Monday, 27 January 2014

Rawat demam dengan Shaklee

Phew. Baru kebah dari demam. Alhamdulillah. rupanya badan nak bina antibodi sendiri. Cuma bila demam sendiri dengan anak disebabkan suami jauh maka banyakla benda kena ambik tahu. Sebab bila kita ni, ibu2, mak2 yg sakit, susah sangat. Huhu.

Kronologi demam saya. Haha. Demam pon nak buat kronolodi. Harusla buat. Sebab saya ni jarang demam. Bila demam sekali memang teruk gak la. Bukan manja tapi ntah. Haha. Dalam setahun ada la sekali 2 demam. Kalau sekadar selesema batuk tu takde masalah. Ni demam sampai nak tumbang. Kali terakhir masa semester pertama kat matriks UIA. Saya siap pitam dalam bilik air masa tu. Mujur kawan sebilik ada. 

Rabu lepas saya dah ada tanda2 nak selesema. Oh, memang tak suka la perasaan sakit tekak, sebab selesema baru nak mula kan. Khamis dah nak demam pulak. Secara rasminya, hari Jumaat, I was down with fever. Huhu. Sedih hoi. Maklumla suami jauh. Kalau kita sakit pening, siapa nak tengokkan anak. Siapa nak kemas rumah? Siapa nak tolong masakkan untuk kita? Concernnya itu sahaja. Kalau ada teman, boleh la juga ringankan beban. Maybe Allah nak suruh saya beringat. Dulu masa suami ada, selalu membebel. Selalu komplen. Kan dah kena demam. Hah. Jaga diri sendiri. =P

Sepanjang nak demam aritu, saya pon pulun amik nutriferon. Amik Sustained Release vitamin C sekali. Dua benda ni yg saya tak tinggal. Kemudian saya makan Garlic Shaklee. Semua sebab nak boost immune. Nak bantu badan bina antibodi nak lawan segala penyakit yg bermaharajalela dalam diri ni. 

Perlu ingat. Saya ada mak dan adik yg dah pernah kena tibi. Take note yg kuman tibi ni boleh masuk ke dalam badan kita bila2 masa. Cuma kuman tibi akan serang bila sistem pertahanan dalam badan kita betul2 lemah. Masa demam. Masa sistem immune tak kuat. Maka saya kena berhati2. Takutla sebenarnya kuman tibi dah ada. Cuma nak trigger kena tunggu sistem pertahanan dalam tubuh lemah sahaja. Huhu. Betapa saya kena berhati2. Sebab saya ada anak yg saya kena jaga sendiri kat sg buloh ni. Mak ayah kat Ipoh. Suami pon kat Ipoh. Kalau saya tak sihat, macam mana saya nak jaga anak saya kan?

Sebab tu bila demam je, saya capai nutriferon, vitamin  c dan garlic. Semua untuk naikkan sistem immune sendiri. Alhamdulillah. Jumaat saya demam, Sabtu saya dah sihat. Dengan izin Allah jugak. Allah kan bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Kalau kita dah ikhtiar, takkan la Allah tak nak sembuhkan kita. Bersangka baik dengan DIA ok!! =)

Al kesahnya, anak teruna saya. Ceh, teruna sangat la. Hehe. Muslim Wajdi Zidane pulak demam hari Sabtu. Cantik tak perancangan Allah? Allah beri saya demam dulu supaya badan saya produce antibodi yg lebih kuat supaya Zidane boleh dapatkan antibodi daripada saya. Zidane kan menyusu badan. Dah tentu la dapat khasiatnya. Dan cantik tak aturan DIA bila saya demam, zidane tidur seawal 9 malam. Saya pon tumpang tidur sekali. Subuh tu saya bangun macam biasa. Zidane pon bangun macam biasa. Merengek sikit mulanya. Tapi at last Zidane demam sepenuhnya. Tapi perancangan Allah sentiasa baik. Ayah zidane balik ke rumah Sabtu tu. Maka boleh la kami sama2 berjaga malam menjaga anak. Perancangan Allah sentiasa terbaik kan? =)


Ni budak yg demam tu. =)


Zidane demam dengan suhu mencecah 40 darjah celcius. 1st time in his entire life. Baru 17 bulan je pon. Hehe. Tapi memang baru 1st time dia demam panas sampai 40. Dia macam ibu dia ni haa. Demam sekali sekala. Dedor2 tu biasa sangat. Tapi takkan pernah lebih 38. Bila dia demam dah jenuh plak mintak dukung. Layankan aje la. Nak buat macam mana kan. Penat bahu. Tidur sepanjang malam dalam pelukan ibu. Sikit2 terjaga. Tak selesa mungkin. Kesian zidane. 

Untuk Zidane saya basahkan tuala dengan air. Saya balut badan dia. Memang menggigil dia sejuk. Tapi org cakap kalau budak demam elok kalau camtu. Bagi panasnya keluar. Saya jelum dengan air asam jawa. Saya sendiri makan nutriferon, vitamin c dan garlic macam biasa. Saya minum air banyak dan saya susukan zidane sama. 

Semalam, Ahad, pagi2 saya dan suami bawak Zidane ke klinik. Sebelum tu sempat saya mandikan dia dengan air suam. Menangis jugak tapi terpaksa keraskan hati nak oi. Hehe. Sampai klinik jam 8 pagi tengah pertukaran doktor. Kami daftar, keluar sarapan. Zidane makan roti canai telur dengan berselera. Lapar la tu sebab semalamnya mana ada dia nak makan. 

Kami masuk ke klinik lepas sarapan dan cek suhu Zidane dah turun 38. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat demam dan ubat selesema. Bila balik rumah saya jelum kepalanya, selimut dengan tuala lembab. Dan akhirnya, jam 12.30 tengahari Zidane sihat kembali.

Bangun tidur terus mintak nak makan kek coklat ok. Ajak mandi mau jugak. So mandikan aje macam biasa. Lepas mandi susukan kemudian Zidane tidur dari lepas Zohor sampaila ke Asar. Bangun Asar tu Zidane dah totally recovered. Sihat dah. Alhamdulillah. =)


Terus selfie lepas kebah demam. Nak amik gamba photoshoot. Next entri saya share k. =)


So tu kronologi kami anak beranak demam. Jaga anak demam ni memang jenuh la. Lagi kalau jenis memerap macam Zidane. Saya siap pakai SSC sebab dia nak berdukung je kan. Huhu.

Kesimpulannya, elok sangatla ibu2 ni jaga kesihatan. Kalau kita sakit, memang rumah haru biru. Anak ke mana, suami ke mana, rumah pon ke mana. 

Macam saya, saya amalkan vitamin Shaklee. Hehe. Rezeki saya Allah beri kesihatan yg baik selama ni. Sekali sekala demam, jenuh jugak la. Cuma ikhtiar saya, mesti amik suplemen. Umur dah masuk 3 series ni macam2 nak kena jaga gak kan.

Jom sape nak jaga kesihatan ikut saya. Cewah. Org baru kebah demam ni mmg gini. Mula la nak makan macam2 supaya takde demam lagi. Hehe.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk cuba suplemen Shaklee korang hari ni k!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment