Saturday, 1 February 2014

Kenapa diet anda gagal?





Ramai yg dah diet tapi akhirnya kecundang. Kenapa bole jadi gagal begini? Lagi menyedihkan bila dah cuba macam2 suplemen tapi akhirnya gagal lagi.

Banyak faktor yg menyumbang kepada kegagalan diet kita. Meh saya kongsi antara punca dan sebabnya.

1. Crash Diet: Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat.

Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.

2. Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.

Hakikatnya, biarlah diet tu ada give and take.Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna.

Contoh: Kalau Isnin-Jumaat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggu. Saya suka panggil ni cheat day. Dah penat diet seminggu, apa salahnya hadiahkan kepada diri sendiri sesuatu mengikut selera dan keinginan kita sekali dalam seminggu? Stress ppn kurang kalau gitu kan?

3. Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.

Fakta: Diet kevin zahri sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.

4. Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.

5. Gagal kawal nafsu makan: Cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.

6. Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).

7. Elak waktu makan: Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.
Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

8. Enggan bersenam: Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.

9. Enggan menyentuh kalori: Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

10. Hanya makan buah dan sayur: Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

11. Suka salad mayonis: Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...

12. Tak minum susu langsung: Ramai yang tak sukakan susu kan. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?
Susu penting tau untuk menguatkan otot dan mengekalkan berat badan sihat. :)

13. Penurunan berat badan yang mendadak: Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Ok, tu dia antara sebab kenapa diet kita gagal.
Kalau boleh jangan terus salahkan suplemen kenapa diet kita gagal. Cuba cek diri kita kembali. Sepatutnya kalau nak kurus, maka kena ada aku janji dengan diri sendiri untuk sentiasa disiplin dan jaga makan sama.

Kalau duduk mengunyah depan tv tak berhenti tapi konon amik suplemen nak kurua memang realitinya nak kuruskan lengan pon susah. Hehe.

Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

Jangan jadi macam Yo Yo. Diet Yo Yo hari ni turun esok lusa naik balik. Kalau lemak tukar jadi otot takpe lagi. Kalau lemak kekal jadi lemak dan akhirnya tambah lemak apa cite?

Ok, kalau nak cuba suplemen Shaklee boleh roger saya.

Jangan risau. Shaklee dah 50 tahun lebih di pasaran. Berjuta usd dilaburkan untuk ujian klinikal Shaklee. Shaklee sentiasa selamat dan berkesan. Sijil halal 2014 pon dah ada u ollz.

PM/ Call / SMS / WHATSAPP 016.331.4797 sekarang ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor :)

No comments:

Post a Comment