Tuesday, 22 April 2014

Ujian kehamilan dengan Clearblue Digital



Tadaaa. Ingat tak isnin hari tu tak silap saya yg saya cek dengan Clearblue biasa tu. Kan samar2 kan? Maka saya ambil keputusan untuk menjelajah satu Kuala Selangor ni untuk cari Clearblue Digital. Bukan apa. Saje nak mencerahkan apa yg tak cerah. Kat watsons takde pulak la benda alah ni. Pergi dua2 watsons tapi dua2 nan hado. So otak ligat berfikir pasal Guardian. Ke Guardian terus & beli.

Macam yg saya cakap sebelum ni, seeloknya kalau nak buat upt, buatla pada awal pagi. Uji dengan air kencing pertama kita. Tapi biasa la. Saya ni jenis tak saba. Rasanya semua org kalau nak tau berita gembira pon memang tak sabar kan?? So lepas je balik beli time lunch hour tu, saya pon apa lagi. Terus uji. Ada banyak tips la sebenarnya kalau nak buat ujian upt ni. Misalnya tak boleh minum air banyak, buat di awal pagi, jangan kencing dalam masa 4 jam etc etc.

Tapi dek kerana nak menguji betul ke Clearblue ni betul2 bagi jawapan yg clear, maka kulanggar je tips dan pantang larang semua tu. Kah kah. Dasar. Mengundang sungguh kan. Haha. Alhamdulillah, walau tak ikut tips semua tu, jawapannya tetap positif. Maka benarla bagai diclaim oleh Clearblue ni. Keputusannya 99% betul dan malah boleh diuji 5 hari sebelum tarikh yg sepatutnya kita period tu. Mujur positif. Kalau negatif mmg overclaim la Clearblue ni. Hehe. Semuanya kerja Tuhan jugak kan. Alhamdulillah. Mana tau Durrah Adnin Zidane bakal menyusul.

Malam semalam tengok channel Astro Oasis ada sebut pasal hukum IUI, IVF dalam Islam. Ada jugak sentuh bab bagaimana nak tentukan jantina anak. Bak kata Dr Hamid Arshat, yg menentukan jantina anak ni adalah sperma lelaki. Sebab wanita berkromosom XX semata. Sperma lelaki la yg mungkin XX ataupun XY. Jangan salahkan isteri kalau anak yg keluar bukan jantina yg kita harapkan. Sebab semuanya berpunca dari sperma lelaki. Dan. Proses di dalam badan kita tu Allah dah tentukan. Tapi tak salah untuk kita ikhtiar kan. Sebab Allah bertindak mengikut sangkaan HambaNya. Insya Allah. Mana tau kalau kita ikhtiar betul2, Allah gembirakan kita dengan jantina anak yg kita inginkan. Dengan izin Allah.

Kalau nak anak perempuan boleh rujuk sini

Dan kalau nak anak lelaki apa kata rujuk sini pulak.  

Semua ni ikhtiar kita. Tak salah berikhtiar. Malah Allah sangat menggalakkan kita berusaha. Jangan la kita sekadar mahu tapi tak berusaha. Ramai yg nak anak perempuan tapi tak berikhtiar dan letakkan semuanya pada Allah. Nak anak lelaki pon ada yg buat gitu. Tapi last2 redha. 

Tapi saya malas nak ulas panjang la. Haha. Sebab saya pon tengah nak tunggu anak pempuan. Kot dapat sepasang, boleh la stop kejap sebelum tambah koleksi saham akhirat. Nak mendidik anak bukan mudah. Amanah ni. Semoga anak2 kita jadi saham akhirat kita.

Doakan kesihatan kami. Sebabnya semalam ada yg pesan, memandangkan saya masih bf zidane, maka saya kena jaga2. Kalau ada contraction atau bleeding. Sebab risau keguguran disebabkan menyusukan Zidane. Semoga janin saya sihat dan bekerjasama memberikan peluang kepada abangnya nak cukupkan 2 tahun penyusuannya dengan saya. Sebab kalau dia bekerjasama dan kuat, maka lepas ni giliran dia pula. Hehe.


Ok, kalau nak beli set kehamilan Shaklee roger naa.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Banyak cara kan?? Nak dengan tak nak je. Hehe.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment