Monday, 28 April 2014

Kaedah menguruskan badan dengan betul

Assalamualaikum korang.

Arini nak kongsi benda simple je la. Takde mood nak cakap banyak. Hehe. Hari ni nak kongsi kaedah menguruskan badan dengan betul.

Take note. Menguruskan badan bukan semata nak kurus. Tapi nak manage badan kita. So jangan la stress sangat kalau kita lambat kurus. Sebab yg penting kita dapat URUSkan badan kita. 

Jom baca kaedahnya macam mana.

  • Dapatkan sajian harian yg sihat dengan mengurangkan jumlah pengambilan nasi dan melebihkan produk mengandungi fiber, sayuran dan buhah-buahan. Semakin banyak usia kita, maka kita kena kurangkan pengambilan karbo. Lebihkan serat ok. 
  • Bersenam melalui aktiviti riadah atau berjalan kaki 3 kali seminggu dalam tempoh 30 minit setiap kali. Bukan susah pon kan. Dalam seminggu luangkanla masa 90 minit sahaja. Tu minimum la. Tengok wayang lagi lama kan. Kata nak sihat. Korban sikit masa berehat dan pergilah bersenam. Mesti rasa lebih segar. =)
  • Minum air antara 3 hingga 4 liter setiap hari. Air ni penting untuk proses penghadaman dan proses perkumuhan kita. Sebab tu kita digalakkan sangat untuk minum air banyak supaya kita dapat detoks badan kita. Kalau selalu detoks badan kita akan lebih segar dan bertenaga. Ingat!! Setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 liter air tau. 
  • Elakkan menikmati makanan segera macam pizza, burger dan minuman berkarbonat. Makanan segera ni kurang berkhasiat. Apatah lagi namanya segera. Kita makan bukan sekadar nak kenyang tapi nak cukupkan nutrien. Kalau makan benda yg tak berkhasiat, macam mana kita nak sihat kan?? Lagi satu, minuman berkarbonat misalnya. Kandungan gula dalamnya kan tinggi. Cubalah elakkan makan atau minum benda yg tinggi gula ni. 
  • Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, kuih-muih manis, susu pekat, buah-buahan dalam tin dan coklat. Faktanya sama la seperti sebelum ni. Kandungan gula yg tinggi dalam makanan tak elok untuk kesihatan.
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan atau khidmat nasihat kaunseling daripada pegawai perubatan terlatih berhubung amalan diet terbaik, terutama sekiranya ingin mengambil produk perlangsingan. Bukannya apa, kadang2 dek kerana kurang ilmu dan terlalu mengikut perkembangan semasa dan apa yg org lain makan, kita sendiri tak tahu mana yg elok atau tidak untuk kita kan. So better tanya pada yg ahli.
  • Jalani permeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui tahap kesihatan terkini. Yg ni pon penting sebab kita kadang2 tak tahu tahap kesihatan kita macam mana. Ramai yg pilih untuk cantik daripada sihat sekarang. Huhu.

Ok, itu dia tips untuk URUSkan badan dengan betul. Insya Allah kalau kita urus badan dengan betul, maka kita akan kurus sekaligus. 

Nak cuba set kurus Shaklee? Set kurus ibu menyusu pon ada.

Saya dah cuba. Tengok ni.


Set kurus ibu menyusu berkesan untuk saya. Alhamdulillah.

Ok, PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment