Tuesday, 18 February 2014

Tips lancarkan haid secara semulajadi




Macam mana nak cek haid kita teratur ke tak? Kalau saya, saya sediakan kalendar di handphone. Banyak dah apps sekarang kan. Macam ni haa. Comparela bulan ni dengan bulan depan. Bila ada tracking camni senang. Nak tau pregnant ke tak pon senang. Hehe.




Masalah haid yg tak teratur atau lambat bukanlah isu luar biasa sebab ianya boleh dianggap perkara biasa di kalangan wanita. Kiraan haid pula adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara kiraan haid kepada haid seterusnya di antara 21-35 hari. Yg ni bergantung kepada individu la sebab manusia ni kan unik. Allah dah cipta cantik. Berbeza antara satu sama lain. =)

Biasanya wanita mempunyai kitaran haid tetap tapi bagi yg mengalami masalah haid lambat ni perlu pergi membuat pemeriksaan. Sebab bagi yg dah berumahtangga, mungkin positif hamil. Namun bagi yg belum berumahtangga, masalah haid lambat ni mungkin disebabkan stress. Sebab tu ambil chill pill - B-Complex. Hehe. Hilang stress. Sebab nak betulkan balik kitaran haid kembali normal adalah dengan cara menghilangkan stress. =)

Ada jugak yg memang mengalami masalah haid yg tak tetap. Misalnya 3 bulan sekali disebabkan masalah hormon iaitu Polycistic Ovarian Syndrome (PCOS) atau masalah tiroid rendah. Ada juga yg lambat haid disebabkan oleh menopaus. Untuk kes2 seperti ni, kita perlu menjalani pemeriksaan darah untuk pastikan hormon yg menjadi penyebab kepada haid lewat.  

Punca2 haid lewat

  • Tidak sihat. Pengambilan ubat2an akibat sering sakit atau badan tidak sihat boleh mempengaruhi haid.
  • Penurunan berat badan secara drastik. Kalau kita jenis yg mengamalkan program diet yg terlalu ketat dan mengalami penurunan berat badan secara drastik pon boleh menyebabkan haid terganggu.
  • Menghidap aneroksia atau Bulimia.
  • Badan penat.
  • Stress. 
  • Perjalanan jauh. Misalnya orang yg selalu melancong atau sering berjalan jauh. Akibatnya kita selalu penat. Keadaan ini mempengaruhi bahagian rahim dan pelepasan telur yg lambat.
  • Menyusu. Ibu yg menyusukan anak tak mengalami jadual haid yg teratur. Ini adalah normal.
  • Masalah hormon.
  • Merancang kehamilan. Kebiasaannya, pengambilan ubat atau alat2 tertentu untuk merancang kehamilan boleh menyebabkan seseorang tu tak mengalami haid untuk 3 - 4 bulan. 

Cara atasi haid lambat secara semulajadi
  • BIJAN & GULA SAWIT : Pengambilan bijan putih atau hitam yg dihancurkan dan dicampurkan dengan gula akan melancarkan aliran haid dalam masa yg cepat.
  • BETIK : Buah ini dapat melancarkan haid yg tak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
  • JINTAN & GULA SAWIT : Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Kita juga boleh gantikan dengan minyak jintan.
  • SENAMAN & OMEGA 3 : Lakukan senaman yg teratur dan diet yg kaya dengan antioksidan dan Omega 3. Tambahkan dengan latihan kardio 3-4 kali seminggu.
  • PERIA : Walaupun pahit, tetapi peria dapat membantu melancarkan haid.
  • TIDUR YG CUKUP : Pastikan kita mendapat tidur yg cukup setiap hari.
  • SALMON : Makanan mewah ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sehingga kita tak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.
  • BROKOLI : Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.
  • BIJAN : Kecil tapi besar manfaatnya. Pengambilan bijan boleh membantu ketahanan badan kerana kandungan vitamin E, serat dan asid lemak tak tepu. Namun tidak digalakkan mengambil terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan badan menjadi panas.
  • SUSU SOYA : Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik diminum ketika haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi.
  • TELUR : Mampu menjaga hormon agar kita sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.
  • ASAM : Makanan ini membantu melancarkan haid. Contohnya, asam jawa yg diambil dalam bentuk minuman atau gula2. Menurut petua orang2 lama, asam jawa dapat menghancurkan darah2 haid yg berketul2.
  • CUKA EPAL : Mampu membantu melancarkan haid. Kita boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.

Ok, kesimpulannya, bagi yg haid normal tetapi mengalami masalah lambat datang haid, jangan bimbang. Sebab bukan semua wanita hamil bila haid lambat datang. Hehe. Haid lambat terjadi jugak kalau kita stress, kurang tidur atau ada ambil ubat2an lain.

Jadi chill. Jangan risau.

Kalau nak tenang tanpa stress, boleh ambil B-Complex Shaklee. Sebab B-Complex membantu memberikan sensasi ketenangan. Bila tenang haid kembali normal!!



Atau pada mereka yg ada masalah haid tak tetap, boleh cuba GLA Complex. Sebab GLA bagus untuk betulkan hormon wanita kita ni haa. Dan yg bestnya GLA pon bagus untuk kulit. 



Kalau selalu rasa penat, boleh ambil multivitamin Vitalea. Yela, kalau penat pon stress jugak. Sebab balik keje dah stress, badan penat nak main dengan anak2 pon tak larat. Kesian anak2 tunggu kita seharian balik keje dengan harapan nak main sama2 tapi kena marah pulak. Huhu. Saya syorkan ambilla Vitalea sebab dengan gabungan Vitalea dan B-Complex tadi memang kita akan lebih bertenaga dan tak stress.





See. Best kan? Jadi kalau nak betulkan hormon, boleh try 3 ni. Kalau takde bajet boleh ambil GLA Shaklee je. Tu pon dah terbaik!!

Kalau nak cuba boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!



Regards,

Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)





22 comments:

  1. gud info! Thanks
    boleh share tak apa nama apps yg sis tunjuk....mcm best ja...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak apps kat google playstore. Cuba search period tracker dan sebagainya. Ada macam2. =)

      Delete
  2. Tenkiu sis.. good info.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal...
    Tipsnya sangat membantu sekali..apakah senam hail ini sangat disarankan untuk ibu hamil..
    dan untuk trend baju senam terbaru ibu hamil itu seperti apa ya...
    mohon infonya..

    ReplyDelete
  4. Bagus infonya..boleh tahu app apa yg digunakan yer..mcm best je wrna wrni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis boleh search kat google playstore. Memang macam2 ada. Dari period tracker sampaila ke pregnancy day by day. =)

      Delete
  5. tu apps period calendar. I'm also used one ✌

    ReplyDelete
  6. Mcm dh dpt jalan penyelesaian je dgn masalah sy yg masih berumur 14 tahun nk masuk 15 tahun .. tapi period sy dh tak dtg nk masuk tiga bulan start bulan januari haritu .. sebelum ni setiap period je mesti senggugut .. so , which pill that i have to use to maintain my period to normal back ? .. B-COMPLEX OR GLA-COMPLEX OR DUA2 SKALI ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, boleh try both sebab kedua2 suplemen ni memberikan fungsi yg berbeza. B-Complex misalnya ada sensasi ketenangan yg boleh mengurangkan stress kita. Bila kita tak stress maka period kita takkan terganggu. GLA Complex pulak memang khusus untuk membetulkan hormon. So my advice is kalau ada bajet lebih why not try both? =)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak,sya dh lebih kurang 4 bulan dh period tk dtg tp umur baru 16 tahun. macam mana kak dgn masalah saya nie? Apa yg patut saya amik? Last period pon bln 4. Maaf yg dua komen tuh tersalah type 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba GLA utk betulkan semula hormon. Dalam masa yg sama cuba jangan stress dan atasi stress dgn sebaiknya.

      Delete
  10. Salam..klau masalah period tak berhenti (mgkin bukan period..tp pendarahan) yg sedikit tapi berterusan..boleh suggestkn kena makan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak punca kenapa period x berhenti. Contohnya ketidakseimbangan hormon, kegagalan fungsi ovari, fibroid rahim, polip, adenomyosis, alat perancang kehamilan dlm rahim, kanser, penyakit keturunan beekaitan dgn gangguan pembekuan darah dan ubat²an yg diambil. Boleh dapatkan nasihat doktor untuk tahu apa masalah sebenar. Namun kalau puan nakkan supplement, boleh cuba GLA, vitamin C dan E.

      Delete