Thursday, 24 April 2014

Menyusu ketika hamil. Selamatkah?

Ni memang isu sendiri ni. Maklumla, Zidane baru setahun 8 bulan. Dan saya pula dah hamil dalam 5 minggu. Sebenarnya memang nak menyusukan Zidane sampai umo dia 2 tahun pon. Alah, bape bulan je lagi kan. 4 bulan je. Kena sabar sket la.

Tapi, ada jugak yg advice untuk kurang menyusukan Zidane. Sebab menyusu ni boleh menyebabkan bleeding dan contraction. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran. Huhu. Lepas dengar ni memang cuak sket la. Tapi macam kawan tu cakap la. Benda ni case to case basis. Mungkin ada yg tak tahan dan akibatnya terjadila keguguran. Tapi tak mustahil jugak. Sebab ada jugak yg berjaya menyusukan sampai2 saat2 nak melahirkan anak dalam kandungan. So kuncinya di sini mudah je. Cek la diri sendiri selalu. Kalau rasa memudaratkan sama ada diri kita atau kandungan, maka wean off la awal. Huhu. 

So sekarang saya pantau la apa yg patut. So far masih ok. Harapnya ok la hendaknya. Insya Allah. Semoga Zidane dapat enjoy menyusu dengan saya sampai cukup umur dia 2 tahun. Nanti boleh la tumpang menyusu ngan adiknya. Boleh la tandem nursing plak. Kih kih. Seronoknya. 

Antara info yg saya berjaya collect sepanjang pembacaan saya adalah :


  • Penghasilan susu ibu mungkin akan terjejas. Tapi senang cite, kena ingat konsep demand n supply jugak. Disebabkan kita dah tak mengepam dan hanya direct feeding memang la supply susu akan berkurangan sedikit demi sedikit pon. So be prepared. Tapi ada jugak yg takde masalah gini. Mungkin ikut rezeki masing2. Kita ikhtiar je la kan??
  • Perubahan rasa pada susu ibu. Perubahan ini mungkin akan dikesan oleh anak kita yg menyusu. Ye lah, kita mana la nak perasan ye tak? Sebabnya masa mengandung, susu ibu akan bertukar kepada kolostrum. Kolostrum adalah susu ibu yg kaya dengan nutrisi dan sangat penting untuk baby yg baru lahir. Dalam sesetengah situasi mungkin anak akan berhenti menyusu dek kerana berubahnya rasa susu tu. Ada jugak yg risau kolostrum untuk adik diambil oleh abang atau kakaknya yg menyusu. Tapi sebenarnya tidak. Jangan la risau ok!! Kolostrum takkan habis diminum. Kolostrum akan terus dihasilkan sehinggalah keperluan bayi yg baru lahir dipenuhi. So no worries mommies!!
  • Dalam proses penyusuan, badan kita akan mengeluarkan hormon yg dipanggil oxytocin. Oxytocin adalah hormon yg menyebabkan tindakan 'let down'. Ini adalah satu tindak balas di mana susu ibu akan keluar dari payu dara apabila nipple distimulate. Oxytocin juga sangat penting semasa nak bersalin sebab ia merupakan hormon penting untuk kontrasi semasa nak bersalin. Ada yg risau hormon oxytocin yg dirembeskan ni mungkin mengakibatkan terjadinya kontraksi. Tapi sebenarnya, jumlah oxytocin yg dihasilkan semasa menyusukan anak tak cukup untuk memberi kesan kontraksi kepada uterus kita sekiranya kandungan kita normal.
  • Ketahuilah yg susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usia 6 bulan. Sebab usia 6 bulan sebenarnya dah boleh start solid food kan. So anak sebenarnya bukan bergantung kepada susu ibu semata. So ibu xyahla risau tentang nutrisi untuk anaknya. Lepas 6 bulan adalah masa yg sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan berkhasiat. Penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua2 pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya. Sebenarnya penyusuan susu ibu tak mempunyai kaitan dengan keguguran. Better refer kepada konsultan atau kaunselor laktasi kita.
  • Kebanyakan ibu mengalami rasa tak selesa pada bahagian puting pada setiap sesi penyusuan. Sebabnya, ketika mengandung, puting menjadi lebih fragile dan membesar sepanjang kehamilan demi persediaan untuk penyusuan anak di dalam kandungan. Sambil menyusukan anak tu, alihkanlah perhatian daripada rasa sakit dengan melakukan perkara lain macam membaca majalah atau menonton tv. Ketahuilah yg rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih 'tough' untuk penyusuan bayi seterusnya. Ahaks!!
  • Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yg kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu.
  • Tangan anak yg meraba perut kita semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkannya. Komunikasi dengannya walaupun ketika sedang menyusukan. Katakan kepada anak kita yg kita sedang mengandungkan adiknya di dalam perut supaya dia mempunyai kawan bermain. Semai perasaan kasih kepada adiknya sejak dari dalam perut lagi. Mesti anak kita tak sabar menunggu kehadiran adiknya nanti.
  • Tandem nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua2nya selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah hubungan antara kedua2 anak yg lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yg penting apatah lagi susu ibu. Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yg lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidupnya. Dia takkan ketinggalan dalam apa jua aktiviti ibu dan adik barunya tu. Tandem nursing selepas melahirkan juga membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu di mana anak yg lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk membantu ibu mengosongkan payudara.
  • Tidak dinafikan perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu hamil. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yg menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu. Percaya pada rezeki. Penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (untuk anak yg berusia 6 bulan ke atas). Teruskan penyusuan susu ibu semasa kita bersama anak kita dan antara tips yg boleh digunakan ialah dengan menyediakan air kosong untuk anak. Sebabnya, komposisi susu ibu yg hamil mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yg menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu. No wonder Zidane selalu mintak air walaupun baru lepas menyusu. Hehe.

Menyusukan anak semasa mengandung ni sebenarnya merupakan pilihan si ibu sendiri. Sekiranya penyusuan tandem bukan satu pilihan yg baik untuk si ibu, maka adalah lebih baik untuk wean off dengan anak sebelum bayi dlaam kandungan dilahirkan. Sebab kalau ditunggu sehingga adik baru dilahirkan, mungkin anak kita akan terasa seola2 diasingkan pulak.


Dan penting sangat untuk kita sendiri yg faham dengan apa jua tanda yg badan kita hasilkan. Sama ada rasa tak selesa, sakit atau apa sekalipun. Be alert dan keep sensitive dengan ketidakselesaan sendiri. Kalau rasa tak mampu atau mungkin tiba2 rasa macam ada kontraksi atau bleeding maka hentikan la penyusuan dan dapatkan la rawatan doktor.


Dalam beberapa keadaan, mungkin doktor akan menasihatkan kita untuk berhenti menyusukan anak sebelum baby dalam kandungan kita dilahirkan. Antara keadaannya :
  • Si ibu pernah melahirkan bayi pra matang
  • Si ibu pernah melalui keguguran
  • Si ibu pernah mengalami masalah pendarahan

So jangan la risau nak menyusukan anak ketika hamil. Semua ni pilihan kita sendiri jugak kan?? Insya Allah, dengan berkat kesabaran dan sedikit kekuatan dengan doa, kita boleh menyusukan anak sehingga la bayi lahir dan kemudian buat tandem nursing pulak. Bestnya!!!


Comel kan?? Hehe. Nanti zidane ngan adiknya camtu la. Kah kah.

Ok, nak beli suplemen roger naa. Nak jadi member pon boleh roger jugak.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





No comments:

Post a Comment