Wednesday, 15 January 2014

The dos of weight loss




Nak kurus? Tau tak kalau nak kurus pon ada pantang larangnya? Ada benda yg kita bole buat dan ada benda yg kita tak bole amalkan. Kalau tak, memang jenuh la. Pegi la slim word segala mak nenek, memang xkan dapat. Makan la suplemen cap apa sekali pun, mesti takkan maintain.

So jom tengok the dos & dont's dalam nak menguruskan badan ni. =)


Apa yg kita perlu buat??
  • Makan dengan kerap.
Haaa. See. Dah cakap dari dulu lagi. Jangan skip meal. Makan makan dan makan. Jangan cuba sesekali mengisi perut hanya ketika lapar. Sebab tendency untuk makan dengan lebih banyak bakal terjadi. Bayangkan kita tak bersarapan, maka kita akan lunch atau brunch dengan makanan penuh dalam pinggan. Ini fakta ok. Sebab tu digalakkan untuk kita amik snacks in between. Tapi jangan la makan jajan. Ambilla snacks yg sihat macam buah, vegetable sticks macam lobak ke, low fat dips pon dibenarkan. Pernah makan scone? Scone pon boleh dijadikan sebagai snacks tapi sila perhatikan butter yg kita sapu pada scones. Antara makanan lain macam sandwich, roti bakar, smoothies dan yogurt rendah lemak. Cuba makan tengok. Mesti kuantiti time lunch atau dinner akan berkurangan. Sebab kita takde la kebulur sangat kan. =)

  • Jalan2 ketika waktu lunch
Cuba buat sikit perubahan. Sebab perubahan yg kecik tu la mengakibatkan perbezaan besar dalam hidup kita. Waktu makan tengahari tu berjalanla sikit. Pergi buat kopi, basuh pinggan di pantri. Berjalan dengan cerek pon boleh diambil kira ok. Atau paling tidak, waktu lunch, buat senaman ringan kat meja. 

  • Pergi membeli belah dengan list sedia ada
Kenapa saya cakap perlukan list atau pun senarai? Sebab kalau takde senarai, kita mungkin akan end up berjalan ulang alik kat depan peti aiskrim sebab nak pilih aiskrim. Dah la lapar, lalu plak depan tempat aiskrim. Memang la tempting kan?? Lagi2 makanan yg tinggi lemak ngan gula ni. Sebab tu make sure kita buat food shopping dengan senarai. Kalau boleh jangan shopping dengan perut yg lapar. Hehe.

  • Jangan terpengaruh dengan marketing dan iklan
Rendah lemak tak semestinya rendah kalori. Banyak pengilang mengurangkan jumlah lemak dalam dessert foods dan meningkatkan jumlah gula untuk compensate lemak yg kurang tu. Pastikan kita baca label pada makanan yg kita nak beli supaya kita tahu apa sebenarnya yg kita makan.

  • Dapatkan sokongan
Yang ni memang sangat penting untuk kurangkan berat badan dalam satu tempoh yg panjang. Dikelilingi oleh orang yg makan makanan sama macam kita makan akan menggalakkan kita untuk mengurangkan berat badan. Memang good idea kan? Carila kawan atau sesiapa sahaja dari kalangan keluarga untuk boost morale kita. Dengan cara ni dapat membantu kita kalau kita dah mulakan rejim senaman baru. Dalam masa yg sama, kita akan kurang rasa nak putus semangat. 

  • Perhatikan saiz makanan dan portion makanan kita
Next time kalau kita keluar, perhatikan jumlah makanan yg kawan2 kita makan. Mungkin kita akan terkejut kalau kita bandingkan dengan jumlah makanan yg kita ambil. Penting sangat untuk kita dapatkan jumlah makanan yg betul supaya kita boleh lebihkan buah2an, sayuran dan starchy foods dan kurangkan protein, makanan tenusu dan makanan berlemak dan bergula.

  • Set target dan gol yang boleh dicapai
Ni penting sebab kita perlukan gol yg kita boleh aim dan kalau la gol tu kita boleh capai, dah tentu kita rasa seronok kan. Boleh la mandi air panas atau keluar tengok wayang kalau gol tercapai. =P

  • Atasi masalah dan jangan bergantung kepada makanan untuk menyelesakan diri sendiri
Banyak jumlah makanan yg digunakan untuk kononnya merelease stress. Walau dalam keadaan kita tak lapar, makanan untuk melepaskan tension ni memang best. Sebab tu cubala atasi masalah dan jangan makan waktu stress.

  • Ingat yg sebenarnya TIADA good or bad foods tapi sebenarnya good or bad diets
Maksudnya kalau la kita nak makan apa2 sebagai self treats, kita kena la pilih bila masa kita boleh makan coklat n chips. Kena flexible restraint. =)

  • Monitor pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
Gunakan diari atau blog untuk rekodkan apa yg kita makan dan berapa banyak senaman yg kita lakukan. Dengan cara ni dapat membantu kita untuk faham "waktu merbahaya" kita secara harian. Contohnya waktu petang bila kita asyik tengok sinetron yg tak dapat membantu kita menguruskan badan. =P Once kita dah tau bila kita bahaya camtu, lebih berfaedahla kalau kita pegi jalan2 instead of tengok sinetron atau mandi, baca buku. Ada gak faedah di situ. =)

Ok, itu dia apa yg kita perlu buat kalau kita betul2 nak kuruskan badan. Yg penting kena disiplin dan komited. Mana bole senang2 nak keluar otot hoi. Haha.

Kalau nak try set kurus Shaklee boleh la roger saya. Sekurang2nya boleh la jugak tukar lemak jadi otot melalui apa yg kita makan kan.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk harga TERBAIK!! Konsultasi FREE ok. Banyak benda boleh sembang. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




No comments:

Post a Comment