Monday, 14 April 2014

Cara hapuskan kutu di kepala




Nak marah tak boleh. Tak marah pon stress. Haha. Ini lah masalah yg saya sedang alami sekarang. Untuk pengetahuan semua, this is not the very 1st time. This is the 2nd time. Tahukah korang 1 daripada 5 kanak2 ada kutu di kepala mereka??

Yang sedih tu, bukan saya yg kena. Anak bujang sorang ni haa yg kena. 


Apa kes? Hensem tapi berkutu pon tak cool pon nak oiii. Huhu. Nways, ni memang masalah biasa di kalangan anak2 yg tinggal di nursery mahu pun di rumah pengasuh. Anak2 yg dok kat taska, tadika tu pon tak terkecuali. Macam mana kita jaga kebersihan sekalipun kalau dah ada sentuhan kepala atau rambut ke rambut dengan org yg dah ada kutu maka memang akan berjangkit la.

Dan dek kerana faham dengan fakta tu la saya pon naik seram sama. Mana tau berjangkit sama. Huhu.

Apa kutu kepala ni? Kutu kepala ni serangga kecil yg tak bersayap yg berwarna kelabu atau coklat. Kutu ni kategori parasit yg dapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Sai kutu yg baru menetas dalam lebih kuranh 1mm dan kutu dewasa pulak dalam 3mm. Kutu ni mengambil masa antara 6 hingga 14 hari untuk menjadi dewasa. Telur kutu pulak mengambil masa 7 hingga 19 hari untuk menetas. Kutu boleh hidup sampai 21 hari dan kutu betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam 1 masa. Banyak nye hoiiii!!

Sebenarnya tiada kaedah khusus nak hilangkan masalah kutu ni. Cara yg paling selamat adalah menggunakan sikat yg bergigi rapat. Basahkan kepala anak kemudian standby kertas putih kat bawah kemudian sikat. Dah la kena time catuan air ni. Adooooi.

Cara lain yg saya pernah guna adalah dengan penggunaan syampu kutu atau losyen kutu. Aritu saya beli brand A-Lice. Yg ni boleh dibeli di farmasi tanpa perlukan preskripsi doktor.

Ada jugak cara lain macam blend bawang putih n ada sampai ke satu tahap spray ridsect. Huhu. Bahaya tu. Sedangkan penggunaan bawang putih di kepala pon tak digalakkan sebab bawang putih boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala. Apatah lagi dengan guna ridsect. Huhu. Kepala anak tu. Sape tak sayang anak. 

Nampaknya lepas ni kena buat balik kerja pembersihan kepala sebab khuatir sangat ibu pon kena sama. Huhu. Skang dah jadi saiko. Asal kepala gatal je rasa macam ada kutu. Sabo aje la.

No comments:

Post a Comment