Wednesday, 19 February 2014

Set Gout Shaklee untuk ayah




Ni gamba family saya. Saya nak cite pasal set gout Shaklee. So purpose saya letakkan gambar ni sebab nak kenalkan korang semua dengan ayah saya.

Ayah masuk umur 77 tahun tahun ni. Ye, 77 tapi nampak macam 50-an kan? Sebab nya, ayah jenis yg jaga kesihatan diri. Cukup disiplin dan tak pernah skip makan ubat klinik dan juga suplemen yg saya beri. Tu kelebihan ayah. Dulu masa gout ayah agak teruk, doktor bagi ayah 2 helai kertas A4 yg ada senarai makanan yg ayah kena elak daripada makan. Ayah ikut. Itu bagusnya ayah. Sebab tu I am proud to say that even ayah dah 77 tahun, ayah masih boleh buat kerja jauh lebih kuat daripada org muda belia macam kita. Dan yg ajaibnya, gigi ayah masih kuat belaka. Takde yg patah dan rosak. Caya la kan??

Ayah kerja kuat dan gigih besarkan kami adik beradik. Ayah sekolahkan kami ke sekolah agama swasta yg perlu dibayar setiap bulan. Sebab tu ayah jaga kesihatan. Sebab ayah nak sekolahkan kami. Disebabkan kerja kuat ayah la kami adik beradik masuk universiti. Terima kasih ayah! Sehingga kini, walau umur ayah dah 77 tahun, ayah masih lagi kerja. Sebabnya hanya satu. Sebab adik bongsu kami masih belajar di UiTM Shah Alam. Ayah cakap lepas adik habis degree ayah nak pencen kali kedua. Kali kedua sebab sebelum ni ayah dah pencen askar. Hehe.

Memandangkan ayah ada gout, saya mula bagi ayah 2 benda. Performance Drink & juga Advanced Joint Health Tablet. Semoga dengan dua suplemen ni ayah beransur sihat. Take note yg ayah saya masih makan ubat yg klinik bagi. So suplemen ni saya beri dengan harapan dapat mengurangkan sakit gout ayah di samping makan ubat doktor sekali. =)

Apa gout ni sebenarnya?


Gout ni adalah satu penyakit sendi yg disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ni melalui air kencing tapi bila bahan kumuh ni berlebihan dan tak dapat dibuang, ia akan berkumpul di dalam sendi. Sebab tu la gout terjadi.


PERFORMANCE DRINK



Performance Drink bagus untuk memeliharan kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik tu. Kalau tak cukup bendalir dalam badan, macam mana kita nak buang air kecil kan? Sebab tu la nanti lagi teruk asid urik tu berkumpul kat sendi.


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET




AJHT ni mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ni sebab mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yg diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yg memberi kekuatan dan struktur kepada sendi. Sebab tu la AJHT ni memang sesuai sangat untuk mereka yg ada masalah sendi. =)


2 ni je yg saya bagi kat ayah untuk jadi penawar sakit goutnya. Yg bestnya minggu lepas balik Ipoh kitorg makan udang. So saya tanya ayah, bukan ke kena pantang sebab gout? Ayah cakap gout dah takde. Dah boleh makan seafood. Tapi kena berpada2 la. Kalau makan sekuali atau sekawah seafood pon tak boleh juga. Hehe. Alhamdulillah. Sekurang2nya gout ayah berkurangan. Berkat ambil ubat doktor tanpa henti dan bantuan suplemen semulajadi Shaklee. =)


Kalau nak kesan lagi best, boleh ambil Alfalfa dengan Omega Guard sekali. 

Sebab alfalfa bagus untuk detoks semulajadi yg menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Kena minum air yg banyak untuk lancarkan detoks. Sebab apa bagus detoks? Sebab kita nak nyahkan asid urik yg berlebihan tu tadi. So bila proses detoks berlangsung dengan baik maka takkan ada lagi asid urik yg terkumpul pada sendi. =)

Omega Guard pulak bagus untuk mengelakkan keradangan sendi. Sakit gout tu kan sakit kat sendi. Kalau ambil Omega guard boleh licinkan sendi. =)

Itu dia cara ayah saya meredakan sakit gout dia. Kena jangan makan minum, ambil ubat doktor dan suplemen dengan konsisten, Insya Allah, gout berkurangan dan takkan mudah serang kita. 

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye. Bagi mak ayah kita untuk redakan sakit sendi diorg kan bagus. Bila sakit sendi kurang, senang nak beribadah ye tak?

Meh tengok ayah saya sekarang kat bawah ni haa. Buat kerja berat lagi dalam usia 77 tahun ni. Siap bawak cucu naik forklift lagi. Caya la!!






Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

2 comments:

  1. Salam Ibu Zidane..

    Wahh menarik perkongsian tu..saya pun tengah cuba nak belikan utk ayah saya.. tapi ayah awak sampai kne inject bengkak kt kaki tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam idayu, ayah saya ada jugak masa2 yg sampai dia kena inject. Biasa la. Lepas inject baikla kejap. Kalau tak jaga makan sakit balik. So memang kena jaga makan pucuk pangkalnya. Kalau minat nak dapatkan set gout boleh roger saya ok. =)

      Delete