Wednesday, 29 January 2014

Penjagaan luka selepas bersalin

Semua ibu2 akan melalui pengalaman ni. Tak ada lagi yang bersalin tanpa luka. Hehe. Luka selepas bersalin ada 2 keadaan. Satu jahitan episiotomi yg selalunya dialami ibu2 yg bersalin normal dan kedua luka pembedahan caesarean yg obviously mmg luka pembedahan. =)

Kenapa penting nak jaga luka lepas bersalin ni? Sebabnya mudah. Sebab penjagaan rapi tu penting supaya tak berlaku jangkitan kuman yg boleh menyebabkan masalah lain pulak.


Jahitan episiotomi



  • Jahitan yg dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. 
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yg dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yg dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
  • Kawal pergerakan agar jahitan tak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak2 lain.


Pembedahan Caesarean


  • Ibu yg menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati2 dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
  • Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit jika diperlukan.
  • Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.

Antara tips lain pulak adalah: 

  • Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakkan pad ais pada luka.  Ia bukan sahaja menggalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit setiap 3 hingga 4 jam sekali.
  • Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh menggunakan air biasa atau lebih baik lagi menggunakan cecair pembasmi kuman yg dipreskripsi oleh doktor. Tak perlu gunakan cairan sabun kuat. Bersih dari depan ke belakang untuk mengelakkan cemaran najis. Semasa membuang air kecil, cuba duduk secara mencangkung dan siram air suam semasa membuang air kecil.
  • Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Kita boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. Kita juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
  • Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurankan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
  • Dapatkan pil penahan sakit sekiranya perlu. Boleh makan paracetamol atau ubat yg lebih berkesan seperti ponstan.
  • Elakkan daripada sembelit. Pastikan minum air secukupnya untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh cuba Lactulose atau Fybo-Gel. Boleh didapati di farmasi. Ubat enema tidak digalakkan sekiranya luka teruk.
  • Sitz Bath. Amalkan sitz bath dengan merendam punggung dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
  • Senaman pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuatkan luka cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Kita akan dapat melihat perubahannya.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya terdapat masalah ini.
  • Jangan percaya kepada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan menyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang air lebihan yg terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka.
Kredit alam hamil

Ok, tu antara tips untuk jaga luka lepas bersalin.

Kalau nak lebih bagus, ambil suplemen macam zinc dan vitamin c untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Kalau nak cuba set berpantang Shaklee boleh roger saya ok. Gerenti boleh consume walau anak ada kuning. Vitamin kan bagus. Hehe. 

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 untuk tanya set berpantang atau apa2 suplemen Shaklee ye.

Kalau betul minat, harga special sedia ada saya berikan kat semua.

Regards,

Marina, Ibu Zidane.
Your Trusted Shaklee Independant Distributor. =)

2 comments:

  1. Replies
    1. Tenkiu sudi membaca. Pemakaian bengkung pon penting untuk dapatkan bentuk badan semula kan? =)

      Delete