Friday, 18 April 2014

Tips penjagaan awal kehamilan




Eceh. Mentang2la tengah early pregnancy ni. Bacaan pon banyak pasal benda2 awal kehamilan ni. Macam la tak pernah mengandung. Hehe. Ape pon, semua ni untuk reference bersama jugak. Mana tau ada yg nak cari apa2 tips awal kehamilan. Lebih2 lg untuk first time mommies kan.

Meh saya kongsikan 10 tips penjagaan awal kehamilan ni. Misi ibu2 hamil pada fasa ni adalah untuk kehamilan yg sihat kan? So ikut tips yg saya baca ni ok!!


  • Rancang rawatan antenatal dari awal : Penjagaan antenatal yg baik memang penting untuk kesihatan bayi kita. Sebab tu la kita kalau boleh pilih doktor yg akan jaga kita dari awal lagi. Dalam masa yg sama kita boleh bina hubungan yg baik dengan doktor sebagai persediaan untuk kelahiran. Tapi biasanya memilih doktor ni boleh dilakukan kalau di hospital swasta. Kalau di hospital kerajaan, tak dapek den nak nolong. Tepuk dada, cek kocek anda. Hehe. Kalau mampu silakan ke hospital swasta. Nanti bila senang saya ceritakan pro n cons melahirkan baby di kedua2 hospital ok!!
  • Makan dengan baik : Take note yg once kita dah mengandung, tak bermaksud kita perlu makan untuk 2 orang. Kita pon sebenarnya tak perlu minum susu full cream atau makanan tambahan yg dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah keperluan tenaga kita tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama kehamilan dan keperluan ini meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir sebanyak lebih kurang 200 kalori sehari. Tapi, pengambilan diet yg sihat dan seimbang memang penting. Ramai yg hilang selera makan pada sesetengah makanan tertentu, tapi makanan tersebut bolehlah digantikan dengan makanan lain yg mengandungi nilai nutrisi yg sama. Pastikan diet kita merangkumi banyak buah2an dan sayuran sekurang2nya 5 hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi dan sebaik2nya jenis bijirin sempurna supaya kita dapat serat pada kadar yg secukupnya. Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan sejumlah susu dan makanan tenusu setiap hari. Jangan abaikan sarapan pagi. Dalam masa yg sama, kawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.
  • Berhati-hati tentang kebersihan makanan : Elakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia mungkin berisiko pada kesihatan kita dan juga bayi. Listeria yg boleh menyebabkan keguguran atau penyakit teruk bagi bayi baru lahir mungkin berpunca daripada keju lapuk matang yg lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa kita hamil. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin adalah selamat untuk dimakan. Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yg sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius. Penting untuk kita memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman juga. Elakkan daripada makan daging yg kurang masak atau mentah dan cucilah sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran. Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yg kurang masak dan telur mentah atau dimasak lembut. 
  • Mengambil tambahan asid folik dan memakan ikan : Asid folik memang penting sebab dapat mencegah spina bifida dan lain2 kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida ni adalah penyakit kongenital yg serius yg berlaku apabila tiub yg melindungi sistem saraf pusat tak menutup sepenuhnya dan mengakibatkan ketidakupayaan yg serius. Sebab tu lah semua wanita yg merancang untuk hamil dinasihatkan untuk ambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang 3 bulan pertama kehamilan. Kalau tak rajin menelan suplemen bolehla ambil asid folik semulajadi melalui permakanan kita terutamanya melalui sayur2an dan bijirin sarapan. Lain2  nutrien yg penting untuk kesihatan bayi dan kita adalah besi dan kalsium yg boleh diperolehi melalui pemakanan biasa. Minyak ikan yg mengandungi asid lemak omega 3 juga mempunyai kesan yg baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak Omega 3 yg bayi kita perlukan semasa membesar dan berkembang. Adalah disyorkan untuk makan ikan seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari 2 kali seminggu tetapi ikan jenis lain boleh dimakan seberapa banyak yg kita suka. Kalau saya, saya ambil Omega Guard Shaklee. Bebas merkuri dan semua bahan toksik berbahaya sebab melalui 3 peringkat penyulingan. Hehe.
  • Bersenam selalu : Hamil tak bermakna kita tak boleh melakukan senaman. Senaman boleh memberi kita kekuatan dan ketahanan yg diperlukan untuk menampung berat badan kita yg akan bertambah semasa mengandung dan menangani tekanan fizikal kelahiran. Dalam masa yg sama memudahkan kita untuk kembali ke bentuk badan asal selepas bayi dilahirkan. Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu kita menangkis kemurungan semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan bahawa senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yg membantu mengawal emosi dan perasaan kita. Kalau kita dah biasa melakukan senaman dalam bentuk sejenis sukan, kita boleh teruskan selagi ia selesa untuk kita, melainkan jika sukan tu memberi risiko jatuh atau terhantuk. Senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik juga sangat bermanfaat.
  • Lakukan senalam lantai pelvik : Adalah biasa bagi wanita hamil atau yg telah melahirkan anak mengalami masalah tekanan inkontinens; bila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa dan senaman. Sebab tu lah senaman lantai pelvik digalakkan dan boleh diamalkan sebelum hamil atau semasa mengandung.
  • Hadkan pengambilan alkohol : Kalau boleh jangan ambil alkohol ketika hamil sebab sebarang alkohol yg diminum akan sampai kepada bayi dengan cepat melalui aliran darah dan plasenta. Wanita yg banyak minum secara kerap semasa mengandung dianggap berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin yg menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yg lebih serius.
  • Kurangkan pengambilan kafein : Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yg sederhana dan ada penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. 2 cawan kopi @ 4 cawan teh @ 5 tin cola sehari tidak menjejaskan bayi kita walaupun ada kajian lain yg menunjukkan bahawa tahap kafein yg rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran. Sama seperti alkohol, lebih baik berhati2 dan beralih kepada kopi tanpa kafein teh atau jus buah2an terutamanya semasa trimester pertama. Alternatif segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon. Segar kan??
  • Berhenti merokok : Wanita yg merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah (sumbing). 
  • Banyakkan berehat : Pernah tak rasa letih sangat? Sebenarnya keletihan yg kita rasakan semasa trimester pertama dan ketiga adalah cara badan kita memberitahu supaya kita jangan terlalu aktif. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yg kita tak mampu lakukan tapi kita dan bayi kita akan mendapat manfaat darinya. Kalau tak boleh tidur, sekurang2nya letakkan kaki ke atas dan berehatlah dengan apa cara sekalipun selama 30 minit atau lebih.
Kredit : baby center

Ok tu dia 10 tips untuk kita jaga diri di awal kehamilan ni. Semoga bermanfaat. Nanti saya kongsikan perlu ke kita ambil suplemen semasa mengandung ni. Haaa. Tunggu ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

7 comments: