebab kita ibu menyusu ni perlukan kalori lebih sikit. 

Sama jugak untuk ibu mengandung. Kalau di trimester pertama tambahkan 150 kalori dan lebih dalam pengambilan makanan. Dan kalau dalam trimester 3 dan 4, boleh tambah 350 kalori dan lebih.

Kalau macam saya, mengandung dan menyusukan acaner? Haha. Tambah dalam 700 kalori. Wow!!Terbaik!!

Ingat aritu kita ada belajar pasal saiz 1 hidangan kan? Kali ni kita tengok pulak agihan kuantiti saiz hidangan berdasarkan jenis kumpulan makanan mengikut keperluan tenaga dalam sehari.

Kumpulan Makanan
1500 kalori
2000 kalori
2500 kalori
Bijirin
4 hidangan
6 hidangan
8 hidangan
Buah-buahan
2 hidangan
2 hidangan
2 hidangan
Sayur-sayuran
3 hidangan
3 hidangan
3 hidangan
Daging / ayam/ ternakan
½ hidangan
1 hidangan
2 hidangan
Ikan
1 hidangan
1 hidangan
1 hidangan
Kacang / Kekacang
½ hidangan
1 hidangan
1 hidangan
Susu dan hasil tenusu
1 hidangan
2 hidangan
3 hidangan

Sebenarnya ada cara nak kira berapa kalori yg kita perlukan ni. Kalau rajin nanti saya kongsikan. Kalau tak, boleh je google cara kira kalori atau bukak website kevin zahri. Memang ada kat situ.

Makan cara sihat jom!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Wednesday, 7 May 2014

Satu hidangan dalam Piramid Makanan Malaysia





Ramai yg dah tahu apa dia piramid atas makanan kan? Tapi berapa ramai yg tahu apa yg dimaksudkan dengan 1 hidangan atau 1 sajian dalam piramid makanan tu? Kebiasaannya saiz hidangan akan menggunakan ukuran rumahtangga seperti cawan, pinggan, mangkuk, sudu makan dan sudu teh. 

Dan penting sangat untuk kita faham yg satu hidangan di dalam piramid makanan tu tak sama di antara satu sama lain. Contohnya, 1 hidangan nasi takkan sama dengan 1 hidangan buah-buahan.

Jom kita tengok apa yg dimaksudkan dengan 1 hidangan berdasarkan setiap kumpulan. Lepas ni dah pandaila kita nak jaga diet dan permakanan kita kan. Nak dengan tanak je. Hehe.


1. Bijirin, bijiran dan ubi-ubian. Setiap satu hidangan ini mengandungi 30g Karbohidrat.


Jenis
Kuantiti
Bihun (dah direndam)
1 ½ cawan
Biskut, krim kraker
6 keping
Roti (Putih @ wholemeal
2 keping
Laksa (dah direndam)
1 ½ cawan
Mi & kuey teow basah
1 cawan
Kentang
2 biji saiz kecil
Putu Mayam
2 keping
Nasi
2 senduk / 1 cawan
Bubur nasi kosong
2 cawan
Ubi manis / keladi / ubi kayu
1 cawan


2. Buah-buahan. Setiap satu hidangan ini mengandungi 15g Karbohidrat.

Jenis
Kuantiti
epal / Pear Cina / Plum / Ciku
1 biji
Pisang berangan saiz sederhana
1 biji
Pisang emas
2 biji
Durian
3 ulas
Anggur
8 biji
Jambu batu / Pear
½ biji
Oren mandarin saiz kecil & sederhana
1 biji
Betik / Nenas / Tembikai
1 potong
Prun
4 biji
Kismis
1 sudu makan


3. Sayur-sayuran

Jenis
Kuantiti
Sayuran berdaun gelap termasuk batang yg boleh dimakan (dah dimasak)
½ cawan
Sayuran jenis buah (dah dimasak)
½ cawan
Ulam-ulaman mentah
1 cawan

4. Kekacang. Setiap satu hidangan ini mengandungi 7g Protein.

Jenis
Kuantiti
Dal
1 cawan
Kacang hijau / kacang panggang dalam tin
1 ½ cawan
Tempe / Tauhu / Taukua
2 keping
Susu soya tanpa gula
1 ½ gelas

5. Ikan, ternakan seperti ayam dan itik, daging dan telur. Setiap satu hidangan ini mengandungi 14g Protein.

Jenis
Kuantiti
Ikan bilis tanpa kepala
2/3 cawan
Daging lembu tanpa lemak
(7.5 cm x 9 cm x 0.5 cm)
2 ketul
Ayam bahagian peha
1 ketul
Isi kerang
1 cawan
Telur ayam
2 biji
Ikan kembung saiz sederhana
1 ekor
Ikan tenggiri
(14 cm x 8 cm x 1 cm)
1 keping
Hati ayam
2 keping
Telur puyuh
12 biji
Sotong saiz sederhana
2 ekor

6. Susu dan hasil tenusu. Setiap satu hidangan ini mengandungi 7g Protein.

Jenis
Kuantiti
Keju
1 keping
Susu rendah lemak
1 gelas
Susu sejat
2/3 cawan
Susu tepung
4 sudu makan
Yogurt
1 cawan

Itu dia saiz satu hidangan yg sebenar. Kenapa penting sangat makan ikut saiz hidangan ni? Sebab amalan permakanan berdasarkan saiz hidangan ini sangat penting kalau kita nak turunkan berat badan, mengamalkan gaya hidup yg sihat dan mencegah penyakit kronik.

Secara umumnya, pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah atau sehingga 1 kilogram dalam masa seminggu atau 2 hingga 4 kilogram dalam masa sebulan. Apatah lagi kalau tak disusuli dengan aktiviti kecergasan.

Masyarakat kita sendiri pon masih kurang pendedahan dan kesedaran mengenai jumlah kalori yg perlu diambil. Bagi membakar 500 kcal, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal selama 50 minit atau 68 minit bagi wanita dewasa. Sebab tu, lebih mudah nak kawal pengambilan makanan daripada membakar kalori makanan yg diambil kan? Hehe.

Jom amalkan hidup yg sihat.

Kalau dah ambil makanan ikut hidangan, dah buat senaman, tambah pulak dengan pengambilan suplemen untuk kesihatan yg optimum.

Kalau saya, saya pilih Shaklee!!

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)