Tuesday, 8 April 2014

Kepentingan kalsium dalam badan manusia =)


Semua orang tahu yg Kalsium ni penting untuk pertumbuhan kan. Hakikatnya kalsium ni bukan sekadar berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan tulang kita je. Lebih daripada tu sebenarnya. Kalsium bukan sekadar nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia.

Mengikut kajian, pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi lebih baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yg tak seimbang jugak boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Antara fakta lain mengenai kalsium :

  • Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut pon mengandungi kalsium.
  • Kalsium diperlukan untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
  • Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja.
  • Pengambilan kalsium yg tak mencukupi, penyerapan kalsium yg rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  • Bagi kanak2, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  • Pengambilan kalsium yg mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yg kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  • Kanak2 berusia di antara 1 hingga 3 tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari manakala bagi kanak2 berusia 4 hingga 8 tahun, mereka memerlukan kira2 800mg kalsium sehari.
  • Segelas susu memberikan anak kita kira2 250mg hingga 500mg kalsium.
  • Makanan yg kaya dengan kalsium selain susu adalah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
  • Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yg tinggi lemak seperti coklat kerana asid 'oxalic' yg ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  • Secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  • Kalsium dalam tulang tak sentiasa kekal di dalamnya. Sel2 sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tak memperolehinya daripada sumber makanan.

Ok, tu sikit sebanyak fakta mengenai kalsium. Take note yg pengambilan kalsium terbaik adalah dengan minum susu sebab keadaan semulajadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh. Yes. Kalsium yg dikunyah atau dalam bentuk cecair bagus sebab mudah diserap oleh badan.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati dengan pengambilan lebihan zat kalsium berbentuk tablet berisiko tinggi akibat jantung tak dapat berfungsi dengan normal. Menurut kajian pada 1995-1996 dari Harvard Medical School di Boston, seramai 400000 rakyat Amerika yg berusia 30 hingga 50 tahun mengalami masalah jantung akibat lebihan kalsium.

Sebab tu pendekkan cerita, nak makan suplemen ni memang bagus. Cuma janganla overdose. Kalau makan suplemen yg berjenama tapi makan tak ikut dos yg disarankan, sama saje lah kaedahnya macam makan ubatan yg tak diluluskan oleh KKM. Bahaya ok.

Sebab tu kalau beli suplemen, beli dengan org yg kita percaya dan kita sendiri kena jugak ada ilmu sikit sebanyak. Jangan semberono je. Takkan la sampai dosage kat botol suplemen pon kita tak boleh baca. Atau kita malas sebenarnya? Oopsy. Hehe.

Apa lagi, penuhilah keperluan kalsium badan kita untuk badan yg lebih sihat ok!! 


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



1 comment: