Tuesday, 28 January 2014

Anemia ketika hamil

Tiap kali mengandung mesti anemia ni jadi isu kat klinik. Padahal sebelum ni takde masalah pon kan. HB rendah ni memang leceh. Macam saya, saya kena cucuk inferon sebab HB rendah. Sakit ok. Huhu.

Apa anemia ni sebenarnya?

Anemia ialah sejenis gelaja kekurangan zat besi di dalam darah yang menyebabkan penghidapnya kelihatan pucat, lemah, kurang bermaya malah selalu letih. Ibu menyusu yang menghidap anemia juga menghadapi masalah susu yang kurang, dan mungkin anak yang bermasalah berat badan.

Anemia ni memang merupakan satu masalah terutama di kalangan ibu2 hamil. Antara gejala yg mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yg pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu. 

Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat. 

Anemia berlaku akibat kekurangan protein. Disebabkan itu ibu hamil perlu meningkatkan pengambilan makanan yg mengandungi protein macam telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu. 

Ada juga anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi. Maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor. Keperluan asid folat dan zat besi harian ketika hamil meningkat 2 kali ganda berbanding sebelum hamil. Sebab tu doktor selalu sarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

jika pemberian suplemen masih tak mampu memenuhi keperluan zat yg berkurangan maka rawatan memberi zat besi atau asid folat intravena atau tranfusi darah perlu dilakukan dengan pemantauan ketat doktor. 

Itu dia anemia. Takut kan? Kalau saya, saya takut sbb saya pernah kena cucuk inferon. Tu contoh rawatan memberi zat besi la tu. Sakit ya rabbi. Tuhan je tau. Anak dah nak masuk 1 tahun 6 bulan. Lebam di punggung masih ada lagi. Scary tak? Hehe.

Ada cara tak untuk rawat anemia ni secara alami? Dah tentu ada. Apa yg ada atas muka bumi ni kan ada penawarnya. Meh kita tengok. 

Cara merawat anemia yang boleh dilakukan sendiri di rumah sebelum memilih untuk mengambil ubat-ubatan:

1. MAKAN MAKANAN BERNUTRISI
Makanlah makanan yang kaya dengan khasiat, mengikut saranan piramid makanan. Jauhi makanan rapu, makanan jeruk dan mengandungi bahan awet. Pengambilan kafein juga harus dikawal bagi memastikan penyerapan yang optimum.

2. MAKAN MAKANAN KAYA ZAT BESI
Pastikan anda makan banyak makanan kaya zat besi, seperti sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, bran, tiram, beras perang, lentil, kismis, prun, roti dan pasta dibuat dari tepung bijirin penuh.

3. ELAKKAN TEH & KOPI (KAFEIN)
Elakkan minum kopi dan teh (sikit-sikit tak mengapa) kerana kafein mengurangkan penyerapan zat besi.

4. MENGAMBIL SUPPLEMENT
- Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi.
- Vita-C membantu dalam penyerapan zat besi.
- B Complex membantu mengawal anemia.
Kunci utama untuk merawat, mengawal dan mengelakkan anemia secara alami ialah dengan membekalkan nutrien secukupnya kepada tubuh.

Jadi, untuk ibu2 hamil yg ada anemia ni, boleh la ambil vitalea, b complex dan vitamin c untuk pastikan paras hb sentiasa cantik dan maintain. 

Vitalea boleh tahan sampai 4 bulan. B complex pon boleh tahan sampai 4 bulan. Vitamin c pulak tahan sampai 6 bulan. Jimat dan berbaloi kan? 

Ni la yg kita boleh cakap value for ur money. Hehe. Sebab tu pilih vitamin yg berbaloi dgn nilai duit kita. :)

Sesape nak try vitamin ni boleh roger saya. Kalau dgn saya, post sales consultation pon saya sediakan. In case kalau nak consult anytime in future pon xde masalah. Beres boh! Hehe. 

Apa tunggu lagi? 

PM/CALL/SMS/WHATSAPP 016.331.4797 sekarang ok!


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant 
Distributor :)

No comments:

Post a Comment