Wednesday, 1 January 2014

Tips untuk hamil anak perempuan

Salam semua. Hari ni nak kongsi tips untuk hamil anak perempuan pulak. Semalam dah cakap pasal anak lelaki kan. Dah nama pun tips. Tak semestinya boleh dapat terus anak perempuan. Yg penting dah ikhtiar. Kemudian kita serahkan pada DIA ok!!

Kalau refer buku sains form 3 dulu, kita faham yg jantina bayi ni ditentukan oleh kromosom. Kalau XX boleh dapat anak perempuan. Kalau XY dapat anak lelaki. Sperma suami yg akan menentukan sama ada bayi tu jadi lelaki ataupon perempuan. 

Apa dia antara cara dan tips untuk dapatkan anak perempuan?





Subhanallah. Comel nye kannnnnn!!!!


Waktu subur isteri

  • Sperma X bergerak dengan lebih perlahan berbanding sperma Y tetapi jangka hayatnya lebih panjang, iaitu boleh hidup lebih daripada 24 jam. Sebab tu hubungan seks digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24 jam sebelum ovulasi. Peluang untuk mendapat anak perempuan lebih tinggi.
  • Kita digalakkan mengadakan hubungan seks 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarihk ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg rendah cenderung untuk dapatkan anak perempuan.

Teknik hubungan intim
  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak perempuan ialah teknik tradisi semasa mengadakan hubungan. Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis suami lebih jaud daripada serviks dan jarak perjalanan yg lebih panjang membenarkan sperma X yg mempunyai hayat lebih panjang boleh bertahan lebih lama untuk mencapai telur. 
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu petang.

Pemakanan
  • Makan makanan yg kaya dengan lemak, makanan yg diperbuat daripada susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt. 
  • Makanan yg berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka, minuman gas juga digalakkan.
  • Amalkan juga memakan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, biji labu, biji bunga matahari ataupun biji sesame.
  • Makanan laut tidak digalakkan.

Tahap kealkalian faraj
  • Sperma X lebih bertahan dalam keadaan asid. Kita dicadangkan untuk membasuh kemaluan dengan sedikit cecair berasid seperti lactacyd yg berasid ringan lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. 

Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami
  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri tidak perlu mendapatkan kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yg boleh merangsang pergerakan sperma X.

Ok, itula antara tips2 yg boleh diamalkan untuk cuba dapatkan anak perempuan. Pun begitu, tiada jaminan 100% yg kita boleh dapat anak perempuan dengan mencuba cara di atas ni. Ini semua adalah kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak kita. Banyak faktor lain yg turut mempengaruhi dalam menghasilkan jantina anak yg kita inginkan tu. Dan tips2 ni banyak sebenarnya dikongsi oleh blogger lain. Saje kongsikan sekali untuk tatapan bersama. =)

Yang penting, bila anak lahir, anak sihat Tak kisah la jantina apa sekali pun kan!! Besar nanti jadi anak yg solehah dan jadi saham ibu dan ayah di akhirat. Itu yg lagi awla. =)

kredit: baby ibu

Selamat mencuba!

Kalau nak cuba set kesuburan Shaklee boleh roger saya ok!

Ni antara testimoninya.







Siapa tak nak anak kan? Penyeri rumahtangga kan. Sebab tu jom berikhtiar.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tahu mengenai set kesuburan Shaklee ni. Bukan untuk isteri je. Suami punye pon ada sekali. Saya bagi HARGA BEST, TAWARAN ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)






1 comment: