Wednesday, 22 January 2014

Real Food vs Suplemen







Memang betul fungsi suplemen adalah untuk menggantikan nutrisi makanan yg tidak cukup. Tapi penting sekali untuk kita ingat bahawa suplemen tak dapat menggantikan secara keseluruhan kandungan nutrisi daripada makanan. Real Food masih wira di sini. Sebab tu namanya suplemen atau makanan tambahan. Bukan meal replacement. Banyak nutrisi yg tak dapat diganti macam yg asalnya dari buah-buahan dan sayuran. Dah tentu mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yg sebenar.

Kenapa suplemen tak dapat menggantikan real foods ni? Sebabnya ada 3:

Variasi Khasiat atau Gizi

Khasiat yg didapati daripada real foods mengandungi nutrisi yg lebih kompleks dan bermacam-macam. Sebagai contoh, buah-buahan yg terkenal dengan kandungan vitamin C sebenarnya juga mengandungi nutrisi lain seperti beta karotena, kalsium dan sebagainya. Sementara itu, pada vitamin c dalam supleme hanya ada vitamin c dengan dose tertentu dan biasanya mengandungi 1 jenis vitamin sahaja.


Mengandungi serat

Makanan serat yg terdapat pada buah, sayur dan kekacang mengandungi serat alami yg baik untuk tubuh. Tapi ini tak dapat dipenuhi oleh keperluan suplemen kesihatan semata-mata.


Pelindung organ tubuh

Pada nutrisi semulajadi yg terdapat pada buah dan sayuran yg belum diproses secara klinikal, biasanya mengandungi zat semulajadi fitokimia yg dapat mencegah dan melawan sel kanser, jantung, diabetis dan hipertensi. Selain itu, buah dan sayuran semulajadi juga mengandungi antioksidan yg berperanan untuk melambatkan penuaan, melindungi kerosakan sel dan jaringan.

Sebab tu lah, REAL FOODS bagus.

Tapiii...

Mesti ada tapi jugak kan? Hehe.

Kenapa makan suplemen ni dah jadi macam trend dah sekarang? In fact boleh dikatakan dah macam keperluan. Kenapa? Kenapa?

Sebabnya:
  • Tubuh kita memerlukan dos vitamin yg lebih tinggi dari apa yg diperolehi dari makanan. Vitamni dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  • Amalan diet yg tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  • Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yg mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yg tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • Persekitaran yg tercemar dan immunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.

Sebab tu la ramai yg pilih untuk ambil suplemen. Bukan bergantung sepenuhnya dengan suplemen tau!!

Macam mana tips dan cara untuk pilih suplemen pulak? Ok, untuk memastikan pembelian kita tu tak sia2, maka elok kita buat research dulu. Dan antara faktor yg perlu diambil kira adalah:

Kandungan nutrisi

Pastikan agar kita periksa label sebelum beli suplemen. Yg penting untuk kita dalah kita tahu kandungan nutrisi pada suplemen tersebut. Betulke mengandungi nutrisi yg benar2 kita perlukan. Misalnya kalau kita nak bina otot, maka nutrisi yg diperlukan adalah protein. Kalau kita nak jaga kesihatan secara optimum, maka kita perlukan Vitamin C dan Omega 3. Kalau untuk kesihatan kulit, maka kita perlukan Vitamin E. Maka semaklah keperluan kita.

Atur dos dan keperluan kita

Untuk kita yg 1st consume suplemen yg kita belum pernah cuba, maka cuba dose yg paling rendah dulu untuk biarkan tubuh kita untuk adapt terlebih dahulu dengan suplemen. Healing crisis dah tentu ada. Maka kena mula dengan dosage yg rendah dan jangan cuba untuk ambil lebih dari recommendation. Tau la nak cantik cepat, tapi jangan sampai telan Vitamin E sebotol sehari. Hehe.

Hati2 dengan suplemen berdos tinggi

Banyak kali suplemen menawarkan vitamin dengan dose yg tinggi. Padahal sebenarnya tak selalu efektif untuk tubuh. Misalnya dose untuk vitamin c untuk orang dewasa dicadangkan adalah sebesar 65-90 mg sehari dengan maksimum 2000mg sehari. Kalau kita consume vitamin c secara berlebihan, maka boleh mengganggu sistem pencernaan dan ginjal.

Ok, itu antara tips nye. Kalau tips lain pulak cuba cari suplemen dari company yg dah established. Yg ada research dan clinically proved. Dah ada banyak testimoni. Tu contoh lain la.

Macam Shaklee, dah 50 tahun lebih. Shaklee sendiri melabur untuk research dan ujian klinikal. Banyak testimoni. Dan terbukti selamat dan berkesan. Sebab tu saya pilih Shaklee. Korang macam mana? Hehe.




PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk tingkatkan kualiti kesihatan dengan Shaklee. 



Regards,

Marina, Ibu Zidane.
Your trusted Shaklee Independant Distributor =)








No comments:

Post a Comment