Friday, 24 January 2014

Kenapa perlu kurus?






Ada orang yg cakap tak kesahla badan besar sekalipun, dah kawin kan. Ada jugak yg cakap biarla org nampak kita hodoh sebab gemuk asalkan kita cantik di hadapan tuhan. Hehe. Mungkin betul sebahagian kata2 tu tapi banyak jugak yg silapnya.

Betul ke kalau gemuk kita takde masalah? Cuba fikir, bila badan gemuk maka banyak masalah kesihatan. Orang cakap tak kisah la gemuk pon, tak pernah menyusahkan orang lain. Semua kerja boleh buat sendiri kan. Tapi persoalannya sampai bila? 

Selagi kita sihat ni Alhamdulillah. Boleh la kita nak buat kerja sendiri. Bersihkan diri sendiri. Solat sendiri. Nanti kalau dah sakit, kita akan rasa kita ni useless. Ibadah pon tak ketahuan hala pastu dok salahkan diri sebab susahkan orang lain. Ye la, kalau badan besar, jatuh sakit, tak boleh bangun, nak ke tandas tak boleh jalan, terpaksala mintak bantuan orang lain kan? =)

Bila rasa ok dengan berat badan yg tak sihat, maka akhirnya kita takkan jaga kesihatan kita. Bila selesa dengan berat badan kita maka nanti kita takkan ambil inisiatif untuk ambil makanan yg sihat. Akhirnya, tabiat makan yg tak sihat menyebabkan berat badan makin bertambah dan kemudiannya kita akan dapat penyakit.

 Ada jugak yg cakap kurus ke gemuk ke yg penting kan taqwa dan amalan. Sebab takde perbezaan manusia ni melainkan taqwa. Tapi cuba fikir balik, kalau kita sihat bukan ke amalan kita lebih sempurna. Ibadah kita lebih perfect. Nak buat amalan sunat pon takde masalah. Nak solat tahajjud tengah malam kul 2 3 pagi takde sakit lutut. Nak puasa takde masalah. Kalau kita gemuk, kita jadi malas. Nak bawak badan pon malas. Kita jadi kurang produktif. Sebab tu la kena kurus. Sebab kurus bukan sekadar nak jadi cantik. Tapi lebih daripada tu supaya mudah kita nak beramal ibadah.

Daripada Aisyah ra, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)



Jom pilih! Mahu terus selesa kekenyangan atau menjaga kesihatan demi kesihatan? Insya Allah bermanfaat. =)



Regards,


Marina, Ibu Zidane

Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)

No comments:

Post a Comment