Tuesday, 11 February 2014

Cara mudah dan cepat jadi ahli Shaklee




Rasa terlalu lapang kat rumah? Asyik scroll newsfeed FB dan tengok instagram artis? Anak dah tidur tak tau nak buat apa? Rumah dah abis kemas, dah siap masak tapi masih bosan sementara tunggu suami balik kerja? 

Kalau ada simptom begini, elok sangat hubungi saya segera. Hehe.

Hari ni saya nak kongsi cara mudah nak jadi ahli Shaklee. Macam yg kita sedia maklum, nak jadi ahli Shaklee ni mudah sangat. Tak perlu nak isi form. Sekarang semua dah boleh buat online. Semua di hujung jari katakan.

Saya dah pernah cerita kenapa saya join shaklee di sini. Kenapa saya seronok sangat bila join Shaklee ni. Sebab Shaklee bukan macam MLM lain. Bukan macam MLM piramid biasa yg lain. Shaklee adalah product based MLM. Maka fokus kita adalah menjual produk dan share kebaikan suplemen Shaklee dan bukannya 24 jam mencari ahli. Kita takkan dapat apa2 komisyen kalau ada org nak daftar jadi ahli Shaklee bawah kita macam sesetengah MLM lain. Dah nama pon product based, sila la jual produk kan. Hehe.

Tapi Shaklee bukanla untuk mereka yg nak meniaga atau serius nak buat bisnes semata. Kalau la ada yg jenis makan suplemen Shaklee tiap bulan maka elok sangat la daftar jadi ahli sebab bila daftar jadi ahli boleh la dapat barang harga ahli. Betul ada yg jual dengan harga ahli, tapi tak ke seronok kalau membeli dengan harga ahli kemudian dapat cash back bonus setiap tengah bulan dari pembelian kita tu? Seronok kan? Ibarat 2 kali gaji. =)

Saya jugak dah share 16 sebab kenapa saya join Shaklee di sini. Antara lain Shaklee ni company lama. Dah berakar tunjang ke dalam bumi dah kalau ibarat pokok jati. Hehe. Sistem yg adil dan patuh syariah, ada sijil halal yg betul, bisnes yg boleh diwariskan kepada anak2, income yg tak terhad, tak perlu simpan stok dan tak perlukan modal besar pon.

Antara lain jugak, kalau nak join Shaklee kena tengok support group yg ada. Ada yg mengadu dengan saya, lepas daftar jadi ahli kemudian ditinggalkan terkotak katik tanpa panduan. Sebelum daftar jadi ahli bukan main lagi berjanji nak bantu jana side income, nak ajar buat blog, nak bagi tips etc etc. Tapi bila dah jadi ahli, habuk pon tarak. Yg lg menyedihkan ada yg mintak upline belikan barang, dah bayar dan kemudiannya patut transfer point atau uv ke atas nama kita tapi upline buat tak tau dan tipu kita camtu saja. Padahal barang yg dibeli bukan seratus dua. Sedih kan macam tu? Sebab tu sebelum join kena selidik betul2. Tapi ye la. Kadang2 mana la nak tau jadi camni kan. Hehe. Yg pasti support group saya sangat marveles. Sebab apa? Sebab ada facebook group, whatsapp group, webinar dan segala macam aktiviti. Yg penting semua go online. Nak join kelas pon dalam alam maya je. Boleh dengar sambil golek2 baring atas katil dan layan anak main kinetic sand. Keh keh. (Baru beli kinetic sand-Poyo je kan). Sebab tu bisnes Shaklee jadi mudah.

Kalau nak buat iklan dalam FB pulak, semua dah diajar cara nak schedule post. Schedule la beratus pos sekali pon. Takyah duduk 24 jam depan pc. Siap sampai kena block dengan FB sebab banyak sangat pos. Hehe. Semua mudah. Cuma berbalik kepada kita. Nak atau tidak.

Ramai yg join Shaklee ada push factor mereka sendiri kenapa mereka join Shaklee. Berbekalkan push factor tu la kami sama2 bersungguh2 mengorak langkah dan mengatur strategi. Bukan sekadar bercakap income banyak tapi dok goyang kaki. Bukan sekadar pinjam kereta kemudian ambik gambar macam kereta sendiri kemudian konon cakap dapat car bonus pulak. Hehe. Sori kalau ada yg terasa tapi tu hakikatnya kan. MLM jadi busuk kerana org2 camtu la. Dulu saya tak suka MLM. Tapi lepas kenal Shaklee, dah jatuh cinta. Sebab tu jangan generalkan semua MLM sama. Tak kenal maka tak cinta. =)

Ramai surirumah yg dah join Shaklee. Semua sebab dari saja suka2 kemudian lama2 jadi serius dan boleh jadi income sendiri. Sekarang ni kalau title suri rumah tu jangan ingat takde income ye kawan2. Silap haribulan, income lebih daripada kita yg kerja ni haa. Sebab tu saya seru mana2 suri rumah yg nak bantu dapatkan side income untuk join kami di Shaklee. Sebab dengan bayaran RM75 sekali seumur hidup boleh jana 5 ke 6 angka. Itu pilihan kita. Kalau la sebelum ni nak beli itu ini tak cukup, kalau buat bisnes Shaklee saja2 dah boleh cover dah beli pampers dan susu anak. Kalau kita jenis suka melawa, lepas ni boleh beli baju baru tiap bulan sambil tunggu suami balik kerja. Betulla suami kena sediakan keperluan kita tapi kalau kita dapat ringankan beban suami dan dalam masa yg sama dapat penuhi keinginan kita untuk beli benda2 lain kan best. Hehe. Org pompuan kan mesti suka belek shopping online. Daripada tiap hari mengharap diskaun memanjang daripada mana2 website shopping ni kan ke elok jana pendapatan. Nanti boleh la beli apa sekali pon tanpa diskaun. Hehe.

Sebab tu saya seru para isteri yg jadi suri rumah untuk buat Shaklee secara sambilan. Lama2 kalau dah suka rasa nak buat fulltime ohoi. Hehe. Besar impian saya untuk jadi macam suri rumah sekalian. Boleh duduk di rumah dan besarkan anak2 depan mata. Sebab tu la saya pulun buat Shaklee. Dengan izin Allah saya bakal jadi WAHM satu hari nanti. =)

Working mum @ Stay at home mum @ work at home mum? Pilihan kita kan. =)


PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk tahu cara mudah dan pantas jadi ahli Shaklee ye.

Modal murah RM75 sahaja dengan sekeping hati yg TABAH & TAKKAN MENGALAH.




Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





No comments:

Post a Comment