Monday, 3 February 2014

Mitos nak kekal cantik




Sejak dulu lagi banyak mitos dikaitkan dengan kecantikan. Tak kira moden atau tradisional, ramai yg masih percaya dengan mitos2 ni hanya sebab nak kekal cantik. Jom kita semak apa dia antara mitos kekal cantik yg agak glamer dan ramai pengikutnya. Hehe.


MITOS SATU

Krim koko dapat menghilangkan parut.

FAKTA: Terdapat banyak krim dan losyen yg 'mendakwa' dapat menghilangkan parut dan tanda regangan kerana punca berlakunya tanda regangan ialah akibat kehilangan ataupun peningkatan berat badan. Maksudnya di sini, pembentukannya tidak dapat dihalang atau dihilangkan terus.


MITOS DUA

Tidur telentang mampu mengelakkan kedutan.

FAKTA: The American Academy of Dermatology menyatakan tidur pada sesuatu posisi dengan jangka masa yg agak lama akan menyebabkan wujudnya 'garisan lena'. Jika dilakukan secara berterusan boleh menyebabkan garisan ini kekal dan terjadinya apa yg dipanggil 'kedutan'. So maksudnya kat sini sebaiknya, tidur secara terlentang boleh mengelakkan wujudnya 'garisan lena' ni dan bukannya mengelakkan kedutan. Hehe.


MITOS TIGA

Sesetengah pencuci muka dapat mengecilkan liang pori wajah.

FAKTA: Saiz liang pori adalah genetik. Jadi, biar berapa banyak produk yg mendakwa dapat mengecilkan liang pori wajah untuk selamanya, itu hanyalah AUTA! Ia seolah2 liang pori mengecil, padahal TIDAK!!


MITOS EMPAT
Masalah rambut bercabang boleh diatasi dan dipulihkan.

FAKTA: Satu2nya cara untuk memulihkan masalah rambut bercabang ialah dengan menggunting rambut. Produk2 yg wujud di pasar raya tidak dapat memulihkan masalah ini, sebaliknya menyorokkan rambut bercabang dengan membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan bersinar.


MITOS LIMA

Pemutih gigi boleh merosakkan enamel gigi.

FAKTA: Pastikan kita mengikut cara dan arahan yg betul. Jangan buat sesuka hati sahaja kerana ada antara produk yg tak sesuai dengan gigi kita boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. Kita disarankan tidak menggunakannya secara kerap.


So ni antara mitos kekal cantik yg kita semua percaya. Kredit kepada majalah isihat edisi Februari sebab kalau tak didedahkan macam ni dah tentu kita tak tahu kan? Hehe.


Kalau nak cuba produk bagus yg bukan mitos boleh roger saya k. Shaklee namanya.

Boleh PM / Call / SMS / WHATSAPP 016.331.4797 laju2 k!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor :)

No comments:

Post a Comment