Friday, 10 January 2014

Kenapa detoks?

Hari ni nak cakap pasal detoks la. Sebab semenjak 2 menjak ni lawas aje. Haha. Pengotor. =P

Gini, penting ke tidak detoks ni elok sangat dibincangkan sebab hakikatnya memang detoks ni penting. Apa sebenarnya detoks ni? Detoks ni dalam bahasa mudah faham adalah membersihkan diri atau mengeluarkan toksin dari dalam badan. Proses pembuangan toksin la kiranya. 

Ramai yg nak kurus. Tapi dah try macam2 jenis suplemen kurus dah. Tapi tak kurus2 jugak. Inch loss sikit pon xde. Seluar ketat macam tu jugak. Kenapa jadi gitu?

Sebabnya, proses detoks tu dipandang enteng. Dah la tak detoks, sesedap rasa je nak menyalahkan produk. Pastu makan pon sepinggan hentak. Penuh tak ingat dunia. Bila sedap, diet pon ntah ke mana. Bila proses detoks ni kita tak buat, maka metabolisme kita menurun. Tak cukup dengan tu, nutrien yg kita serap pon ala kadar je. Penyerapan nutrien daripada suplemen yg kita makan tak berjalan dengan lancar sebab badan kita penuh dengan toksin. 

Bila nutrien tak dapat diserap, metabolisme rendah, otak kita asyik terima signal lapar je. Bila makan nak lebih. Sebab tak detoks punye pasal la. Hehe. Camno nak kuruih tu?

Bila terlalu banyak toksin terkumpul dalam badan, kita tahu tadi kan metabolisme menjadi perlahan. Akibatnya, organ-organ tak dapat berfungsi dengan baik. Toksin ni berpotensi untuk membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit. Sebab tu la program pembersihan yg komprehensif ni penting untuk kita.

Memang betul sesetengah orang melakukan detoks sebagai persediaan untuk plan diet utama diorang. Sebab detoks ni penting untuk saluran pencernaan, membuang toksin dari paru2, membantu buah pinggang untuk tapis darah, meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu dengan lebih baik dan membuang bahan buangan dari pundi kencing. Kalau banyak sangat toksin dalam badan boleh lemau tau. Lama2 jadi lesu, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan akhirnya mengurangkan kualiti hidup.

Kita nak sihat kan? Kita nak hidup yg berkualiti kan? Elokla berdetoks!!

Rejim detoks yg berkesan berkeupayaan untuk mengalkalikan badan. Ini membantu darah membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel badan, mencerna dan menyerap makanan dengan lebih baik, meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan badan. Hasilnya badan akan berfungsi di tahap kesihatan yg optimum!!

Cara-cara untuk detoks

Puasa 

Puasa memang satu kaedah yg berkesan dan selamat untuk bantu badan menyahkan toksik. Kalau nak detoks badan tanpa suplemen, berpuasala selalu. 

Ahli nutrisi Christine Gerbsatdt, penulis buku The Doctor's Detox Diet memberikan cara lebih sihat dan efektif untuk detoks.

Detoks Lemonade

Mungkin kita masih asing kalau dengar nama lemonade ni. Air limau tahu? Haha. Saje je macam glamer sket sebut lemonade. Tambah halia, madu, limau kemudian air panas. Sedap macam duduk tepi kolam renang tu. Tanning konon. Haha.Sesuai sangat minum waktu pagi sebab sekaligus boleh jadi minuman yg menghangatkan badan. Sape yg ada rasa macam sejuk2 tu elokla minum lemonade ni. Detoks lemonade yg ada banyak lemon ni mengandungi asid sitrat. Jadi bila minum, kita mampu detoks badan kita secara alami.


Detoks sayur

Kalau kita jenis tak suka makan sayur, sebab sayur ni tak sedap macam ayam panggang, maka lepas ni kena cuba. Kalau tak suka makan sayur sebab tak boleh lihat bentuk fizikal sayur tu, maka cuba blend dan jadikan jus. Campurkan bayam, celery. timun, kubis dan ubi bit. Selain rasa macam artis sebab minum jus macam tu, memang kita bole detoks sekali. =)


Detoks Buah

Buah-buahan memang best sepanjang masa. Takde istilah tak best kan? Jadi cuba campurkan beberapa jenis buah macam nenas, delima dengan limau. Blend sampai jadi jus dan minum. Memang rasa sihat. =)


Detoks Minuman Kuning

Minuman kuning ni merujuk kepada minuman herba dan rempah. Haha. Ko mampu? Boleh cuba rebus kunyit dan halia kemudian tambah limau dan sedikit garam. Kunyit dan halia ni memang salah satu tumbuhan yg boleh mendetoks dalam tubuh kita. Tak cukup dengan detoks, kunyit boleh membuat metabolisme tubuh kita bekerja dengan maksimum dalam proses pembakaran lemak.


Detoks Teh

Yg ni i like it a lot. Sebab teh memang dah sah2 bagus. Ambil teh dengan jintan dan ketumbar dan flaxseed. Kemudian rebus semua tu dan ambik jusnya. Dah jadi minuman kesihatan u ols. Hehe.


Ok, tu antara cara nak detoks badan secara alami.

Dan take note, bila kita mula buat detoks ni kadang2 ada kesan sampingan yg biasa macam sakit kepala, sakit otot, loya dan sembelit. Tapi tak perlu bimbang sebab tu semuanya adalah healing crisis atau krisis penyembuhan untuk menghapuskan toksin. Manakan tidak, sebelum ni badan kita dok selesa dengan toksin. Bila kita detoks maka badan mula memberontak dan beri kesan.

Insya Allah, lepas detoks, badan akan jadi lebih ringan dan sihat. Dan ajaibnya, berat badan pon boleh turun. =)

Kalau nak mudah detoks dengan Shaklee, boleh la cuba Herblax atau alfalfa atau DTX Complex. Semua fungsinya untuk detoks badan. Bezanya cuma harga dan keberkesanannya.




Detoks ni penting ye kawan2. Kalau tak, takut jadi macam ni. Ewwwww. 


Kalau nak pilih boleh tengok poket sendiri dan bagaimana efektifnya benda2 alah ni dalam mendetoks toksin. =)

Ok, PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk dapatkan harga kasih sayang ok.


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment