Wednesday, 26 February 2014

Nyah kolesterol jahat!!

Bila sebut pasal kegemukan kita akan risau. Tapi ramai lupa pasal kolesterol yg sebenarnya jauh lebih berbahaya. Orang asyik sibuk nak kurus dan nampak cantik. Tapi hakikatnya, kadang2 kita lupa yg tahap kolseterol kita juga perlu dijaga.

Bila ada masalah dengan tahap kolesterol dalam badan kita, kita akan mula terbayangkan penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai misalnya. Sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kebiasaanya, sakit ni datang berpakej. Sebab tu elok sangat untuk kita jaga kesihatan supaya kita bukan sekadar nampak segar dan cantik, malah sihat dari dalam.

Macam mana kita nak turunkan paras kolesterol ni ek? Jangan risau. Sebab kalau paras kolesterol kita tinggi, cara paling mudah untuk turunkan kolesterol jahat atau LDL ni adalah dengan mengatur pola makan selain daripada mengambil ubat-ubatan (bergantung pada keadaan) dan juga suplemen untuk membantu proses rawatan.

Dan kalau nak tau, langkah pertama yg kita perlu ambil ialah mengurangkan pengambilan lemak tepu.

Jom tengok cara semulajadi untuk turunkan LDL ni.


Oat Bran



Oat bran adalah lapisan paling luar oat yg boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yg kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl. Kalau nak beli di pasaraya, pastikan beli oat bran ye kawan2. Bukan oat meal. =)


Flaxseed


Flaxseed ni kandungan karbohidratnya rendah dan mudah dicerna. Flaxseed jugak kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Cuba taburkan flaxseed dalam pelbagai makanan kita seharian. 


Kekacang


Pilih kekacang yg belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan almond atau kekacang lain satu perempat sehingga setengah cawan sehari mampu menurunkan LDL. Kekacang yg masih semulajadi dan belum diproses kaya serat dan akan membuat kita cepat kenyang. Sebab tu kekacang ni jugak snack bagus untuk lapik perut in between meals.


Niasin


Niasin atau Vitamin B3 sangat efektif untuk menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin boleh diperolehi daripada makanan atau real foods jugak. Tak semestinya kena telan suplemen dan ubat. Contohnya kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur. 


Hindari makanan berasaskan tepung


Untuk menurunkan kadar LDL, sebaik-baiknya hindari makanan yg dibuat daripada tepung seperti roti, pasta, bijirin yg bukan berasal daripada oat.


Hindari makanan dengan indeks glisemik tinggi


LDL boleh direndahkan kalau kita mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih. Tu dia. Mampu nak pantang x? Hehe.


Makanan dari sumber kacang soya



Makanan kaya dengan soya pon boleh menjadi pilihan lain dalam menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh jadi pilihan. Orang cakap soya tak bagus kan? See. Ada jugak kebaikan soya ni kalau kita pilih dari sumber yg betul dan kita consume dengan berpada2. Kunci seperti biasa adalah bersederhana kan?


Cara menurunkan LDL dengan Shaklee




Kalau nak turunkan kolesterol dengan Shaklee boleh cuba Omega Guard, Lecithin & Garlic Complex.
  • Omega Guard : Merendahkan kolesterol, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.
  • Lecithin : Pemecahan lemak dan kolesterol. Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi lemak dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh.
  • Garlic Complex : Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserida dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL (lemak baik), melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

So kalau nak cuba set kolesterol ni boleh la PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Mana tau boleh bantu turunkan kolesterol dalam badan kita kan. =)

Oh ye, promo vitalea berbaki 2 hari ye semua. Bila lagi nak dapatkan vitalea dengan harga best kan?? Jom Jom!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)











No comments:

Post a Comment