Friday, 14 February 2014

Tips kuruskan badan!!



Jom kita sembang lagi pasal tips untuk kuruskan badan atau  nak kurangkan inci. Masalan nak kuruskan badan ni memang susah kan. Masa naik senang je mak ai. Lepas makan sambil tidur je badan boleh membeso. Haha. Tapi jangan risau. Kalau dah ikut tips dan petua, jaga pemakanan, bersenam sikit, Insya Allah semua boleh. =)

Jom baca tips kurus lagi!!


JANGAN BERLAPAR / JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG




Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga LEBIH dari BEKALAN tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila kita terlalu lapar, pada kebiasaannya kita akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan kita telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi. Orang lupa yg kita perlukan tenaga untuk membakar lemak. Kalau takde tenaga, macam mana nak bakar lemak ye tak? Tenaga datang dari mana? Tenaga datang daripada MAKANAN YG KITA MAKAN!! Jadi, kena makan. Wajib!! Cuma kena cek balik apa yg kita makan la. Jangan la makan tak ingat dunia kan. Dapat plak tido lepas makan. Memang marvellous!!




AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN





Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.




MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI





Air kosong mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti kita tidak akan makan dengan banyak.




ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT





Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Minuman manis kan banyak gula. Gula pulak punca kegemukan. Lebih baik minum air kosong. =)




KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM





Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita menakung sedikit air. Ini bermakna kita kurang berat yang disebabkan air.




AMBIL SARAPAN PAGI





Kita juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. Bila kita tak bersarapan, maka tendency kita untuk makan lebih banyak masa lunch adalah sangat tinggi. Sebab kita dah lama menahan lapar kan. Baik lah makan sarapan. Sarapan kan ibarat raja. =)




MAKAN PERLAHAN-LAHAN





Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Otak kita perlukan 20 minit yg pertama untuk dapat isyarat kenyang. Sebab tu la kena kunyah perlahan2. 





KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.





MAKAN DENGAN KERAP





Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.




CUCI MULUT





Jika kita terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi kita atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera makan kita.




PILIH MAKANAN BEREMPAH





Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.




PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG





Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.




DIARI PEMAKANAN





Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali kita makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan kita makan, dan perasaan kita ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan kita peka kepada keinginan makan kita. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana kita boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan kita kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan kita lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet kita. Mulakan diari makanan kita dan rajin-rajinlah membuat catatan.




UTAMAKAN KESIHATAN





Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran kira untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.




CARA MASAKAN





Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, kita boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.





PILIHAN PERKAKAS





Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh kita ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!




TABIAT BERBELANJA





Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus kita kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.




KURANGKAN GULA





Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.




AKTIVITI SAMPINGAN





Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah kita berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi kita menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.



Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.




Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing



  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Bukan senang nak kuruskan? Yg penting, fokus untuk sihat jugak. Jangan ambil jalan mudah makan segala macam suplemen yg ada di pasaran tanpa tahu halal haram dan juga kesan sampingannya.  Beauty is pain kan? Haha. Kenala ada usaha sikit baru boleh kurus dengan sihat. Kalau malas, ape pon tak boleh. =)

Kalau nak try weight management Shaklee boleh roger saya.

Sebab di Shaklee ada 3B - Bakar, Buang dan Bina Otot. Shaklee fokus pada weight management dan bukannya weight loss. Sebab bila kita manage weight kita lebih mudah. Get ur shape first then lose ur weight. Itu la konsep kami. 


Ini saya dulu. Hehe. Bulat. Sama bulat macam anak. =P


Ini saya sekarang. Sila tengok lengan saya. Dulu kemain semangat. Haha. Pakai cardigan yg sama dalam gambar atas tu tau!!

Saya ambil set kurus Shaklee khas untuk ibu menyusukan anak. Jadi saya tak gopoh nak kuruskan badan pon. Hehe. Boleh makan apa saje. Mujur saya susukan anak. Selain suplemen, menyusu pon membakar kalori yg banyak kan. Beruntung saya!!


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk tahu mengenai set ni ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment