Friday, 28 February 2014

Kangkung bukan sebarang kangkung!!




Siapa kata kangkung tiada gunanya? Lebih2 lagi setelah kangkung turun harga. Ouccch. Takde kaitan dengan politik ye. Sekadar berkongsi sebab saya membaca blog akak ni yg memang sangat saya suka. Sebab banyak resepi dan banyak kek cantik dalam blog akak ni.

Kangkung ni tumbuhnya meliar. Kalau kat kampung saya merata2 kat tepi longkang pon ada. Baik2 tengok kalau ada pacat plak. Tak pasal kang makan kangkung dan pacat sekaligus. Uwekkk!!

Jom tengok apa kegunaan kangkung ni selain untuk masakan. Check this out!!

Hidung berdarah

Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian di tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit gula dan air panas kacau rata. Kemudian di tapis, biarkan suam. Minium ramuan ini 2 kali sehari. Insyaallah masalah hidung berdarah akan berkurangan.
 

Sakit Kepala

Satu ikat daun kangkung di rebus dengan 2 gelas air. Rebus sehingga airnya menjadi 1 gelas. Kemudian minum air rebusan tersebut.
 

Masalah haid tidak menentu

1 kg kangkung di tumbuk atau di kisar halus. Tambahkan 1/2 gelas air. Kemudian di tapis. Tambahkan 1 sudu madu minum 1 kali sehari. 
 

Masalah susah tidur malam

Masak apa-apa sahaja menu masakn kangkung. Pastikan hanya bahagian daun sahaja di gunakan tanpa batangnya. Ianya sangat mujarab. Sayur kangkung di katakan dapat mengendurkan saraf. Jika saraf kita kendur maka mudahlah kita terlena
 

Sakit gigi

Ambil segengam akar kangkung. Cuci bersih. Rebus bersama 1 gelas air dan 1 sudu teh cuka masakan. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.


Melancarkan buang air kecil

Ambil 1 gengam akar kangkung lalu di rebus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum air rebusan tersebut setiap hari
 
Menghilangkan kelemumur

Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya. Biarkan semalaman. Ramas-ramaskan. Gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci rambut dan kepala yang berkelimumur.


Masalah sembelit bagi ibu yang hamil

Ibu yang hamil di galakkan untuk sering makan kangkung untuk mengelakkan masalah sembelit.


Masalah kegatalan kulit

Ambil daun kangkung yang segar, lalu di rebus dengan air secukupnya selama 5 minit. Setelah air agak suam-suam gunalah air tersebut untuk mencuci bahagian kulit yang mengalami kegatalan.
 

Gusi bengkak

Ambil 200 gm akar kangkung dan cuci bersih. Tambahkan 200 ml cuka makan dan 200 ml air. Rebus ramuan tersebut. Air rebusan itu gunakan untuk berkumur setiap hari, hingga sembuh.

Jemput lawat blog Kak Ita Masam Manis. Kalau yg suka cari resepi macam saya mesti selalu refer page akak ni. Best sangat tau!!

Nak beli produk shaklee, macam biasa roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!

Sebelum berpisah, enjoy this!!



Kih kih kih.

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Thursday, 27 February 2014

Asid Folik untuk ibu hamil

Tahu tak kenapa asid folik penting untuk ibu hamil? Sebab ni la. Sebab kita nak elakkan benda2 macam ni. Betul semua ni kerja Tuhan. Ambil suplemen untuk mencegah kan tak pernah salah. Malah Allah kan bertindak mengikut sangkaan hambaNya. =)

Ni sebenarnya adalah masalah spina bifida di kalangan bayi. Cuba tengok gambar ni. Kesian kan?


Tak jelas sangat? Meh saya kongsi gambar yg lebih jelas.


Nampak kan beza normal spine dengan yg abnormal. Nak tengok gambar real x? Meh tengok sini.


Kesian baby ni kan? Lahir2 dapat plak sakit camni. Huhu. Kesian sangat.

Sebab tu sebagai parents, be responsible sikit la. Apa la salahnya jaga kesihatan n pastikan keperluan nutrien dalam badan ibu tu sempurna. 

Kalau nak tahu, di Malaysia, penyakit ni hanya berlaku pada 1 dalam 1000 kelahiran dan lazimnya ia terjadi pada awal minggu kandungan selain dapat dikenal pasti melalui ujian ultrasound pada trimester 2 kehamilan.

Spina bifida ni sebenarnya kecacatan tulang belakang bawah yang tidak bersatu sejak lahir, menyebabkan saraf tunjang tidak berfungsi sepenuhnya. Maksudnya kat sini saraf tunjang bayi tak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Kalau tempat yg terbuka terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi tu terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kalau ikutkan ada 3 jenis spina bifida iaitu okulta, menigosele dan mielomeningosele. Sehingga kini, penyebab utama penyakit spina bifida ni memang tak diketahui tapi kalau mengikut kajian ia mungkin ada kaitan dengan genetik. 

Spina bifida okulta (tersembunyi) adalah jenis paling biasa berlaku dan paling ringan. Dalam spina bifida okulta, wujud jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan org yg mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom ringan atau takde langsung simptom dan ada juga yg tak tahu yg mereka ada spina bifida.

Spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosese dan adalah jenis paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ni, satu sista menyelaputi membran yg boleh pecah dengan mudah. 


RAWATAN 
Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Jika seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan terbuka, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati. Tujuan melakukan pembedahan ialah mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang. Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar berbeza dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap. Jika mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu dipantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan berpatutan. Penilaian kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti pakar perubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja. Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.


PENCEGAHAN
  • Pemberian Asid Folik : Dos asid folik yg disyorkan adalah 0.4mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan baik. Disebabkan kebanyakan kehamilan tak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan mengambil penambahan asid folik sebagai suplemen harian.
  • Jika seseorang itu dalam kumpulan berisiko (anak terdahulu atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yg mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos tinggi lebih kurang 4 mg sehari.
  • Kaunseling genetik Risiko (tanpa tambahan asid folik)

Selepas mempunyai seorang anak yg menhidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yg sama dengan kebarangkalian 3-4%. Selepas mempunyai 2 orang anak spina bifida, peratusan kemungkinan anak berikutnya mendapat masalah yg sama adalah sehingga 10%. Risiko akan bertambah tinggi jika keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida. Sebab tu la digalakkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor untuk kehamilan akan datang.


Cara atasi Spina Bifida dengan Shaklee

Seperti yg kita sedia maklum tadi, masalah spina bifida ni akibat kekurangan asid folik yg memang penting untuk tumbesaran bayi kan? So apa kata masa kita hamil, kita ambil suplemen asid folik jugak? Kalau pergi klinik kesihatan kerajaan ataupun swasta memang klinik akan supply asid folik untuk kita kan?

Asid Folik Shaklee adalah Multivitamin Vitalea.


Dalam vitalea ada asid folik yg cukup untuk membantu tumbesaran dan kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, untuk kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, mencegah anemia, osteoporosis, tekanan, ulser dan untuk kesihatan kulit.

Semua ni kita dapat kalau asid folik dalam badan cukup. Tapi untuk hamil kita fokus pada tumbesaran dan kesihatan janin la kan? Sambil2 tu ibu hamil dapat khasiat jugak. Boleh la tambah tenaga ketika hamil dan melengkapkan nutrisi.

Dah namanya multivitamin, dalam vitalea ada Vitamin A, D, C,E, Asid Folik, B1,B2, B3, B6, B12, Biotin, B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat besi, Magnesium, Copper dan Zink.

Complete package. Yg lg best, tablet vitalea ni disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan dihasilkan dengan kaedah Explo-Tab. Bila sebut Explo-Tab ni, maksudnya vitalea akan cepat larut dalam air dan tubuh manusia. Malah lebih mudah larut daripada obimin. 

Check this out : Obimin v Vitalea

See. Sebab tu la vitalea bagus. Hehe.

Nak dapatkan vitalea dengan harga promo? Esok last day harga promo. Lepas ni kalau mintak harga yg terlajak murah ni memang tak dapat. Sekadar dapat harga kasih sayang je tau. Hehe.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.

Sama2 kita jaga kesihatan janin kita. Eceh. Macam pregnant plak. Yg pasti kalau pregnant, memang akan makan vitalea sebab takut kena cucuk inferon lagi!! Ngee.


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Wednesday, 26 February 2014

Nyah kolesterol jahat!!

Bila sebut pasal kegemukan kita akan risau. Tapi ramai lupa pasal kolesterol yg sebenarnya jauh lebih berbahaya. Orang asyik sibuk nak kurus dan nampak cantik. Tapi hakikatnya, kadang2 kita lupa yg tahap kolseterol kita juga perlu dijaga.

Bila ada masalah dengan tahap kolesterol dalam badan kita, kita akan mula terbayangkan penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai misalnya. Sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kebiasaanya, sakit ni datang berpakej. Sebab tu elok sangat untuk kita jaga kesihatan supaya kita bukan sekadar nampak segar dan cantik, malah sihat dari dalam.

Macam mana kita nak turunkan paras kolesterol ni ek? Jangan risau. Sebab kalau paras kolesterol kita tinggi, cara paling mudah untuk turunkan kolesterol jahat atau LDL ni adalah dengan mengatur pola makan selain daripada mengambil ubat-ubatan (bergantung pada keadaan) dan juga suplemen untuk membantu proses rawatan.

Dan kalau nak tau, langkah pertama yg kita perlu ambil ialah mengurangkan pengambilan lemak tepu.

Jom tengok cara semulajadi untuk turunkan LDL ni.


Oat Bran



Oat bran adalah lapisan paling luar oat yg boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yg kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl. Kalau nak beli di pasaraya, pastikan beli oat bran ye kawan2. Bukan oat meal. =)


Flaxseed


Flaxseed ni kandungan karbohidratnya rendah dan mudah dicerna. Flaxseed jugak kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Cuba taburkan flaxseed dalam pelbagai makanan kita seharian. 


Kekacang


Pilih kekacang yg belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan almond atau kekacang lain satu perempat sehingga setengah cawan sehari mampu menurunkan LDL. Kekacang yg masih semulajadi dan belum diproses kaya serat dan akan membuat kita cepat kenyang. Sebab tu kekacang ni jugak snack bagus untuk lapik perut in between meals.


Niasin


Niasin atau Vitamin B3 sangat efektif untuk menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin boleh diperolehi daripada makanan atau real foods jugak. Tak semestinya kena telan suplemen dan ubat. Contohnya kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur. 


Hindari makanan berasaskan tepung


Untuk menurunkan kadar LDL, sebaik-baiknya hindari makanan yg dibuat daripada tepung seperti roti, pasta, bijirin yg bukan berasal daripada oat.


Hindari makanan dengan indeks glisemik tinggi


LDL boleh direndahkan kalau kita mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih. Tu dia. Mampu nak pantang x? Hehe.


Makanan dari sumber kacang soya



Makanan kaya dengan soya pon boleh menjadi pilihan lain dalam menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh jadi pilihan. Orang cakap soya tak bagus kan? See. Ada jugak kebaikan soya ni kalau kita pilih dari sumber yg betul dan kita consume dengan berpada2. Kunci seperti biasa adalah bersederhana kan?


Cara menurunkan LDL dengan Shaklee




Kalau nak turunkan kolesterol dengan Shaklee boleh cuba Omega Guard, Lecithin & Garlic Complex.
  • Omega Guard : Merendahkan kolesterol, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.
  • Lecithin : Pemecahan lemak dan kolesterol. Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi lemak dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh.
  • Garlic Complex : Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserida dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL (lemak baik), melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

So kalau nak cuba set kolesterol ni boleh la PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Mana tau boleh bantu turunkan kolesterol dalam badan kita kan. =)

Oh ye, promo vitalea berbaki 2 hari ye semua. Bila lagi nak dapatkan vitalea dengan harga best kan?? Jom Jom!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)











Tuesday, 25 February 2014

Zinc Shaklee untuk semua!!


Antara sumber zinc yg mudah didapati adalah daging, makanan laut, produk tenusu dan kekacang. Tapi sejauh mana kita dapat memenuhi keperluan zinc seharian tu bergantung kepada cara masak dan cara kita makan la kan. =)

Tahu tak yg zinc ni merupakan vitamin yg diperlukan dalam aktiviti metabolisme badan sebagai komponen penting enzim? Zinc memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Apa kata arini kita tengok kebaikan dan manfaat zinc ni sebab saya jarang sangat bercerita pasal zinc. Hehe.

Antara 17 kebaikan dan manfaat zinc ni adalah seperti berikut:

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik yg masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. Baru tau ni. So boleh masukkan dalam set kurus saya sendiri. Hehe.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Kredit kepada : Mastercery




Perbezaan Shaklee

Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukomat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yg lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yg mudah diserap oleh tubuh kita. Kalau nak tau jugak, zinc ni sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. Elok sangat la untuk kita yg jenis pemakan makanan laut. Kan makanan laut ni sikit sebanyak terdedah kepada logam berat berbahaya ni. At least kalau kita consume zinc complex, boleh la logam berat tu dikeluarkan daripada badan sikit demi sikit kan??

Fakta nutrisi: Zinc Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Kalsium (12% daripada keperluan harian). 

Dan lebih menarik, zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tapi dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan. So untuk kita yg jenis selalu mesyuarat ni elokla amik zinc untuk panjangkan tempoh penumpuan kita. Hehe.

Nak lebih menarik? Kalau untuk lelaki, zinc ni memang khazanah la kiranya. Sebab zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yg serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yg lambat, tidak subur, perkembangan yg kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yg rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan rambut gugur. Sebab itulah zinc ni penting untuk lelaki dari remaja sampai la ke golongan dewasa dan warga tua.



Berapa banyak zinc yg diperlukan oleh badan kita??

  • Birth to 6 months                   2 mg
  • Infants 7–12 months              3 mg
  • Children 1–3 years                3 mg
  • Children 4–8 years                5 mg
  • Children 9–13 years              8 mg
  • Teens 14–18 years (boys)    11 mg
  • Teens 14–18 years (girls)       9 mg
  • Adults (men)                        11 mg
  • Adults (women)                     8 mg
  • Pregnant teens                     12 mg
  • Pregnant women                  11 mg
  • Breastfeeding teens              13 mg
  • Breastfeeding women           12 mg

So dah semak berapa keperluan kita, apa tunggu lagi? Cukupkan nutrisi untuk badan yg lebih sihat dan hidup yg lebih berkualiti jom!!

Murah je zinc shaklee ni. Serius say. Tak caya boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)


Monday, 24 February 2014

Shaklee tak halal?

Macam yg kita semua tahu, sunnah Nabi untuk kita cari makanan yg Halalan Taiyiban. Sebab itu lah kita kena amik peduli apa yg kita consume sebab apa yg kita makan akan jadi darah daging kita. 

Sama macam mata pencarian dan sumber pendapatan kita. Kena pastikan halal sebab dengan apa yg kita belanjakan daripada wang tu akan menjadi darah daging kita. Kalau nak anak2 kita dengar cakap kita, jadi anak yg soleh dan solehah, apa kata selain daripada didikan dan asuhan yg baik serta kasih sayang yg secukupnya, kita cek kembali bab halal dan haram apa yg kita makan dan dari mana punca wang kita.

Enough said kot. Sebab bab halal haram ni orang sensitif. So kena hati2.

Shaklee tak halal? Maklumla sebab datangnya dari Amerika. Hehe. Jangan cepat melatah. Jangan dengar hearsays. Lebih baik semak dulu sebelum kita buat kesimpulan dan sebarkan cerita. Benda kalau bohong dah jadi fitnah. Kan kan? Dan fitnah tu lebih teruk daripada membunuh. 

Jom semak halal ke tidak sebenarnya Shaklee ni.

Gambar kasi extra large tapi tu pon tak berapa nak nampak. Tapi takpe asalkan nampak tarikh di situ. Ini sijil halal yg Shaklee ada. Disebabkan Shaklee datangnya dari Amerika, maka badan yg ada kuasa memantau status halal sesuatu produk di sana adalah ISA atau Islamic Services of America.

ISA ni dah ibarat macam JAKIM la kat sini. Tapi betul ke ISA ni JAKIM iktiraf?



Ok, ni setakat hari ni la. Memang masih ada dalah portal Halal JAKIM. ISA memang JAKIM iktiraf. 



Disebabkan ISA dah pantau dan cek maka jangan ragu2 lagi. Lebih2 lagi JAKIM sendiri sahkan yg ISA ni badan yg bertanggungjawab memantau halal haram sesuatu produk di Amerika. Malah JAKIM dan iktiraf. Tak perlula nak buat kerja 2 kali lalu proses yg lebih kurang sama semata2 nak dapatkan cop halal JAKIM. Sebab kalau nak mintak JAKIM semak lagi sekali dah bagi cop halal maka fungsi badan2 yg JAKIM iktiraf tu memang takde gunanya la kan? Penatla JAKIM nak kawal semua benda dan nak semak semua benda.

Islam kan mudah? Kenapa nak rumitkan keadaan? 

Oleh itu, janganlah ragu2 nak consume Shaklee. Pada saya, saya lebih ragu2 nak melabur dalam ASB kalau nak dibandingkan dengan nak makan suplemen Shaklee. Hehe. Qiyas maal fariq ke? Ala, bagi contoh pon tak boleh ke? =P

So sesiapa yg nak cuba mana2 produk Shaklee boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye.

Dah tentu2, Shaklee ada sijil halal. Tak perlu risau. Peace!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Friday, 21 February 2014

Rumahapi Satay Celup & Grill di Ipoh!!


Hari ni nak cite pasal satay celup. Sebab memandangkan kedai suami dah nak bukak esok, Insya Allah. Lama kami tunggu nak bukak kedai ni. Banyak cabaran dan dugaan. Kami je yg tau macam mana jerih perih nak membangunkan kedai ni. Huhu.  

Apa satay celup ni??

Org kat Melaka mesti tau la sebab femes benda alah ni. Tak caya tengok gambo bawah ni haaa.




Ok, ini gambar Capitol Satay Celup di Melaka. Ramai sanggup berbaris untuk makan satay celup ni di Melaka.


Tahukah anda?



Satay Celup adalah makanan tradisi masyarakat Tiong Hwa Melaka yg menyajikan makanan segar seperti udang, kerang, ayam, daging dan makanan steamboat yang dicucuk dan dimasak di dalam kuah satay yg kaya dengan rempah ratus. 

Yg bestnya, di Rumahapi kami bukan sekadar menyediakan satay celup. Stimbot, BBQ dan grill pon ada. 

Dan lagi best, anda bakar sendiri, anda celup sendiri, anda panggang sendiri makanan anda.

Sebab tu kami berbeza!! 

Feel it. Experience it. Eat it.

Sila singgah ye kalau datang ke Ipoh. =)







Ni alamat kedai kami :

Blok A-2-4, Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar Shah, 30000 Ipoh, Perak. Betul2 berhadapan dengan rumah MB, sebelah Sam Tet dan sebelah Yuk Choy. Tu nama sekolah. Jangan ingat saya ngarut plak. Hehe.

Operation hours untuk permulaan ni jam 5 petang sampai 12 tengah malam. Kami berkonsepkan buffet. So agak2 la dalam jam 11 malam tu tak berbaloi la kalau nak makan terkejar2. Hehe. Tapi kot ada yg teringin sangat makan laju2 pon takde hal maka silakan masuk walau dah jam 11 malam. =P










Ok, sape nak try satay celup boleh datang sini k. Beza sangat dengan steamboat tapi kalau nak steamboat pon ado jugak. Satay celup celup dalam kuah kacang yg pedas zasss. Steamboat celup dalam sup macam biasa. Yg best ada grill jugak. Kami tak main la panggangkan untuk customer. Customer mesti nak feel panggang sendiri ye tak?? Boleh rasa macam BBQ ngan Grill kat Korea. Hehe.

Kalau nak beli produk Shaklee boleh datang sini jugak. Kami available jugak.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Thursday, 20 February 2014

Testimoni set kurus Shaklee


Hari ni malas nak cerita panjang2. Sebab kalau cerita panjang pon takut org boring. Jom kita tengok testimoni aje la arini. Hehe.

Anyway, untuk refresh balik memori kita ni. Maklumla, manusia mesti cepat lupa kan. Hehe. Dalam shaklee, kita ada banyak set untuk kurus. Semua tu bergantung kepada bajet kita. Dan dah tentu, kesan cepat kurus atau tidak bergantung kepada org tu jugak.

Contoh yg mudah saya sendiri la. Saya ambik masa 10 bulan untuk dapatkan balik berat sebelum mengandung. Sebab saya ni tak disiplin nak bersenam setiap hari. Saya tak jaga makan sebab saya menyusukan anak. In fact, keperluan kalori untuk seorang ibu yg menyusu jauh lebih banyak daripada ibu yg xmenyusukan. Sebab tu saya ambil masa yg lama. Kalau yg jenis disiplin bersenam, jaga makan dan kira kalori yg masuk dan kalori yg keluar, I can promise, tanpa suplemen pon memang boleh kurus. Tapi ingat balik ye. Suplemen ni makanan tambahan. Suplemen menyediakan badan kita dengan apa2 nutrien yg tak cukup dalam badan kita. Bila kita cukup nutrisi dalam badan, badan kita akan jadi bertenaga. Bila bertenaga takdela masalah MALAS tu datang. =)

Ok ok. Kita recap balik. Dalam Shaklee ada konsep 3B - Bakar, Buang dan Bina Otot. 

Bakar ada Omega Guard & Lecithin

Buang ada  Herb Lax & Alfalfa

Bina Otot ada Cinch & ESP.

Take note. Setiap satu produk walau fungsinya lebih kurang sama, tapi bezanya adalah keberkesanannya. Yg mahal dah tentu lebih efektif. Tapi pokok pangkal pada kita balik. Sebab ada yg amik set bajet pon boleh kurus dalam masa 2 minggu. Yg tu kena cek balik. Mungkin push factor untuk dia kurus lebih, mungkin dia determined. Mungkin dia nak keluar dari zon selesa dia. So dia push harder dan berjaya kurus. Pendekkan cerita, kat sini ATTITUDE memang memainkan semangat penting.

What do u expect when u keep on 'jajaning' n u take u meal replacement n then u lay on ur bed all day long watching television? Memang takkan kurus kan. Kalau org tu ada keazaman nak kurus, mesti aktivitinya pon dah tentu sihat2 belaka. Bangun awal jogging, makan masak sendiri, kira kalori intake etc etc. Kalau nak kurus jangan hangat2 tahi ayam. Sehari dua nak kurus lepas tu mak masak makanan sedap bantai makan tak ingat dunia. Hehe. Terasa ke? Adoi jangan terasa. Kena berapi sikit baru la semangat tu ada kan? =)

Ok, long story short, meh tengok testimoni mereka yg berjaya kuruskan badan dengan set kurus shaklee. Tak kira la set bajet atau pun tidak. =)



















Nak tunjuk keberkesanan kat diri sendiri pulak la. Hehe.


Ini dulu. Masa betul2 lepas bersalin dalam 3 - 4 bulan lepas bersalin.


Lepas tu yg kiri ni masa anak 7 bulan. Yg kanan masa anak 10 bulan.


Yg ni 7 bulan lepas bersalin




Yg ni bulan lepas. Ngeee. Kurus dengan selamatnya sambil berjaya menyusukan anak tanpa gagal sehingga ke hari ni. I am a proud ibu. =)

Sebab tu nak kurus kena tabah. Jangan pakai tukar sana sini. Jangan ikut orang sebab yg nak kurus tu sebenarnya sape? Kita kan? 

Tepuk dada tanya diri sendiri. =)

Kalau nak cuba set kurus Shaklee boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye. Harga kasih sayang belaka. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)




Wednesday, 19 February 2014

Set Gout Shaklee untuk ayah




Ni gamba family saya. Saya nak cite pasal set gout Shaklee. So purpose saya letakkan gambar ni sebab nak kenalkan korang semua dengan ayah saya.

Ayah masuk umur 77 tahun tahun ni. Ye, 77 tapi nampak macam 50-an kan? Sebab nya, ayah jenis yg jaga kesihatan diri. Cukup disiplin dan tak pernah skip makan ubat klinik dan juga suplemen yg saya beri. Tu kelebihan ayah. Dulu masa gout ayah agak teruk, doktor bagi ayah 2 helai kertas A4 yg ada senarai makanan yg ayah kena elak daripada makan. Ayah ikut. Itu bagusnya ayah. Sebab tu I am proud to say that even ayah dah 77 tahun, ayah masih boleh buat kerja jauh lebih kuat daripada org muda belia macam kita. Dan yg ajaibnya, gigi ayah masih kuat belaka. Takde yg patah dan rosak. Caya la kan??

Ayah kerja kuat dan gigih besarkan kami adik beradik. Ayah sekolahkan kami ke sekolah agama swasta yg perlu dibayar setiap bulan. Sebab tu ayah jaga kesihatan. Sebab ayah nak sekolahkan kami. Disebabkan kerja kuat ayah la kami adik beradik masuk universiti. Terima kasih ayah! Sehingga kini, walau umur ayah dah 77 tahun, ayah masih lagi kerja. Sebabnya hanya satu. Sebab adik bongsu kami masih belajar di UiTM Shah Alam. Ayah cakap lepas adik habis degree ayah nak pencen kali kedua. Kali kedua sebab sebelum ni ayah dah pencen askar. Hehe.

Memandangkan ayah ada gout, saya mula bagi ayah 2 benda. Performance Drink & juga Advanced Joint Health Tablet. Semoga dengan dua suplemen ni ayah beransur sihat. Take note yg ayah saya masih makan ubat yg klinik bagi. So suplemen ni saya beri dengan harapan dapat mengurangkan sakit gout ayah di samping makan ubat doktor sekali. =)

Apa gout ni sebenarnya?


Gout ni adalah satu penyakit sendi yg disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ni melalui air kencing tapi bila bahan kumuh ni berlebihan dan tak dapat dibuang, ia akan berkumpul di dalam sendi. Sebab tu la gout terjadi.


PERFORMANCE DRINK



Performance Drink bagus untuk memeliharan kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik tu. Kalau tak cukup bendalir dalam badan, macam mana kita nak buang air kecil kan? Sebab tu la nanti lagi teruk asid urik tu berkumpul kat sendi.


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET




AJHT ni mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ni sebab mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yg diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yg memberi kekuatan dan struktur kepada sendi. Sebab tu la AJHT ni memang sesuai sangat untuk mereka yg ada masalah sendi. =)


2 ni je yg saya bagi kat ayah untuk jadi penawar sakit goutnya. Yg bestnya minggu lepas balik Ipoh kitorg makan udang. So saya tanya ayah, bukan ke kena pantang sebab gout? Ayah cakap gout dah takde. Dah boleh makan seafood. Tapi kena berpada2 la. Kalau makan sekuali atau sekawah seafood pon tak boleh juga. Hehe. Alhamdulillah. Sekurang2nya gout ayah berkurangan. Berkat ambil ubat doktor tanpa henti dan bantuan suplemen semulajadi Shaklee. =)


Kalau nak kesan lagi best, boleh ambil Alfalfa dengan Omega Guard sekali. 

Sebab alfalfa bagus untuk detoks semulajadi yg menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Kena minum air yg banyak untuk lancarkan detoks. Sebab apa bagus detoks? Sebab kita nak nyahkan asid urik yg berlebihan tu tadi. So bila proses detoks berlangsung dengan baik maka takkan ada lagi asid urik yg terkumpul pada sendi. =)

Omega Guard pulak bagus untuk mengelakkan keradangan sendi. Sakit gout tu kan sakit kat sendi. Kalau ambil Omega guard boleh licinkan sendi. =)

Itu dia cara ayah saya meredakan sakit gout dia. Kena jangan makan minum, ambil ubat doktor dan suplemen dengan konsisten, Insya Allah, gout berkurangan dan takkan mudah serang kita. 

Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ye. Bagi mak ayah kita untuk redakan sakit sendi diorg kan bagus. Bila sakit sendi kurang, senang nak beribadah ye tak?

Meh tengok ayah saya sekarang kat bawah ni haa. Buat kerja berat lagi dalam usia 77 tahun ni. Siap bawak cucu naik forklift lagi. Caya la!!






Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

Tuesday, 18 February 2014

Tips lancarkan haid secara semulajadi




Macam mana nak cek haid kita teratur ke tak? Kalau saya, saya sediakan kalendar di handphone. Banyak dah apps sekarang kan. Macam ni haa. Comparela bulan ni dengan bulan depan. Bila ada tracking camni senang. Nak tau pregnant ke tak pon senang. Hehe.




Masalah haid yg tak teratur atau lambat bukanlah isu luar biasa sebab ianya boleh dianggap perkara biasa di kalangan wanita. Kiraan haid pula adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara kiraan haid kepada haid seterusnya di antara 21-35 hari. Yg ni bergantung kepada individu la sebab manusia ni kan unik. Allah dah cipta cantik. Berbeza antara satu sama lain. =)

Biasanya wanita mempunyai kitaran haid tetap tapi bagi yg mengalami masalah haid lambat ni perlu pergi membuat pemeriksaan. Sebab bagi yg dah berumahtangga, mungkin positif hamil. Namun bagi yg belum berumahtangga, masalah haid lambat ni mungkin disebabkan stress. Sebab tu ambil chill pill - B-Complex. Hehe. Hilang stress. Sebab nak betulkan balik kitaran haid kembali normal adalah dengan cara menghilangkan stress. =)

Ada jugak yg memang mengalami masalah haid yg tak tetap. Misalnya 3 bulan sekali disebabkan masalah hormon iaitu Polycistic Ovarian Syndrome (PCOS) atau masalah tiroid rendah. Ada juga yg lambat haid disebabkan oleh menopaus. Untuk kes2 seperti ni, kita perlu menjalani pemeriksaan darah untuk pastikan hormon yg menjadi penyebab kepada haid lewat.  

Punca2 haid lewat

  • Tidak sihat. Pengambilan ubat2an akibat sering sakit atau badan tidak sihat boleh mempengaruhi haid.
  • Penurunan berat badan secara drastik. Kalau kita jenis yg mengamalkan program diet yg terlalu ketat dan mengalami penurunan berat badan secara drastik pon boleh menyebabkan haid terganggu.
  • Menghidap aneroksia atau Bulimia.
  • Badan penat.
  • Stress. 
  • Perjalanan jauh. Misalnya orang yg selalu melancong atau sering berjalan jauh. Akibatnya kita selalu penat. Keadaan ini mempengaruhi bahagian rahim dan pelepasan telur yg lambat.
  • Menyusu. Ibu yg menyusukan anak tak mengalami jadual haid yg teratur. Ini adalah normal.
  • Masalah hormon.
  • Merancang kehamilan. Kebiasaannya, pengambilan ubat atau alat2 tertentu untuk merancang kehamilan boleh menyebabkan seseorang tu tak mengalami haid untuk 3 - 4 bulan. 

Cara atasi haid lambat secara semulajadi
  • BIJAN & GULA SAWIT : Pengambilan bijan putih atau hitam yg dihancurkan dan dicampurkan dengan gula akan melancarkan aliran haid dalam masa yg cepat.
  • BETIK : Buah ini dapat melancarkan haid yg tak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
  • JINTAN & GULA SAWIT : Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Kita juga boleh gantikan dengan minyak jintan.
  • SENAMAN & OMEGA 3 : Lakukan senaman yg teratur dan diet yg kaya dengan antioksidan dan Omega 3. Tambahkan dengan latihan kardio 3-4 kali seminggu.
  • PERIA : Walaupun pahit, tetapi peria dapat membantu melancarkan haid.
  • TIDUR YG CUKUP : Pastikan kita mendapat tidur yg cukup setiap hari.
  • SALMON : Makanan mewah ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sehingga kita tak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.
  • BROKOLI : Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.
  • BIJAN : Kecil tapi besar manfaatnya. Pengambilan bijan boleh membantu ketahanan badan kerana kandungan vitamin E, serat dan asid lemak tak tepu. Namun tidak digalakkan mengambil terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan badan menjadi panas.
  • SUSU SOYA : Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik diminum ketika haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi.
  • TELUR : Mampu menjaga hormon agar kita sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.
  • ASAM : Makanan ini membantu melancarkan haid. Contohnya, asam jawa yg diambil dalam bentuk minuman atau gula2. Menurut petua orang2 lama, asam jawa dapat menghancurkan darah2 haid yg berketul2.
  • CUKA EPAL : Mampu membantu melancarkan haid. Kita boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.

Ok, kesimpulannya, bagi yg haid normal tetapi mengalami masalah lambat datang haid, jangan bimbang. Sebab bukan semua wanita hamil bila haid lambat datang. Hehe. Haid lambat terjadi jugak kalau kita stress, kurang tidur atau ada ambil ubat2an lain.

Jadi chill. Jangan risau.

Kalau nak tenang tanpa stress, boleh ambil B-Complex Shaklee. Sebab B-Complex membantu memberikan sensasi ketenangan. Bila tenang haid kembali normal!!



Atau pada mereka yg ada masalah haid tak tetap, boleh cuba GLA Complex. Sebab GLA bagus untuk betulkan hormon wanita kita ni haa. Dan yg bestnya GLA pon bagus untuk kulit. 



Kalau selalu rasa penat, boleh ambil multivitamin Vitalea. Yela, kalau penat pon stress jugak. Sebab balik keje dah stress, badan penat nak main dengan anak2 pon tak larat. Kesian anak2 tunggu kita seharian balik keje dengan harapan nak main sama2 tapi kena marah pulak. Huhu. Saya syorkan ambilla Vitalea sebab dengan gabungan Vitalea dan B-Complex tadi memang kita akan lebih bertenaga dan tak stress.





See. Best kan? Jadi kalau nak betulkan hormon, boleh try 3 ni. Kalau takde bajet boleh ambil GLA Shaklee je. Tu pon dah terbaik!!

Kalau nak cuba boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!



Regards,

Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)