Tuesday, 15 April 2014

Tanda-tanda awal kehamilan



Gambar hiasan semata. Tiada kaitan dengan saya. Hehe.

Ape kes entah nak cerita pasal tanda-tanda awal kehamilan ni. Haha. Terpengaruh la ni. Maklumla kawan baru je cerita yg dia rasa dia pregnant. Selalu instinct ibu hamil ni kuat. Macam saya dulu memang rasa macam mengandung tapi result asyik negatif je. Cek dengan pregnancy test kit yg biasa tu memang tak jalan. At last try clear blue. Baru la positive. Siap tertera pregnant 2-3 weeks. Alhamdulillah.

Mood nak hamil kembali lagi. Bukan apa. Boleh tak cakap nak pregnant sebab nak cuti 3 bulan dan penat kerja? Huhu. Boleh la kan. =P

So arini nak kongsi bacaan saya mengenai tanda-tanda awal kehamilan. Jom cekidaut!!


  • Mengidam : Yes. Ni antara tanda awal kehamilan. Sebelum ni makanan tu kita tak hingin pon. Tak terasa pon. Tetiba rasa nak makan. Sebelum ni kita xsuka makanan tu tapi tiba2, sukeeee sangat. Klise kan mengidam ni? Tapi jangan terlampau bergantung pada rasa mengidam ni. Sebab kadang2 mengidam ni disebabkan kurangnya nutrien tertentu dalam badan kita. Atau dek kerana kita nampak kawan kita makan atau selalu nampak kat mana2 maka otak kita terima signal yg kita pon nak cuba jugak. Kadang2 sekadar permainan minda semata. Tapi still, mengidam ni adalah tanda awal mengandung. =)
  • Warna di sekeliling aerola menjadi lebih gelap : Maksudnya kat sini proses persenyawaan dah berjaya dan sesetengah badan kita sedang mempersiapkan diri untuk menempuhi tempoh kehamilan yg bakal tiba tu. Tapi, ada juga sebab lain kenapa jadi macam ni. Misalnya dek kerana ketidakseimbangan hormon yg tak berkaitan dengan kehamilan atau bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 
  • Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi : Ni selalunya berlaku kira2 8 hari selepas ovulasi. Kadang2 kita akan mengalami pendarahan implantasi iaitu tompok2 darah berwarna merah jambu atau coklat disertai sedikit kekejangan. Puncanya adalah disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Kita juga mungkin mengalami keadaan yg sama kalau nak sampai waktu period. Tapi selalunya pendarahan implantasi ni kita ingat period. Rupanya tidak. Hehe.
  • Kerap membuang air kecil : Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin, kita mungkin akan kerap membuang air kecil. Kadang2 tak minum banyak pon rasa nak buang air kecil. Haa. Tanda tu. 
  • Keletihan : Keletihan yg melampau mungkin petanda yg kita ni hamil. Tahap hormon progesteron yg tinggi boleh membuatkan kita rasa macam baru je selesai berlari marathon sedangkan kita hanya kerja duduk di atas kerusi di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan. Tapi ianya bukanlah simptom yg pasti tanpa kehadiran simptom yg lain. Mana tidaknya, kalau org malas, penat sket pon tak boleh kan. Haha.
  • Payudara melembut dan membengkak : Sebelum kedatangan haid, payudara kita mungkin menjadi lebih sensitif dari biasa terhadap sentuhan. Dan kalau kita hamil, sama jugak keadaannya, tapi tahapnya mungkin kurang sikit. Bila badan kita dan biasa dengan peningkatan hormon ni, maka kesakitan akan beransur hilang. Chill lah ok!!
  • Deria rasa berubah : Sesetengah wanita akan rasa sedikit payau di mulut dan sesetengah yg lain mengatakan mereka tak dapat tahan rasa kopi, teh dan makanan yg biasanya mereka suka. Macam2 kan? Hehe.
  • Morning sickness : Kalau kita bernasib baik maka kita takkan mengalami morning sickness ni sampaila sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Sesetengah daripada kita kadang2 tak mengalaminya langsung. Misalnya saya dulu. Memang takde morning sickness langsung. Tapi seawal 2 hari persenyawaan, kita mungkin akan rasa loya atau tak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi disebabkan namanya morning sickness. Malah morning sickness boleh jadi pada bila2 masa jugak. 
  • Tak datang haid : Kalau selalunya haid kita teratur tapi tiba2 jadi lambat, eloklah kita buat ujian kehamilan. Tak datang haid adalah salah satu tanda awal kehamilan yg memang pasti bagi seorang wanita yg dah baligh dan mempunyai kitaran haid yg teratur. Tapi seeloknya bagila masa dalam seminggu selepas tarikh sepatutnya kita period tu baru la kita cek. Kalau tak rugi je beli upt tu. Hehe. Sabar kuncinya. Kalau ada, memang akan ada. Insya Allah.
  • Ujian kehamilan yg positif : Selepas tanda2 yg sebelum ni disebutkan muncul, jalan terakhir adalah dengan membuat ujian kehamilan. Kalau dah ada 2 line tu memang sangat pasti dan sah la yg kita akan menjadi seorang ibu. Buat temujanji dengan doktor untuk recheck. Kalau betul, maka TAHNIAH!!

Ramai yg tentunya nak anak. Mungkin ada yg rezekinya cepat maka Allah berikan rezeki anak tu cepat. Tapi kalau lambat sekalipon jangan risau dan jangan bersedih. Insya Allah, perancangan Allah adalah yg TERBAIK. Dan kadang2 Allah simpan benda yg lebih baik untuk kita di masa hadapan. Cuma kita je yg tak tahu. 

Seronoknya kalau dapat pregnant. Saya pon sukeeee. Boleh cuti 3 bulan dik noooon. Hehe.

Nak cuba set kesuburan Shaklee?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Mana tahu, lepas berikhtiar kita mungkin dapat rezeki anak kan???

P/S: Saya nak anak perempuan pulaks. Hehe. Boleh namakan Durrah Adnin Zidane. Hehe.

Kredit : Baby Center

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

2 comments:

  1. Kakak tasya kan ? Mira nak baca pasal awal kehamilan jumpa blog akak hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mira. Hehe. Dah ada tanda pregnant ke? :)

      Delete