Thursday, 10 April 2014

Mengidam : Tanda kurang nutrisi

Pernah tak rasa teringin makan sesuatu time mengandung? Saya pasti ada kan? Tapi saya dulu masa mengandung Alhamdulillah takde pulak mengidam teringin nak makan apa2.

Kalau mengidam nak makan makanan maka ok lah. Boleh lagi la nak cari. Tapi dalam sesetengah situasi ada yg mengidam nak makan benda pelik. Botol kaca misalnya. Pernah dengar tak? Takut kan. Kalau mengidam macam ni elokla mintak ibu2 tu berfikir dengan waras. Saya percaya tu bukan mengidam namanya. Tu menempah bahaya. Hehe.

Mengidam biasanya dikaitkan dengan perubahan hormon dalam tubuh masing2. Sebab tu la kadang2 ada yg mengidam dan ada yg takde rasa mengidam macam kes saya. Sama jugak kalau tiba datang bulan. Kan ada rasa nak makan sesuatu dek kerana pengaruh hormon yg dialami masa tu. Perubahan hormon pada wanita hamil ni boleh mempengaruhi deria rasa dan bau jugak. Sebab tu kadang2 ada yg alah pada bau makanan malah ada yg sampai ke satu tahap alah dengan bau suami. Sebab perubahan hormon la tu. =)

Tapi sebenarnya kan kawan2, kebanyakan doktor percaya yg mengidam ni berpunca daripada kekurangan zat makanan dan vitamin dalam tubuh seseorang. Mengidam nak makan seafood misalnya berpunca daripada kekurangan kalsium dan sodium dalam badan. Mengidam nak makan bijirin pulak besar kemungkinan disebabkan kekurangan magnesium dalam tubuh badan. Ada jugak yg mengidam ais atau pun air batu. Keadaan ni dikenali sebagai pica dan sering dikatkan dengan kekurangan zat besi.

Ingat tadi saya ada sentuh pasal mengidam yg bukan2? Mengidam bau minyak tanah atau petrol, bahan penwangi atau seumpana dengannya. Yg ni takde kaitan dengan kekurangan zat dalam badan. Dan salah satu cara untuk mengelakkan rasa mengidam ni dengan megambil sarapan pagi. Simple je kan? Amalan tak bersarapan boleh membuatkan rasa mengidam jadi lebih teruk. Sambil2 tu buat jugak senaman untuk ibu hamil. Dan paling penting, pastikan kita mengamalkan diet yg sihat dan makanan yg diambil setiap hari adalah pelbagai.

Kalau kita mengidam benda2 manis atau makanan yg tak berkhasiat macam gula2 padahal dalam masa yg sama kita mengalami gestational diabetis ketika hamil, maka eloklah kita tahan diri daripada mengambil gula2 dengan kerap sebab kalau tak kawal boleh mengakibatkan tahap kencing manis tak dapat dikawal dengan baik dan seterusnya boleh menyebabkan bayi menjadi besar (macrsomia). Paling membimbangkan keadaan ni boleh menyebabkan komplikasi ketika bersalin.

Kat bawah ni saya sertakan jadual yg mungkin menunjukkan kekurangan zat yg kita alami kalau kita mengidam.

Makanan diidam
Berkemungkinan kekurangan
Pengganti sihat
Coklat
Magnesium
Coklat Hitam, Kurma, Kekacang dan Bijian
Pasta / Roti
Serotonin
Ubi dan Kekacang
Makanan manis yg mengandungi gula
Kromium
Jus Anngur dan Epal, Madu dan Buah Kering
Daging
Zat Besi
Daging Lembu atau ayam yg tak mengandungi lemak, ikan dan kekacang

Jadi kalau kita hamil dan mengidam, maka semak balik apa zat yg kurang pada badan kita. Yg penting kena makan makanan ikut piramid makanan. Barulah zat dalam badan cukup.

Makan pulak suplemen Shaklee sekali. Memang terbaik!!

Jangan sampai jadi macam ni akibat mengidam....


Tak baik tau para suami. Dah la isteri bawak anak awak. Hehe.


Nak cuba suplemen Shaklee? Nak dapatkan suplemen Shaklee dengan harga ahli? Meh jadi ahli Shaklee dulu ok!!!


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Kredit: Majalah Pa Ma April 2014

No comments:

Post a Comment