Thursday, 16 January 2014

The don'ts of weigh loss



Ok, semalam kita cerita pasal apa yg kita kena buat kan? Hari ni kita sambung part 2. Apa yg kita tak boleh buat kalau nak mengurangkan berat badan.




  • Jangan bergantung penuh hanya kepada menukarkan pengambilan makanan untuk mengurangkan badan
Kenapa? Sebab kajian mendapati bahawa kombinasi antara senaman dan menukar tabiat pemakanan yg sihat adalah 2 cara TERBAIK untuk kurangkan berat badan dan seterusnya untuk maintain sekali. 

  • Jangan fikir bahawa fad diet adalah jawapan kepada masalah berat kita
Banyak fad diets menjanjikan pengurangan berat badan tapi hakikatnya pengurangan berat badan tu tak stabil dan tak seimbang. Akibatnya, kita akan lagi rasa teringin nak makan makanan yg dinasihatkan supaya tak makan. Hidup ni kena enjoy kan. Sebab tu cubala cari cara yg realistik untuk kurangkan berat badan.

  • Jangan skip BREAKFAST!!
Kenapa? Sebab sarapan adalah meal paling penting. Cara klasik yg kita boleh fikir ialah dengan skip meal paling penting. Kalau boleh elakkan. Kalau kita tak bersarapan, kita akan mula start nak makan snack mid morning nanti. Ni memang tak sihat ok. Lagipon kalau tak makan macam mana nak dapat tenaga? Kan ke membakar lemak perlukan tenaga?

  • Jangan obses dengan pengambilan makanan
Kalau kita rasa nak diet, tanya diri sendiri balik kenapa kita nak diet. Takde faedahnya kalau kita rasa terseksa dan rasa down sangat kalau kita tak dapat makan apa yg kita. Cuba cari strategi yg bagus. Ni tidak, sikit2 kira apa yg kita nak makan. Kira kalori, kira karbo, kira semua. Last2 berlapar. Kesian.

Ok, tu la dia sedikit sebanyak benda2 yg kita patut cegah kalau nak kurangkan berat badan.

Kita yg pilih, maka kita dapatla hasilnya.

So kalau nak cuba set 3B Shaklee untuk lose weight, roger2 la ye. Bole Bakar Buang Bina Otot!!

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk tau pakej terbaik tu k. Selamat mengurangkan berat badan!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




No comments:

Post a Comment