Thursday, 27 February 2014

Asid Folik untuk ibu hamil

Tahu tak kenapa asid folik penting untuk ibu hamil? Sebab ni la. Sebab kita nak elakkan benda2 macam ni. Betul semua ni kerja Tuhan. Ambil suplemen untuk mencegah kan tak pernah salah. Malah Allah kan bertindak mengikut sangkaan hambaNya. =)

Ni sebenarnya adalah masalah spina bifida di kalangan bayi. Cuba tengok gambar ni. Kesian kan?


Tak jelas sangat? Meh saya kongsi gambar yg lebih jelas.


Nampak kan beza normal spine dengan yg abnormal. Nak tengok gambar real x? Meh tengok sini.


Kesian baby ni kan? Lahir2 dapat plak sakit camni. Huhu. Kesian sangat.

Sebab tu sebagai parents, be responsible sikit la. Apa la salahnya jaga kesihatan n pastikan keperluan nutrien dalam badan ibu tu sempurna. 

Kalau nak tahu, di Malaysia, penyakit ni hanya berlaku pada 1 dalam 1000 kelahiran dan lazimnya ia terjadi pada awal minggu kandungan selain dapat dikenal pasti melalui ujian ultrasound pada trimester 2 kehamilan.

Spina bifida ni sebenarnya kecacatan tulang belakang bawah yang tidak bersatu sejak lahir, menyebabkan saraf tunjang tidak berfungsi sepenuhnya. Maksudnya kat sini saraf tunjang bayi tak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Kalau tempat yg terbuka terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi tu terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kalau ikutkan ada 3 jenis spina bifida iaitu okulta, menigosele dan mielomeningosele. Sehingga kini, penyebab utama penyakit spina bifida ni memang tak diketahui tapi kalau mengikut kajian ia mungkin ada kaitan dengan genetik. 

Spina bifida okulta (tersembunyi) adalah jenis paling biasa berlaku dan paling ringan. Dalam spina bifida okulta, wujud jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan org yg mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom ringan atau takde langsung simptom dan ada juga yg tak tahu yg mereka ada spina bifida.

Spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosese dan adalah jenis paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ni, satu sista menyelaputi membran yg boleh pecah dengan mudah. 


RAWATAN 
Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Jika seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan terbuka, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati. Tujuan melakukan pembedahan ialah mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang. Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar berbeza dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap. Jika mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu dipantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan berpatutan. Penilaian kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti pakar perubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja. Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.


PENCEGAHAN
  • Pemberian Asid Folik : Dos asid folik yg disyorkan adalah 0.4mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan baik. Disebabkan kebanyakan kehamilan tak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan mengambil penambahan asid folik sebagai suplemen harian.
  • Jika seseorang itu dalam kumpulan berisiko (anak terdahulu atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yg mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos tinggi lebih kurang 4 mg sehari.
  • Kaunseling genetik Risiko (tanpa tambahan asid folik)

Selepas mempunyai seorang anak yg menhidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yg sama dengan kebarangkalian 3-4%. Selepas mempunyai 2 orang anak spina bifida, peratusan kemungkinan anak berikutnya mendapat masalah yg sama adalah sehingga 10%. Risiko akan bertambah tinggi jika keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida. Sebab tu la digalakkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor untuk kehamilan akan datang.


Cara atasi Spina Bifida dengan Shaklee

Seperti yg kita sedia maklum tadi, masalah spina bifida ni akibat kekurangan asid folik yg memang penting untuk tumbesaran bayi kan? So apa kata masa kita hamil, kita ambil suplemen asid folik jugak? Kalau pergi klinik kesihatan kerajaan ataupun swasta memang klinik akan supply asid folik untuk kita kan?

Asid Folik Shaklee adalah Multivitamin Vitalea.


Dalam vitalea ada asid folik yg cukup untuk membantu tumbesaran dan kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, untuk kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, mencegah anemia, osteoporosis, tekanan, ulser dan untuk kesihatan kulit.

Semua ni kita dapat kalau asid folik dalam badan cukup. Tapi untuk hamil kita fokus pada tumbesaran dan kesihatan janin la kan? Sambil2 tu ibu hamil dapat khasiat jugak. Boleh la tambah tenaga ketika hamil dan melengkapkan nutrisi.

Dah namanya multivitamin, dalam vitalea ada Vitamin A, D, C,E, Asid Folik, B1,B2, B3, B6, B12, Biotin, B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat besi, Magnesium, Copper dan Zink.

Complete package. Yg lg best, tablet vitalea ni disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan dihasilkan dengan kaedah Explo-Tab. Bila sebut Explo-Tab ni, maksudnya vitalea akan cepat larut dalam air dan tubuh manusia. Malah lebih mudah larut daripada obimin. 

Check this out : Obimin v Vitalea

See. Sebab tu la vitalea bagus. Hehe.

Nak dapatkan vitalea dengan harga promo? Esok last day harga promo. Lepas ni kalau mintak harga yg terlajak murah ni memang tak dapat. Sekadar dapat harga kasih sayang je tau. Hehe.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.

Sama2 kita jaga kesihatan janin kita. Eceh. Macam pregnant plak. Yg pasti kalau pregnant, memang akan makan vitalea sebab takut kena cucuk inferon lagi!! Ngee.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




No comments:

Post a Comment