Friday, 28 February 2014

Kangkung bukan sebarang kangkung!!




Siapa kata kangkung tiada gunanya? Lebih2 lagi setelah kangkung turun harga. Ouccch. Takde kaitan dengan politik ye. Sekadar berkongsi sebab saya membaca blog akak ni yg memang sangat saya suka. Sebab banyak resepi dan banyak kek cantik dalam blog akak ni.

Kangkung ni tumbuhnya meliar. Kalau kat kampung saya merata2 kat tepi longkang pon ada. Baik2 tengok kalau ada pacat plak. Tak pasal kang makan kangkung dan pacat sekaligus. Uwekkk!!

Jom tengok apa kegunaan kangkung ni selain untuk masakan. Check this out!!

Hidung berdarah

Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian di tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit gula dan air panas kacau rata. Kemudian di tapis, biarkan suam. Minium ramuan ini 2 kali sehari. Insyaallah masalah hidung berdarah akan berkurangan.
 

Sakit Kepala

Satu ikat daun kangkung di rebus dengan 2 gelas air. Rebus sehingga airnya menjadi 1 gelas. Kemudian minum air rebusan tersebut.
 

Masalah haid tidak menentu

1 kg kangkung di tumbuk atau di kisar halus. Tambahkan 1/2 gelas air. Kemudian di tapis. Tambahkan 1 sudu madu minum 1 kali sehari. 
 

Masalah susah tidur malam

Masak apa-apa sahaja menu masakn kangkung. Pastikan hanya bahagian daun sahaja di gunakan tanpa batangnya. Ianya sangat mujarab. Sayur kangkung di katakan dapat mengendurkan saraf. Jika saraf kita kendur maka mudahlah kita terlena
 

Sakit gigi

Ambil segengam akar kangkung. Cuci bersih. Rebus bersama 1 gelas air dan 1 sudu teh cuka masakan. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.


Melancarkan buang air kecil

Ambil 1 gengam akar kangkung lalu di rebus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum air rebusan tersebut setiap hari
 
Menghilangkan kelemumur

Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya. Biarkan semalaman. Ramas-ramaskan. Gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci rambut dan kepala yang berkelimumur.


Masalah sembelit bagi ibu yang hamil

Ibu yang hamil di galakkan untuk sering makan kangkung untuk mengelakkan masalah sembelit.


Masalah kegatalan kulit

Ambil daun kangkung yang segar, lalu di rebus dengan air secukupnya selama 5 minit. Setelah air agak suam-suam gunalah air tersebut untuk mencuci bahagian kulit yang mengalami kegatalan.
 

Gusi bengkak

Ambil 200 gm akar kangkung dan cuci bersih. Tambahkan 200 ml cuka makan dan 200 ml air. Rebus ramuan tersebut. Air rebusan itu gunakan untuk berkumur setiap hari, hingga sembuh.

Jemput lawat blog Kak Ita Masam Manis. Kalau yg suka cari resepi macam saya mesti selalu refer page akak ni. Best sangat tau!!

Nak beli produk shaklee, macam biasa roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Sebelum berpisah, enjoy this!!



Kih kih kih.

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment