Wednesday, 30 April 2014

Cara menguruskan alahan

Kenapa tetiba nak cerita pasal alahan lagi? Semalam saya makan sotong. So pagi ni kemain lagi bibir merah. Mujur tak teruk. Sedap sangat sotong. Selama ni sepanjang hidup selama 28 tahun tak pernah lagi rasa ada alahan dengan sotong ni. Sampai la ke tahun lepas. Bila bibir jadi merekah2. Gatal2 sampai naik ke atas bibir. Keliling bibir jadi berair, gatal, sakit. Adus.

Pergi jumpe doktor memang doktor cakap ada allergic dengan makanan. Cuma masalahnya disebabkan tak pernah alahan dengan makanan so tak tahula makanan kategori apa yg tak boleh makan tu. Selalunye seafood la. Selama ni ok je. Tetiba Allah tarik nikmat tu. Sedih sket. Tapi redha.

Cuma semalam dek kerana ada sambal sotong kat kedai beli makanan tu, memang la seronok kan. Sotong ni kategori binatang kegemaran. Haha. Tapi yg herannya kalau masak sendiri memang jarang la kena gatal2 ni. Maybe kebersihan pon jadi salah satu faktor terjadinya alahan kepada makanan ni.

Ramai yg anggap masalah gatal2 atau mungkin sesetengah org sampai hidung berair dan bersin2 yg teruk yg dialami sekali sekala ni normal dan tak perlu dibimbangkan. Sebabnya ye lah, sekadar gatal2 je. Kerja lain boleh buat macam biasa. So orang amik ringan. Tapi kalau la kita ni mengalami alahan kronik dan berulang2 serangan boleh berlaku kerap dan serius sehingga sedikit sebanyak mengganggu kehidupan kita jugak.

Biasanya masalah utama org2 yg ada alahan ni adalah keletihan sebab gejalanya macam bersin, gatal2, hidung berair yg melampau ni kadang2 boleh mengganggu tidur yg lena dan menyebabkan kita cepat marah, hilang tumpuan, stress dan akhirnya menjejaskan prestasi kita di temapt kerja. Kemunculan tanda2 ekzema atau rasa gatal dek kerana alahan ni jugak memberikan kesan negatif terhadap keyakinan kita. 

Dalam kes yg jarang belaku, tindak balas alahan boleh jadi serius sehingga menyebabkan masalah kesihatan yg dinamakan anafilaksis. Bila dah sampai tahap ni, saluran pernafasan bengkak dan akibatnya menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Pada masa yg sama kulit kelihatan merah padam dan terasa panas bila disentuh dan tekanan darah turun secara mendadak. Dalam tempoh beberapa minit, badan boleh mengalami kejutan anafilaktik yg boleh membawa maut jika ubat tidak diberikan dengan serta merta. Sebab tu jangan ambil mudah!!

Dianggarkan 2% kanak2 mengalami alahan makanan (lebih tinggi di kalangan kanak2 yg lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak2 akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin berlanjutan sepanjang hayat. Di kalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.

Jenis2 alahan

Ada beberapa jenis alahan yg berbeza dari segi keseriusan dan tandan2nya. Contohnya asma ialah sejenis penyakit alahan yg menjejaskan saluran pernafasan, manakala demam alergi mempunyai gejala2 seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema dan gatal2 menjelma sebagai tompokan kulit yg kering dan gatal dan tompokan radang pada kulit.

Penyebab2 atau pencetus alahan ni berbeza2 malah semuanya berada di sekeliling kita. Misalnya pengawet makanan, ubatan tertentu, kutu habuk dan minyak wangi. Sebab tu lah sukar untuk  mengelak daripada benda2 pencetus yg ada di sekeliling kita.

Kenapa ada sesetengah orang kerap diserang alahan sedangkan orang lain tak mudah kena alahan??

Tiada jawapan jelas tapi didapati penghidap alahan mempunyai sistem imun yg menghasilkan terlalu banyak bahan kimia yg diberi nama immunoglobin E (IgE) yg menyebabkan badan terlalu sensitif. Setiap alergen atau bahan yg mencetus tindak balas alahan menyebabkan reaksi berturutan yg membawa kepada pengeluaran histamin, sejenis sebatian yg menyebabkan badan mengalami gejala seperti gatal2 dan mata berair.



5 cara untuk menguruskan alahan


  • Elakkan pencetus alahan yg diketahui. Kalau kita alah selepas makan makanan laut atau mengalami hidung berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri daripada punca2 alahan tersebut.
  • Bersihkan habuk di rumah, dalam kereta dan di pejabat. Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut sekerap mungkin.
  • Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam sistem penyaman udara secara kerap. Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan pejabat.
  • Kurangkan pengambilan makanan yg mempunyai bahan pengawet dan pewarna.
  • Tingkatkan pengambilan buah2an segar, sayuran dan air.
  • Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan gejala.

Kredit : alahan


Cegah alahan dengan Shaklee

Boleh ke nak cegah alahan dengan Shaklee?? Meh saya kongsi apa yg saya ambil untuk kurangkan alahan ok!!


Omega Guard Shaklee ni diekstrak dari ikan air laut dalam yg melalui penyulingan 3 peringkat. Ikan air laut dalam mengandungi asid lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu EPA & DHA dan membantu untuk merawat alahan kulit dengan berkesan. 




Alfalfa Complex Shaklee ni bagus untuk detoks. Dalam masa yg sama boleh cuci toksin dalam badan. Mana tau allergic disebabkan toksin berlebihan dalam badan kan. Alfalfa ni jugak bantu kita melawan alahan dan memperbaiki kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.




Masa pakai braces dulu dokte gigi cakap bibir awak ni kering sebab kurang vitamin C. Sejak tu la saya amik Vitamin C. Huhu. Vitamin C ni bagus untuk kulit & bagus untuk tingkatkan imun jugak. Dalam masa yg sama membantu mengurangkan alergi hidung dan kulit serta asthma.


Nutriferon ni bagus sebab dapat mengukuhkan imun badan dalam masa seawal 3 hari. Dengan izin Allah. Nutriferon jugak membantu mengimbangi respon kepada alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara. Pendek kata kalau ada alahan memang sesuai sangat amik Nutriferon ni. Boost immune!!



Last but not least. Herbal Blend multi purpose cream ni. Memang  berbaloi. Sebab kalau ada sakit2 kulit elok sapu ni. Saya sapu ni kat sekeliling bibir masa alahan dulu Alhamdulillah ok. Nak tengok x macam mana keadaan bibir saya dulu?? Meh.


Ngeri kan?? Gatal merenyam. Sakit. Huhu.

Stok Herbal Blend dah ada. Sape nak boleh roger. 

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Nak beli sendiri produk Shaklee terus dari Shaklee? Boleh aje. Klik link bawah ni ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)









Tuesday, 29 April 2014

Cara atasi alahan ketika hamil



Morning sickness ni perkara biasa untuk ibu hamil kan. Jadi jangan risau dan jangan rasa teruk sangat. Benda ni akan berlalu juga. Sooner or later. Cewah. Haha. 

Masa morning sickness ni la ramai yg makan benda2 masam untuk melegakan tekak. Memang itu yg kita akan cari kalau rasa tak sedap tekak kan.

Apa kata jom baca tips untuk elakkan alahan ketika hamil ni.

  • Makan sedikit dan kerap. Perut yg kosong boleh menambahkan loya. Sebab tu kita digalakkan untuk mengekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila dikehendaki sahaja. Cuba elakkan daripada makanan yg berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yg kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yg kering seperti biskut yg mudah dihadam dan mudah dimakan pon boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil kita. Amalkan untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat selama 15 minit sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila kita berasa lebih teruk dan lebih baik. Biasanya ada pola harian dan ada waktu tertentu pada setiap hari untuk kita makan atau minum tanpa berlengah. Sebab tu catat masa2nya supaya kita boleh biasakan diri.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika kita terasa sukar untuk minum tanpa memuntahkan semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan kita minum dengan kerap dan cuba hisap kiub ais kalau kita muntah air.
  • Dapatkan rehat secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah limau. Sepotong buah limau boleh mengurangkan loya kita. Tambahkan beberapa hirisan buah limau ke dalam teh ais atau air bikarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yg disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yg sederhana dan berhati2. Kadang2 ia juga tak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut yg boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Kalau kita mengambil vitamin semasa kehamilan, kita mungkin kurang mengalami simptom yg teruk.
  • Cuba terapi semualajadi seperti aromaterapi minyak limau nipis, lemon atau sitrus atau homeopati.
  • Beritahu seseorang. Bincang dengan seseorang yg memahami yg akan membantu kita. 
  • Bangun secara perlahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Jika tidak tahan dengan bauy yg kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Kalau ada org lain yg boleh membantu lebih baik.
  • Makan makanan yg sudah sejuk berbanding panas sebab ianya kurang bau.
  • Elakkan diri daripada mengambil kafein atau merokok.
  • Pastikan waktu rehat cukup sebab alahan akan bertambah teruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yg lain jika ada. Pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
  • Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
  • Bergerak dengan perlahan dan elakkan pergerakan pantas.
Kredit : Baby Center & Harian Metro


Ok, tu sedikit sebanyak cara nak kurangkan alahan. 

Haa. Nak tau cara nak kurangkan alahan dengan Shaklee?? Take note ye sebab kat atas pon dah cakap ada vitamin yg boleh kurangkan alahan dan berikan kita tenaga sekaligus.


B Complex Shaklee

Ingat tak yg kat atas ada nyatakan Vitamin B6 boleh mengurangkan mabuk kehamilan?? Haa. B Complex Shakee ni memang terbaik. Pakej complete. Sebab cara nak pilih vitamin B yg bagus pon kena mengandungi kesemua 8 vitamin B termasuk Vitamin B6. 


Peppermint Ginger Plus

Kat atas tadi ada cakap kan pengambilan halia boleh mengurangkan rasa alahan. Malah kena ada dosage yg betul kan. Pengambilan sederhana gitu. Apa kata cuba ni. Sebab peppermint ginger ni bukan sekadar mengurangkan alahan malah membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, merawat sakit tekak atau masalah gastrik, nausea, batuk dan sakit tekak.



Vita lea dengan formula iron

Yang ni pon terbaik. Sebab vitalea ni multi vitamin dan mineral pertama di dunia. Dulunya dikenali sebagai vitalize-mineral dan akhirnya disingkatkan kepada vitamin. 90 tahun dulu dalam bentuk cecair tapi sekarang dah dalam bentuk tablet. Ibu hamil elok sangat amik ni. Lagi2 kalau ada masalah HB rendah macam SAYA. =P

Ok itu dia suplemen untuk mengurangkan alahan. Saya ambil B-Complex & Vitalea je sebab so far Alhamdulillah saya takde masalah morning sickness ni. Hehe. 

So ibu2 yg ada masalah morning sickness ni, jom cuba atasi alahan dengan Shaklee.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Monday, 28 April 2014

Kaedah menguruskan badan dengan betul

Assalamualaikum korang.

Arini nak kongsi benda simple je la. Takde mood nak cakap banyak. Hehe. Hari ni nak kongsi kaedah menguruskan badan dengan betul.

Take note. Menguruskan badan bukan semata nak kurus. Tapi nak manage badan kita. So jangan la stress sangat kalau kita lambat kurus. Sebab yg penting kita dapat URUSkan badan kita. 

Jom baca kaedahnya macam mana.

  • Dapatkan sajian harian yg sihat dengan mengurangkan jumlah pengambilan nasi dan melebihkan produk mengandungi fiber, sayuran dan buhah-buahan. Semakin banyak usia kita, maka kita kena kurangkan pengambilan karbo. Lebihkan serat ok. 
  • Bersenam melalui aktiviti riadah atau berjalan kaki 3 kali seminggu dalam tempoh 30 minit setiap kali. Bukan susah pon kan. Dalam seminggu luangkanla masa 90 minit sahaja. Tu minimum la. Tengok wayang lagi lama kan. Kata nak sihat. Korban sikit masa berehat dan pergilah bersenam. Mesti rasa lebih segar. =)
  • Minum air antara 3 hingga 4 liter setiap hari. Air ni penting untuk proses penghadaman dan proses perkumuhan kita. Sebab tu kita digalakkan sangat untuk minum air banyak supaya kita dapat detoks badan kita. Kalau selalu detoks badan kita akan lebih segar dan bertenaga. Ingat!! Setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 liter air tau. 
  • Elakkan menikmati makanan segera macam pizza, burger dan minuman berkarbonat. Makanan segera ni kurang berkhasiat. Apatah lagi namanya segera. Kita makan bukan sekadar nak kenyang tapi nak cukupkan nutrien. Kalau makan benda yg tak berkhasiat, macam mana kita nak sihat kan?? Lagi satu, minuman berkarbonat misalnya. Kandungan gula dalamnya kan tinggi. Cubalah elakkan makan atau minum benda yg tinggi gula ni. 
  • Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, kuih-muih manis, susu pekat, buah-buahan dalam tin dan coklat. Faktanya sama la seperti sebelum ni. Kandungan gula yg tinggi dalam makanan tak elok untuk kesihatan.
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan atau khidmat nasihat kaunseling daripada pegawai perubatan terlatih berhubung amalan diet terbaik, terutama sekiranya ingin mengambil produk perlangsingan. Bukannya apa, kadang2 dek kerana kurang ilmu dan terlalu mengikut perkembangan semasa dan apa yg org lain makan, kita sendiri tak tahu mana yg elok atau tidak untuk kita kan. So better tanya pada yg ahli.
  • Jalani permeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui tahap kesihatan terkini. Yg ni pon penting sebab kita kadang2 tak tahu tahap kesihatan kita macam mana. Ramai yg pilih untuk cantik daripada sihat sekarang. Huhu.

Ok, itu dia tips untuk URUSkan badan dengan betul. Insya Allah kalau kita urus badan dengan betul, maka kita akan kurus sekaligus. 

Nak cuba set kurus Shaklee? Set kurus ibu menyusu pon ada.

Saya dah cuba. Tengok ni.


Set kurus ibu menyusu berkesan untuk saya. Alhamdulillah.

Ok, PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 25 April 2014

Boost immune dengan Shaklee

Immune badan kita ni kadang ada naik turunnya. Bila kita tak sihat, masa tu la sebenarnya immune badan kita kurang dan kemudian kita akan mudah diserang penyakit lain. Sebagai contoh, pesakit tibi akan diserang bila tahap imunisasi badan mereka berada pada tahap rendah. Kuman tibi takkan menyerang bila badan kita sihat dan tahap imunisasi badan kita berada dalam keadaan tip top. Itu fakta tau. Doktor sendiri yg bagi contoh pasal tibi ni.

Sebab tu la penting sangat untuk kita jaga2 agar immune kita sentiasa boost dan tak ke tahap yg lemah. Tapi kita kan manusia. Siapala kita nak menidakkan kuasa Allah. Dah tentu la mesti ada masa sakit atau demam. Tapi kan, kalau la org yg jenis immune bagus ni, walau kena demam, diorg mesti sentiasa aktif dan cepat recover. Bagus betul kan??

So macam mana nak boost immune ni?

Haa. Meh tengok dalam Shaklee apa yg bagus untuk imunisasi badan kita ni haa.


Yes. Sustained Release Vita C Shaklee. Bagusnye SR Vita C Shaklee ni sebab canggihnya vitamin c yg dilepaskan secara berterusan dan semulajadi. Proses sustained release tu sendiri menunjukkan yg Vitamin C Shaklee nyata berbeza daripada Vitamin C lain. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Manakala setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid yg diestrak dari kulit buah) yg juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 

Kalau nak tahu, Vitamin C membantu membina sel darah merah yg sihat untuk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun dan juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

Yg bestnya, selain meningkatkan immune kita, vitamin c ni pon membantu membentuk kolagen. Bila kolagen terbentuk maka kita dapat mengurangkan kedutan dan menghalang otot jadi lembik. Pengambilan vitamin C setiap hari dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yg menyebabkan jeragat. 2 dalam 1. Cantik dapat. Sihat pon dapat kan.



Next, Garlic Shaklee. Kalau ikutkan memang bagus makan bawang putih kan. Sebab real food - bawang putih tu sendiri memang bagus. Cuma kaedah kita masak tu la yg menentukan dapat ke tidak khasiatnya. 

Kalau nak tahu, garlic Shaklee ni diperbuat daripada bawang putih premium yg bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California USA di waktu musim panas. Tengok la kriteria nya. Nak gelak pon ada. Tapi hakikatnya memang begitu. Shaklee kawal kualiti pengeluaran produknya sampaila ke kaedah penanaman dan musimnya sekali. Garlic Shaklee dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% allicin aktif. Bukan semua tablet garlic di pasaran ada allicin aktif ni tau. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yg menyamai dengan 2 ulas garlic segar. Beza makan garlic shaklee ngan garlic biasa ni paling ketara pada baunya la. Kalau makan yg segar2, baunya awwww. Mesra gitu. Hehe.

Antara manfaat garlic Shaklee ni dah tentulah mempertingkatkan sistem imun tubuh, membantu menghalang penyakit berjangkit macam selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida. Garlic Shaklee ni antibiotik semulajadi. Maka ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang. So jangan risau ok!!


Last but not least, Nutriferon yg memang power ni!! Nutriferon ni interferon pertama ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University of Tokyo pada tahun 1954. Dia bukannya buat kajian setahun dua. Tapi 40 tahun punye kajian barulah dapat membangunkan satu2nya interferon semulajadi di dunia. Wow!! Nutriferon ni sendiri dah dipaten oleh Shaklee dan tak boleh dijual di kedai2 biasa. Shaklee je yg ada. Sebab formula eksklusif kan. Zidane pon suka sangat dengan Nutriferon ni kalau korang nak tau. 

Antara manfaat Nutriferon di dah tentulah mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Nutriferon ni satu2nya interferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan yg interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-Cells, B-Cells dan makrofag. 

Sebab tu la nutriferon ni kiranya produk Shaklee yg paling bagus la dalam nak boost immune kita. Yg ni saya pon mengaku. 

Kesimpulannya, kalau boleh carila jalan nak boost immune kita supaya kita tak dijangkiti penyakit. Kalau dijangkiti pon Insya Allah kebah cepat. Dengan izin Allah. Banyak benar penyakit skang ni. Kalau tak jangkit melalui udara, berjangkit melalui sentuhan. Method berjangkit ni banyak. Sebab tu jom la kita amik pre caution steps.

Nak cuba? Nak boost immune??

Nak beli sendiri? Meh klik link bawah ni, saya bawak korang terus beli sendiri di Shaklee. =)


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!! I ada je ready stok di rumah.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)






Thursday, 24 April 2014

Menyusu ketika hamil. Selamatkah?

Ni memang isu sendiri ni. Maklumla, Zidane baru setahun 8 bulan. Dan saya pula dah hamil dalam 5 minggu. Sebenarnya memang nak menyusukan Zidane sampai umo dia 2 tahun pon. Alah, bape bulan je lagi kan. 4 bulan je. Kena sabar sket la.

Tapi, ada jugak yg advice untuk kurang menyusukan Zidane. Sebab menyusu ni boleh menyebabkan bleeding dan contraction. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran. Huhu. Lepas dengar ni memang cuak sket la. Tapi macam kawan tu cakap la. Benda ni case to case basis. Mungkin ada yg tak tahan dan akibatnya terjadila keguguran. Tapi tak mustahil jugak. Sebab ada jugak yg berjaya menyusukan sampai2 saat2 nak melahirkan anak dalam kandungan. So kuncinya di sini mudah je. Cek la diri sendiri selalu. Kalau rasa memudaratkan sama ada diri kita atau kandungan, maka wean off la awal. Huhu. 

So sekarang saya pantau la apa yg patut. So far masih ok. Harapnya ok la hendaknya. Insya Allah. Semoga Zidane dapat enjoy menyusu dengan saya sampai cukup umur dia 2 tahun. Nanti boleh la tumpang menyusu ngan adiknya. Boleh la tandem nursing plak. Kih kih. Seronoknya. 

Antara info yg saya berjaya collect sepanjang pembacaan saya adalah :


  • Penghasilan susu ibu mungkin akan terjejas. Tapi senang cite, kena ingat konsep demand n supply jugak. Disebabkan kita dah tak mengepam dan hanya direct feeding memang la supply susu akan berkurangan sedikit demi sedikit pon. So be prepared. Tapi ada jugak yg takde masalah gini. Mungkin ikut rezeki masing2. Kita ikhtiar je la kan??
  • Perubahan rasa pada susu ibu. Perubahan ini mungkin akan dikesan oleh anak kita yg menyusu. Ye lah, kita mana la nak perasan ye tak? Sebabnya masa mengandung, susu ibu akan bertukar kepada kolostrum. Kolostrum adalah susu ibu yg kaya dengan nutrisi dan sangat penting untuk baby yg baru lahir. Dalam sesetengah situasi mungkin anak akan berhenti menyusu dek kerana berubahnya rasa susu tu. Ada jugak yg risau kolostrum untuk adik diambil oleh abang atau kakaknya yg menyusu. Tapi sebenarnya tidak. Jangan la risau ok!! Kolostrum takkan habis diminum. Kolostrum akan terus dihasilkan sehinggalah keperluan bayi yg baru lahir dipenuhi. So no worries mommies!!
  • Dalam proses penyusuan, badan kita akan mengeluarkan hormon yg dipanggil oxytocin. Oxytocin adalah hormon yg menyebabkan tindakan 'let down'. Ini adalah satu tindak balas di mana susu ibu akan keluar dari payu dara apabila nipple distimulate. Oxytocin juga sangat penting semasa nak bersalin sebab ia merupakan hormon penting untuk kontrasi semasa nak bersalin. Ada yg risau hormon oxytocin yg dirembeskan ni mungkin mengakibatkan terjadinya kontraksi. Tapi sebenarnya, jumlah oxytocin yg dihasilkan semasa menyusukan anak tak cukup untuk memberi kesan kontraksi kepada uterus kita sekiranya kandungan kita normal.
  • Ketahuilah yg susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usia 6 bulan. Sebab usia 6 bulan sebenarnya dah boleh start solid food kan. So anak sebenarnya bukan bergantung kepada susu ibu semata. So ibu xyahla risau tentang nutrisi untuk anaknya. Lepas 6 bulan adalah masa yg sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan berkhasiat. Penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua2 pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya. Sebenarnya penyusuan susu ibu tak mempunyai kaitan dengan keguguran. Better refer kepada konsultan atau kaunselor laktasi kita.
  • Kebanyakan ibu mengalami rasa tak selesa pada bahagian puting pada setiap sesi penyusuan. Sebabnya, ketika mengandung, puting menjadi lebih fragile dan membesar sepanjang kehamilan demi persediaan untuk penyusuan anak di dalam kandungan. Sambil menyusukan anak tu, alihkanlah perhatian daripada rasa sakit dengan melakukan perkara lain macam membaca majalah atau menonton tv. Ketahuilah yg rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih 'tough' untuk penyusuan bayi seterusnya. Ahaks!!
  • Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yg kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu.
  • Tangan anak yg meraba perut kita semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkannya. Komunikasi dengannya walaupun ketika sedang menyusukan. Katakan kepada anak kita yg kita sedang mengandungkan adiknya di dalam perut supaya dia mempunyai kawan bermain. Semai perasaan kasih kepada adiknya sejak dari dalam perut lagi. Mesti anak kita tak sabar menunggu kehadiran adiknya nanti.
  • Tandem nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua2nya selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah hubungan antara kedua2 anak yg lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yg penting apatah lagi susu ibu. Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yg lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidupnya. Dia takkan ketinggalan dalam apa jua aktiviti ibu dan adik barunya tu. Tandem nursing selepas melahirkan juga membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu di mana anak yg lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk membantu ibu mengosongkan payudara.
  • Tidak dinafikan perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu hamil. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yg menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu. Percaya pada rezeki. Penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (untuk anak yg berusia 6 bulan ke atas). Teruskan penyusuan susu ibu semasa kita bersama anak kita dan antara tips yg boleh digunakan ialah dengan menyediakan air kosong untuk anak. Sebabnya, komposisi susu ibu yg hamil mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yg menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu. No wonder Zidane selalu mintak air walaupun baru lepas menyusu. Hehe.

Menyusukan anak semasa mengandung ni sebenarnya merupakan pilihan si ibu sendiri. Sekiranya penyusuan tandem bukan satu pilihan yg baik untuk si ibu, maka adalah lebih baik untuk wean off dengan anak sebelum bayi dlaam kandungan dilahirkan. Sebab kalau ditunggu sehingga adik baru dilahirkan, mungkin anak kita akan terasa seola2 diasingkan pulak.


Dan penting sangat untuk kita sendiri yg faham dengan apa jua tanda yg badan kita hasilkan. Sama ada rasa tak selesa, sakit atau apa sekalipun. Be alert dan keep sensitive dengan ketidakselesaan sendiri. Kalau rasa tak mampu atau mungkin tiba2 rasa macam ada kontraksi atau bleeding maka hentikan la penyusuan dan dapatkan la rawatan doktor.


Dalam beberapa keadaan, mungkin doktor akan menasihatkan kita untuk berhenti menyusukan anak sebelum baby dalam kandungan kita dilahirkan. Antara keadaannya :
  • Si ibu pernah melahirkan bayi pra matang
  • Si ibu pernah melalui keguguran
  • Si ibu pernah mengalami masalah pendarahan

So jangan la risau nak menyusukan anak ketika hamil. Semua ni pilihan kita sendiri jugak kan?? Insya Allah, dengan berkat kesabaran dan sedikit kekuatan dengan doa, kita boleh menyusukan anak sehingga la bayi lahir dan kemudian buat tandem nursing pulak. Bestnya!!!


Comel kan?? Hehe. Nanti zidane ngan adiknya camtu la. Kah kah.

Ok, nak beli suplemen roger naa. Nak jadi member pon boleh roger jugak.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





Wednesday, 23 April 2014

Buat Shaklee sepenuh hati

Kalau nak buat Shaklee memang betul kena sepenuh hati. Tapi takdela sampai mengganggu masa kerja hakiki atau sampai terpaksa datang kerja lambat pulak. Hehe. Sebab tu la golongan pioneer atau leaders dalam Shaklee ni mintak kita duplicate apa yg diorg buat. Susah tu susah la jugak. Tapi tak mustahil tu memang ye.

Ramai yg dah dibukakan pintu hati nak join Shaklee. Mungkin ramai yg macam saya. Bermula dengan pengguna biasa kemudian menjadi ahli pula. Jadi ahli pon sebab nak enjoy harga produk Shaklee dengan lebih murah. Ye lah. Kena la jadi ahli Shaklee baru boleh enjoy harga ahli. Mudah kan? Modal bukannya mahal pon. RM75 je. Kemudian siap dapat bonus lepas buat belian. Berbaloi sangat.

Tapi kan. Ramai jugak yg buat Shaklee sekerat jalan. Mungkin mereka terlampau meletakkan harapan tinggi lepas tengok upline dapat bonus 4 5 angka. Hehe. Sebab tu kena tahu dari basic. Semua leaders yg enjoy bonus 4,5, 6 atau 7 angka sekarang bermula dari bawah.

Takde maknanya dengan yuran keahlian RM75 bulan pertama terus mencanak dapat 10k. Shaklee bukan skim cepat kaya. Dan tak salah kalau nak kata Shaklee pon perlu kerah masa, tenaga dan usaha. Ada yg siap menangis la nak dapatkan bonus berganda ni. 

Sebab tu bila saya promote pasal keahlian Shaklee ni saya perlukan orang yg sabar, cekal dan tak penat berusaha. Saya tak nak orang yg goyang kaki dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Come on. Kerja sendiri pon kena usaha jugak kan. So jangan la ingat Shaklee senang2 nak bagi bonus banyak. Ape ingat CEO Shaklee tu ayah kita?? Hehe.

Nah, ini dia ciri2 bisnes Shaklee.




Nah. Ni pulak alasan kenapa kita pilih Shaklee.



Pendekkan cerita la kan. Peluang ada di depan mata. Why not bila dah terbuka pintu hati nak buat Shaklee, grab it betul2?

Sedih sangat ada yg cakap nak join tapi sampai sudah tak join pon. Tapi bila kita upload pape atau update pape diorang like. Sampai bila nak like saje kan? Hehe. Kalau saya, dah lama saya buat juga. =P

Saya nak kongsi satu cerita di zaman Rasulullah. Ada mood tak nak dengar? Memang sangat inspiring tau!!

Khabbab Bin Arat adalah salah seorang yg teruk diazab oleh Quraisy. Pernah suatu masa pada zaman pemerintahab Umar Al-Khattab, dalam sebuah majlis, Umar bersama2 sahabat2nya bertanya kepada Khabbab "Apakah azab yg paling teruk kamu lalui?"

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidak pernah aku alami azab yg seteruk ini." Dia membuka belakangnya. Di belakang Khabbab dari atas sampai ke bawah ada lubang2 hitam kesan terbakar. Khalifah Umar terkejut melihatnya.

Khabbab berkata "Wahai Amirul Mukminin, ketika itu Quraisy mengambil batu2 dan membakarnya sehingga merah menyala. Mereka membuka pakaianku dan menyeretku di atas batu2 yg menyala ini."

Selepas diseksa begitu, Khabbab datang berjumpa dengan Muhammad sambil menangis menahan azab. Dia diseret dari kaki tanpa baju di atas batu2 yg menyala. Khabbab datang berjumpa Muhammad yg sedang duduk di Kaabah.

Khabbab berkata "Wahai pesuruh Allah, Quraisy mengazab kami." Lalu ditunjukkan kepada Muhammad apa yg dibuat oleh orang kafir kepadanya. "Wahai pesuruh Allah, berdoalah untuk kami, mohonlah bantuan dan kemenangan untuk kita." Khabbab meminta Muhammad berdoa supaya Allah segera memenangkan Islam.

Muhammad berkata, "Wahai Khabbab, pejuang sebelum kita iaitu para nabi, ada yg ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. Ada yg disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun, semua itu tidak menyebabkan mereka berganjak sedikit pun daripada agama mereka dan daripada keyakinan mereka. Wahai Khabbab, demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini. Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut. Tidak ada yg dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya, tetapi kamu semua mahukan kemenangan yg segera."


Ok, itu kisahnya. Apa yg saya nak cuba sampaikan di sini adalah, there is no such thing as short cuts in life. Semua benda perlukan proses. Sama macam apa yg Nabi ajar kita melalui cerita tadi. Tidak ada yg datangnya mudah. 

Sebab tu dalam bisnes begini pon kena cekal dan berusaha. Kena susah2 dahulu barula bersenang kemudian. Kalau la MLM tu jenis senang terus, ada la benda yg tak kena tu.

Tapi orang kita sekarang suka kan benda mudah. Suka kaya cepat. Suka senang tanpa usaha. Tak boleh ye kawan2. Hehe. Sebab tu la anak cucu Shaklee saya, saya pesan dah awal2. Bisnes ni bisnes kita sendiri. Kalau kita sendiri yg tak berusaha, ke mana bisnes ni nak pergi??

Nak jadi ahli Shaklee? Meh join kami. Nak jadi ahli Shaklee pon kena tengok support group macam mana. Kalau support group kami, Insya Allah, seimbang. Bukan sekadar mengejar syurga dunia, kami juga diajar mengejar syurga akhirat. Alhamdulillah.

Anak cucu Shaklee ku yg membaca. Ingat pesan saya, Dhuha jangan tinggal. Sibuk mana pon kita, curi sikit masa dengan Pencipta kita. Kalau kita ada masa denganNya, DIA lebih banyak masa untuk kita.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 kalau nak berkenalan dengan Shaklee ok.

Kalau boleh hari ni kenapa kena tunggu esok??

P/S: Saya sedang berkursus. Tapi biasala. Entri saya siap schedule kan. Iklan di FB pon siap schedule untuk 10 hari. Tak perlu guna masa pejabat pon kan bisnes macam ni. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Tuesday, 22 April 2014

Ujian kehamilan dengan Clearblue Digital



Tadaaa. Ingat tak isnin hari tu tak silap saya yg saya cek dengan Clearblue biasa tu. Kan samar2 kan? Maka saya ambil keputusan untuk menjelajah satu Kuala Selangor ni untuk cari Clearblue Digital. Bukan apa. Saje nak mencerahkan apa yg tak cerah. Kat watsons takde pulak la benda alah ni. Pergi dua2 watsons tapi dua2 nan hado. So otak ligat berfikir pasal Guardian. Ke Guardian terus & beli.

Macam yg saya cakap sebelum ni, seeloknya kalau nak buat upt, buatla pada awal pagi. Uji dengan air kencing pertama kita. Tapi biasa la. Saya ni jenis tak saba. Rasanya semua org kalau nak tau berita gembira pon memang tak sabar kan?? So lepas je balik beli time lunch hour tu, saya pon apa lagi. Terus uji. Ada banyak tips la sebenarnya kalau nak buat ujian upt ni. Misalnya tak boleh minum air banyak, buat di awal pagi, jangan kencing dalam masa 4 jam etc etc.

Tapi dek kerana nak menguji betul ke Clearblue ni betul2 bagi jawapan yg clear, maka kulanggar je tips dan pantang larang semua tu. Kah kah. Dasar. Mengundang sungguh kan. Haha. Alhamdulillah, walau tak ikut tips semua tu, jawapannya tetap positif. Maka benarla bagai diclaim oleh Clearblue ni. Keputusannya 99% betul dan malah boleh diuji 5 hari sebelum tarikh yg sepatutnya kita period tu. Mujur positif. Kalau negatif mmg overclaim la Clearblue ni. Hehe. Semuanya kerja Tuhan jugak kan. Alhamdulillah. Mana tau Durrah Adnin Zidane bakal menyusul.

Malam semalam tengok channel Astro Oasis ada sebut pasal hukum IUI, IVF dalam Islam. Ada jugak sentuh bab bagaimana nak tentukan jantina anak. Bak kata Dr Hamid Arshat, yg menentukan jantina anak ni adalah sperma lelaki. Sebab wanita berkromosom XX semata. Sperma lelaki la yg mungkin XX ataupun XY. Jangan salahkan isteri kalau anak yg keluar bukan jantina yg kita harapkan. Sebab semuanya berpunca dari sperma lelaki. Dan. Proses di dalam badan kita tu Allah dah tentukan. Tapi tak salah untuk kita ikhtiar kan. Sebab Allah bertindak mengikut sangkaan HambaNya. Insya Allah. Mana tau kalau kita ikhtiar betul2, Allah gembirakan kita dengan jantina anak yg kita inginkan. Dengan izin Allah.

Kalau nak anak perempuan boleh rujuk sini

Dan kalau nak anak lelaki apa kata rujuk sini pulak.  

Semua ni ikhtiar kita. Tak salah berikhtiar. Malah Allah sangat menggalakkan kita berusaha. Jangan la kita sekadar mahu tapi tak berusaha. Ramai yg nak anak perempuan tapi tak berikhtiar dan letakkan semuanya pada Allah. Nak anak lelaki pon ada yg buat gitu. Tapi last2 redha. 

Tapi saya malas nak ulas panjang la. Haha. Sebab saya pon tengah nak tunggu anak pempuan. Kot dapat sepasang, boleh la stop kejap sebelum tambah koleksi saham akhirat. Nak mendidik anak bukan mudah. Amanah ni. Semoga anak2 kita jadi saham akhirat kita.

Doakan kesihatan kami. Sebabnya semalam ada yg pesan, memandangkan saya masih bf zidane, maka saya kena jaga2. Kalau ada contraction atau bleeding. Sebab risau keguguran disebabkan menyusukan Zidane. Semoga janin saya sihat dan bekerjasama memberikan peluang kepada abangnya nak cukupkan 2 tahun penyusuannya dengan saya. Sebab kalau dia bekerjasama dan kuat, maka lepas ni giliran dia pula. Hehe.


Ok, kalau nak beli set kehamilan Shaklee roger naa.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Banyak cara kan?? Nak dengan tak nak je. Hehe.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Monday, 21 April 2014

Pengambilan suplemen ketika hamil

Ketika disahkan hamil mesti kita mula cari petua2 dan tips tentang kehamilan kan? Tak kurang jugak yg mula mencari suplemen atau makanan tambahan untuk mengurangkan risiko2 yg bakal dihadapi oleh ibu hamil. Dulu masa saya mengandungkan zidane masalah saya adalah hb rendah sehingga ke tahap terpaksa dicucuk suntikan inferon. Kalau nak tau bekas atau lebam suntikan inferon tu masih ada lagi kat saya ni haa. Tanda kenangan supaya lepaskan ni jangan amik remeh pasal hb ni. Sakitnya pulak Tuhan saje yg tau. Saya pernah kongsikan pasal ni dalam entri dulu2. 

Kalau diikutkan diet seimbang la yg ibu hamil perlukan. Tapi hakikatnya suplemen, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk bantu kita penuhu keperluan nutrien kita. Sedangkan org yg x hamil pon perlukan suplemen zaman sekarang ni apatah lg ibu hamil. 

Ibu hamil disarankan untuk ambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Bila kandungan semakin besar, kita perlukan zat besi tambahan pula. Tahap zat besi dalam badan kita akan diperuksa semasa hamil dan doktor akan menasihatkan apa yg kita perlukan sepanjang kehamilan. Biasala tu kan. Kalsium jugak penting dan kalau hamil kita perlukan sebanyak 2 kali ganda dari jumlah biasa. 

Kalau tak yakin dengan suplemen apa yg kita perlukan, elok sangat untuk kita tanya doktor apa sebenarnya multivitamin khas untuk kehamilan. Selalunya doktor akan sarankan multivitamin yg ada asid folik, vitamin D, zat besi & kalsium, vitamin c, vitamin2 B seperti B6 dan B12, potasium, zink & vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yg mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Sebab kalau diambil dalam kuantiti yg banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur2 tumbuhan (karotin) adalah selamat. 

Selain itu, adalah dinasihatkan supaya jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) sebab ini boleh membahayakan bayi.

Bincanglah dengan doktor mengenai suplemen khas untuk kita sekiranya kita:

  • seorang vegetarian tegar;
  • menghidap kencing manis atau diabetis gestasi;
  • mengalami praeklampsia;
  • menghidap anemia; dan
  • pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yg rendah.

Kredit : baby center

Kalau saya mudah aje. Saya ambil suplemen Shaklee. Nak tau apa yg saya ambil untuk kehamilan kali ni??





Vitalea Shaklee

Mengandungi Vitamin D untuk menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yg sihat, Beta Karotena untuk meningkatkan kesihatan mata, kulit & sistem imunisasi. Vitamin E untuk menyokong kesihatan sekular & meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi, Kalsium untuk menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot2, Boron untuk membantu dalam metabolisme Vitamin D & mineral yg terbabit dalam perkembangan tulang, Magnesium yg menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung, Biotin untuk membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak. Yg paling penting, multivitamin Vitalea tak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet. Dan yg bestnya, vitalea jugak membantu masalah HB rendah ni. Maklumla, saya kan ada masalah HB rendah sampai kena cucuk inferon. Huhu.


B-Complex

B-complex yg bagus sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Dah tahu kepentingan asid folik kan? Sekarang amik tahu pulak pasal kepentingan Vitamin B. B-Complex Shaklee mengandungi:

  • Vitamin B1 (thiamine) yg berfungsi membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak, menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga dan mengelakkan diabetis.
  • Vitamin B2 (riboflavin) yg berfungsi menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yg menyambungkan maklumat dan menguatkan fungsi otak.
  • Vitamin B3 (niasin) yg memberi tenaga, mengelakkan kelesuan, mengurangkan perasaan stress dan tertekan serta memberikan ketenangan.
  • Vitamin B5 (pathotenic acid) yg membantu mengelakkan kekejangan otot.
  • Vitamin B6 (pyriodoxine) yg membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia, memberikan tenaga dan menghilangkan rasa lesu.
  • Vitamin B9 (folic acid) yg penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan, mengurangkan risiko spina bifida pada bayi, menjaga fungsi saraf dan mengelakkan kurang darah.
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin) yg membantu mencegah anemia, menjaga kesihatan kulit dan mencegah kelesuan.
Sebab tu B-Complex Shaklee sangat berbaloi untuk dimiliki. =)



Sustained Release Vitamin C

SR Vita C Shaklee membantu menyerap zat besi, membantu dalam sintesis protein, mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yg kurang berat badan dan anemia serta mencegah selesema. Lagi best sebab SR Vita C memastikan keperluan Vitamin C dalam badan dipenuhi untuk 24 jam sebab kandungan Vitamin C dalam SR Vita C ni dilepaskan secara "sustained release" atau secara perlahan atau secara berperingkat bagi memastikan badan kita mendapat manfaat vitamin c sepanjang hari. 


Ostematrix Shaklee

Ibu hamil digalakkan minum susu untuk dapatkan kalsium untuk pembentukan tulang dan perkembangan janin kan. Kalsium juga penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Dalam masa yg sama, kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Ibu mengandung memerlukan 1000mg hingga 1300mg kalsium sehari. Dan kalau nak tau ostematrix ni bukan sekadar kalsium sebab dalam masa yg sama ostematrix membekalkan kita magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Manakala magnesium berfungsi membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula membantu dalam merangsang penyerapan kalsium. Ostematrix membantu memperbaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu hamil serta dapat menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau ibu hamil kurang kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi pada ibu tu sendiri. Ini  kerana apabila kalsium untuk bayi tak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin mendapat osteoporosis di usia tua. 


Omega Guard Shaklee

EPA dan DHA dalam diet ibu hamil mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi (otak dan mata bayi). Pengambilan Omega 3 yg tinggi juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Tambahan pulak Omega Guard Shaklee ni disuling melalui 3 peringkat. Jangan ambil sebarangan minyak ikan. Sebab selalunya minyak ikan ni diambil dari ikan laut dalam. Kalau salah minyak ikan, silap haribulan ada kandungan bahan toksik macam plumbum, merkuri etc dalam minyak ikan kita. Di samping membentuk otak bayi yg bagus, Omega Guard jugak membantu ibu hamil mengawal berat badan supaya tak terlalu berat. Kang tak pasal2 minum air gula. Hehe.


ESP Shaklee

Nak lagi best, tambah la ESP Shaklee dalam set kehamilan kita. Sebab biasanya ibu yg hamil ambil ESP ni bukan main bertenaga lagi. Dalam masa yg sama ESP memelihara tekanan darah kita tak terlalu tinggi dan membantu menghalang diabetis ketika kehamilan jugak. 


So ibu2 hamil. Nak cuba set ibu hamil Shaklee ni? Saya pakai set ibu hamil Shaklee ni untuk anak kedua ni. Hehe. Semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan kali ni. Siapa nak susah ye tak??


Kalau nak cuba, PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!

Nak beli sendiri produk Shaklee terus dari Shaklee? Boleh aje. Klik link bawah ni ok!!

Saya nak beli Sustained Release Vita C Shaklee!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)



Friday, 18 April 2014

Tips penjagaan awal kehamilan




Eceh. Mentang2la tengah early pregnancy ni. Bacaan pon banyak pasal benda2 awal kehamilan ni. Macam la tak pernah mengandung. Hehe. Ape pon, semua ni untuk reference bersama jugak. Mana tau ada yg nak cari apa2 tips awal kehamilan. Lebih2 lg untuk first time mommies kan.

Meh saya kongsikan 10 tips penjagaan awal kehamilan ni. Misi ibu2 hamil pada fasa ni adalah untuk kehamilan yg sihat kan? So ikut tips yg saya baca ni ok!!


  • Rancang rawatan antenatal dari awal : Penjagaan antenatal yg baik memang penting untuk kesihatan bayi kita. Sebab tu la kita kalau boleh pilih doktor yg akan jaga kita dari awal lagi. Dalam masa yg sama kita boleh bina hubungan yg baik dengan doktor sebagai persediaan untuk kelahiran. Tapi biasanya memilih doktor ni boleh dilakukan kalau di hospital swasta. Kalau di hospital kerajaan, tak dapek den nak nolong. Tepuk dada, cek kocek anda. Hehe. Kalau mampu silakan ke hospital swasta. Nanti bila senang saya ceritakan pro n cons melahirkan baby di kedua2 hospital ok!!
  • Makan dengan baik : Take note yg once kita dah mengandung, tak bermaksud kita perlu makan untuk 2 orang. Kita pon sebenarnya tak perlu minum susu full cream atau makanan tambahan yg dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah keperluan tenaga kita tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama kehamilan dan keperluan ini meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir sebanyak lebih kurang 200 kalori sehari. Tapi, pengambilan diet yg sihat dan seimbang memang penting. Ramai yg hilang selera makan pada sesetengah makanan tertentu, tapi makanan tersebut bolehlah digantikan dengan makanan lain yg mengandungi nilai nutrisi yg sama. Pastikan diet kita merangkumi banyak buah2an dan sayuran sekurang2nya 5 hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi dan sebaik2nya jenis bijirin sempurna supaya kita dapat serat pada kadar yg secukupnya. Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan sejumlah susu dan makanan tenusu setiap hari. Jangan abaikan sarapan pagi. Dalam masa yg sama, kawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.
  • Berhati-hati tentang kebersihan makanan : Elakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia mungkin berisiko pada kesihatan kita dan juga bayi. Listeria yg boleh menyebabkan keguguran atau penyakit teruk bagi bayi baru lahir mungkin berpunca daripada keju lapuk matang yg lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa kita hamil. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin adalah selamat untuk dimakan. Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yg sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius. Penting untuk kita memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman juga. Elakkan daripada makan daging yg kurang masak atau mentah dan cucilah sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran. Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yg kurang masak dan telur mentah atau dimasak lembut. 
  • Mengambil tambahan asid folik dan memakan ikan : Asid folik memang penting sebab dapat mencegah spina bifida dan lain2 kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida ni adalah penyakit kongenital yg serius yg berlaku apabila tiub yg melindungi sistem saraf pusat tak menutup sepenuhnya dan mengakibatkan ketidakupayaan yg serius. Sebab tu lah semua wanita yg merancang untuk hamil dinasihatkan untuk ambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang 3 bulan pertama kehamilan. Kalau tak rajin menelan suplemen bolehla ambil asid folik semulajadi melalui permakanan kita terutamanya melalui sayur2an dan bijirin sarapan. Lain2  nutrien yg penting untuk kesihatan bayi dan kita adalah besi dan kalsium yg boleh diperolehi melalui pemakanan biasa. Minyak ikan yg mengandungi asid lemak omega 3 juga mempunyai kesan yg baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak Omega 3 yg bayi kita perlukan semasa membesar dan berkembang. Adalah disyorkan untuk makan ikan seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari 2 kali seminggu tetapi ikan jenis lain boleh dimakan seberapa banyak yg kita suka. Kalau saya, saya ambil Omega Guard Shaklee. Bebas merkuri dan semua bahan toksik berbahaya sebab melalui 3 peringkat penyulingan. Hehe.
  • Bersenam selalu : Hamil tak bermakna kita tak boleh melakukan senaman. Senaman boleh memberi kita kekuatan dan ketahanan yg diperlukan untuk menampung berat badan kita yg akan bertambah semasa mengandung dan menangani tekanan fizikal kelahiran. Dalam masa yg sama memudahkan kita untuk kembali ke bentuk badan asal selepas bayi dilahirkan. Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu kita menangkis kemurungan semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan bahawa senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yg membantu mengawal emosi dan perasaan kita. Kalau kita dah biasa melakukan senaman dalam bentuk sejenis sukan, kita boleh teruskan selagi ia selesa untuk kita, melainkan jika sukan tu memberi risiko jatuh atau terhantuk. Senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik juga sangat bermanfaat.
  • Lakukan senalam lantai pelvik : Adalah biasa bagi wanita hamil atau yg telah melahirkan anak mengalami masalah tekanan inkontinens; bila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa dan senaman. Sebab tu lah senaman lantai pelvik digalakkan dan boleh diamalkan sebelum hamil atau semasa mengandung.
  • Hadkan pengambilan alkohol : Kalau boleh jangan ambil alkohol ketika hamil sebab sebarang alkohol yg diminum akan sampai kepada bayi dengan cepat melalui aliran darah dan plasenta. Wanita yg banyak minum secara kerap semasa mengandung dianggap berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin yg menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yg lebih serius.
  • Kurangkan pengambilan kafein : Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yg sederhana dan ada penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. 2 cawan kopi @ 4 cawan teh @ 5 tin cola sehari tidak menjejaskan bayi kita walaupun ada kajian lain yg menunjukkan bahawa tahap kafein yg rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran. Sama seperti alkohol, lebih baik berhati2 dan beralih kepada kopi tanpa kafein teh atau jus buah2an terutamanya semasa trimester pertama. Alternatif segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon. Segar kan??
  • Berhenti merokok : Wanita yg merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah (sumbing). 
  • Banyakkan berehat : Pernah tak rasa letih sangat? Sebenarnya keletihan yg kita rasakan semasa trimester pertama dan ketiga adalah cara badan kita memberitahu supaya kita jangan terlalu aktif. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yg kita tak mampu lakukan tapi kita dan bayi kita akan mendapat manfaat darinya. Kalau tak boleh tidur, sekurang2nya letakkan kaki ke atas dan berehatlah dengan apa cara sekalipun selama 30 minit atau lebih.
Kredit : baby center

Ok tu dia 10 tips untuk kita jaga diri di awal kehamilan ni. Semoga bermanfaat. Nanti saya kongsikan perlu ke kita ambil suplemen semasa mengandung ni. Haaa. Tunggu ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Thursday, 17 April 2014

Ujian kehamilan dengan ClearBlue






Haaa. Tadaaaa. Sungguh instinct saya kalau mengandung memang cukup kuat. Period delayed 2 days. So last monday saya try guna upt yg harganya dalam RM5 yg saya beli di Watsons. Tapi takde rezeki dan tak dapat dikesan. Maka keputusannya negatif.

Tapi tu la. Instinct kuat ni menyebabkan saya pergi beli clearblue ni haa. Sebelum ni masa awal pregnant kan zidane, saya cek 3 4 kali dengan upt murah. Memang negatif. Tapi at last saya beli upt clear blue yg digital tu. Tertera dengan jelas. Pregnant. 2-3 weeks. Tadi cari yg digital takde plak stoknya.

No wonder lately selalu benar citer pasal pregnancy. Kih kih. Memang kami rancang keluarga secara semulajadi tanpa pengambilan pil mahu pun jenis cucuk ke apa ke. Dan Alhamdulillah, sampai zidane 1 tahun 8 bulan kami berjaya gunakan kaedah semulajadi ni.

Kali ni memang nak ada anak. Sebab nak cuti 3 bulan. Aci tak? Hehe.

Dek kerana rasa tak sabar nak cek, tak tunggu dah subuh esok. Sebab kalau ikutkan masa terbaik untuk kita cek kehamilan pada waktu subuh melalui air kencing pertama selepas kita bangun tidur. Masa tu hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) memang sangat kuat. Hormon hCG ni la yg menentukan kita mengandung atau tidak. Badan kita mula menghasilkan hCG apabila telur yg telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) kita. HCG dirembeskan oleh sel2 yg akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing kita daripada kira2 6 hari sehingga 14 hari selepas persenyawaan.

Kali pertama saya lakukan upt tapi negatif. Ini disebabkan level hCG mungkin belum mencecah jumlah yg boleh dikesan. Tapi tu dia. Naluri seorang ibu ni mmg kuat. Eceh. Hehe.

Kalau ikutkan ketepatan clearblue ni 99%. Malah kita boleh gunakan clearblue ni seawal 5 hari sebelum tarikh period yg sepatutnya. Sebab tu walau missed period 2 hari je, saya dah beli clearblue n cek. Cuma nampak samar2 macam ni la. Maklumla buat test waktu tengah hari. Dan mungkin masih awal lagi pregnancy ni.

Bolehla makan set kehamilan Shaklee lepas ni. Nak tengok perbezaan. Sebab zidane dulu saya tak ambil Shaklee. Saya ambil lepas saya habis pantang. HB rendah sampai kena cucuk inferon. Sakit tuhan aje yg tahu. So kali ni nak guna untuk anak kedua ni haa.

Zidane masih breastfeed. Tadi masa tahu keputusan ni rasa macam sebak plak. Rasa sayang sangat dengan zidane. Sebab dia la anak sulung yg mengajar kita jadi ibu kan. Susah senang dengan anak sulung ni lain macam sket. Hehe.

Doakan kesihatan saya dan anak yg masih awal dalam kandungan saya ini. Semoga zidane boleh didik adik2nya dan jadi pelindung adik2nya bila saya tiada kelak.

Nak anak pompuan. Maka kena makan makanan utk dapat anak pompuan. Haha. Ada instinct Durrah Adnin Zidane nak mai ni. Tapi kalau dapat lelaki lagi pon takde masalah. Sungguh anak2 ni anugerah. Kalau tak dapat anak perempuan, semoga kami dikurniakan menantu yg baik2. Eceh. Jauh berangan. Hehe.

Ok la, nak beli produk Shaklee meh roger saya. Yg pregnant sama macam saya ni haa, boleh try set kehamilan tau!!


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

P/S: Saya sakit telinga ni. Habit mengorek telinga sampai luka kembali. Dah kena brain wash dengan dokte tadi. Mujur gegendang ok. Tapi dah kena jangkitan kuman kat saluran luar telinga. Hati2 ye. Tak perlu korek telinga kerap. Sebulan sekali dokte pesan "bersihkan" telinga dan bukan korek telinga. Huhu. Saya ni memang tak reti bahasa. Dan bengkak, sakit, bernanah baru rasakan!! 


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Wednesday, 16 April 2014

Rawat Sengugut dengan Shaklee

Ramai yg mengalami masalah sengugut ni. Kadang2 sampai mintak MC sebab sengugut ni kan. Larat ke tiap kali sebulan sekali maka kita kena pergi klinik dan dapatkan MC? Sampai satu tahap yg teruk, kadang2 sengugut boleh menyebabkan kita muntah2 dan sakit kepala yg teruk.

Sengugut adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yg berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS ni. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Kesakitan yg dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan pengucupan dinding rahim yg amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yg bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput andometrium. Darah ni perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yg dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yg begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yg dikenali sebagai prostaglandin. Prostaglandin adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yg berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap prostaglandin ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi.

Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah sengugut. Sebab tu kelahiran dan kehamilan dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yg menjadi punca sengugut.

Tapi memang mustahilla anak remaja nak diminta kawin awal sebab masalah sengugut ni kan?? Hehe.

Apa kata cuba 2 suplemen Shaklee ni.


Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu proses membuang air kecil.

Sebab tu elok sangat cuba Ostematrix Shaklee ni. Sebab di dalam Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, Zink, Kuprum, Maganes dan Boron. Nutrien2 ni semuanya perlu diambil bersama2 untuk penyerapan maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Dalam masa yg sama, pengambilan ostematrix membantu menghilangkan masalah sengugut, dapat menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas2, meringankan stress dan memperbaiki hiperaktiviti dan sakit gastrik.



GLA Complex Shaklee pula membantu untuk mengawal selia hormon estrogen dan testosteron dan akhirnya memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan mood swing.

Pengambilan GLA Complex bukan sekadar memperbaiki simptom PMS, malah kalau diambil dengan konsisten, ianya membantu melambatkan menopaus, membantu memperbaiki masalah prostatomelogy, membantu menentang kanser, memperbaiki inflamasi kulit, membantu menghalang komplikasi diabetis, menghalang penambahan berat badan, menghalang tekanan darah tinggi dan memperbaiki tekstur kulit dan rambut. Tu dia. Sambil sihat, sambil cantik.


Jadi saya syorkan kepada semua di luar sana yg ada masalah sengugut tiap bulan ni apa kata cuba Ostematrix atau GLA Complex ni. Mana tahu dapat membantu kita mengurangkan sengugut setiap kali datang bulan setiap bulan!!!

Nak cuba??

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)