Wednesday, 23 April 2014

Buat Shaklee sepenuh hati

Kalau nak buat Shaklee memang betul kena sepenuh hati. Tapi takdela sampai mengganggu masa kerja hakiki atau sampai terpaksa datang kerja lambat pulak. Hehe. Sebab tu la golongan pioneer atau leaders dalam Shaklee ni mintak kita duplicate apa yg diorg buat. Susah tu susah la jugak. Tapi tak mustahil tu memang ye.

Ramai yg dah dibukakan pintu hati nak join Shaklee. Mungkin ramai yg macam saya. Bermula dengan pengguna biasa kemudian menjadi ahli pula. Jadi ahli pon sebab nak enjoy harga produk Shaklee dengan lebih murah. Ye lah. Kena la jadi ahli Shaklee baru boleh enjoy harga ahli. Mudah kan? Modal bukannya mahal pon. RM75 je. Kemudian siap dapat bonus lepas buat belian. Berbaloi sangat.

Tapi kan. Ramai jugak yg buat Shaklee sekerat jalan. Mungkin mereka terlampau meletakkan harapan tinggi lepas tengok upline dapat bonus 4 5 angka. Hehe. Sebab tu kena tahu dari basic. Semua leaders yg enjoy bonus 4,5, 6 atau 7 angka sekarang bermula dari bawah.

Takde maknanya dengan yuran keahlian RM75 bulan pertama terus mencanak dapat 10k. Shaklee bukan skim cepat kaya. Dan tak salah kalau nak kata Shaklee pon perlu kerah masa, tenaga dan usaha. Ada yg siap menangis la nak dapatkan bonus berganda ni. 

Sebab tu bila saya promote pasal keahlian Shaklee ni saya perlukan orang yg sabar, cekal dan tak penat berusaha. Saya tak nak orang yg goyang kaki dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Come on. Kerja sendiri pon kena usaha jugak kan. So jangan la ingat Shaklee senang2 nak bagi bonus banyak. Ape ingat CEO Shaklee tu ayah kita?? Hehe.

Nah, ini dia ciri2 bisnes Shaklee.




Nah. Ni pulak alasan kenapa kita pilih Shaklee.



Pendekkan cerita la kan. Peluang ada di depan mata. Why not bila dah terbuka pintu hati nak buat Shaklee, grab it betul2?

Sedih sangat ada yg cakap nak join tapi sampai sudah tak join pon. Tapi bila kita upload pape atau update pape diorang like. Sampai bila nak like saje kan? Hehe. Kalau saya, dah lama saya buat juga. =P

Saya nak kongsi satu cerita di zaman Rasulullah. Ada mood tak nak dengar? Memang sangat inspiring tau!!

Khabbab Bin Arat adalah salah seorang yg teruk diazab oleh Quraisy. Pernah suatu masa pada zaman pemerintahab Umar Al-Khattab, dalam sebuah majlis, Umar bersama2 sahabat2nya bertanya kepada Khabbab "Apakah azab yg paling teruk kamu lalui?"

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidak pernah aku alami azab yg seteruk ini." Dia membuka belakangnya. Di belakang Khabbab dari atas sampai ke bawah ada lubang2 hitam kesan terbakar. Khalifah Umar terkejut melihatnya.

Khabbab berkata "Wahai Amirul Mukminin, ketika itu Quraisy mengambil batu2 dan membakarnya sehingga merah menyala. Mereka membuka pakaianku dan menyeretku di atas batu2 yg menyala ini."

Selepas diseksa begitu, Khabbab datang berjumpa dengan Muhammad sambil menangis menahan azab. Dia diseret dari kaki tanpa baju di atas batu2 yg menyala. Khabbab datang berjumpa Muhammad yg sedang duduk di Kaabah.

Khabbab berkata "Wahai pesuruh Allah, Quraisy mengazab kami." Lalu ditunjukkan kepada Muhammad apa yg dibuat oleh orang kafir kepadanya. "Wahai pesuruh Allah, berdoalah untuk kami, mohonlah bantuan dan kemenangan untuk kita." Khabbab meminta Muhammad berdoa supaya Allah segera memenangkan Islam.

Muhammad berkata, "Wahai Khabbab, pejuang sebelum kita iaitu para nabi, ada yg ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. Ada yg disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun, semua itu tidak menyebabkan mereka berganjak sedikit pun daripada agama mereka dan daripada keyakinan mereka. Wahai Khabbab, demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini. Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut. Tidak ada yg dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya, tetapi kamu semua mahukan kemenangan yg segera."


Ok, itu kisahnya. Apa yg saya nak cuba sampaikan di sini adalah, there is no such thing as short cuts in life. Semua benda perlukan proses. Sama macam apa yg Nabi ajar kita melalui cerita tadi. Tidak ada yg datangnya mudah. 

Sebab tu dalam bisnes begini pon kena cekal dan berusaha. Kena susah2 dahulu barula bersenang kemudian. Kalau la MLM tu jenis senang terus, ada la benda yg tak kena tu.

Tapi orang kita sekarang suka kan benda mudah. Suka kaya cepat. Suka senang tanpa usaha. Tak boleh ye kawan2. Hehe. Sebab tu la anak cucu Shaklee saya, saya pesan dah awal2. Bisnes ni bisnes kita sendiri. Kalau kita sendiri yg tak berusaha, ke mana bisnes ni nak pergi??

Nak jadi ahli Shaklee? Meh join kami. Nak jadi ahli Shaklee pon kena tengok support group macam mana. Kalau support group kami, Insya Allah, seimbang. Bukan sekadar mengejar syurga dunia, kami juga diajar mengejar syurga akhirat. Alhamdulillah.

Anak cucu Shaklee ku yg membaca. Ingat pesan saya, Dhuha jangan tinggal. Sibuk mana pon kita, curi sikit masa dengan Pencipta kita. Kalau kita ada masa denganNya, DIA lebih banyak masa untuk kita.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 kalau nak berkenalan dengan Shaklee ok.

Kalau boleh hari ni kenapa kena tunggu esok??

P/S: Saya sedang berkursus. Tapi biasala. Entri saya siap schedule kan. Iklan di FB pon siap schedule untuk 10 hari. Tak perlu guna masa pejabat pon kan bisnes macam ni. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

2 comments: