Friday, 17 January 2014

25 tips mudah langsing




Ok, memandangkan hari ni cuti, jadi saya nak make it simple n terus straight forward ke diskusi kita arini. Entri arini masih berhubung kait pasal tips nak kurangkan berat badan macam 2 entri sebelum ni. Tak taula kenapa tapi I'm in a mood of talkinh about slimming down our body. Haha. Motivasi diri sendiri mungkin. :)

Ok, back to business. Kat bawah ni saya nyatakan 25 tips mudah untuk tampil langsing. By end of December 2014 kalau ikut tips ni n disiplin, Insya Allah I can say. Hehe.

  1. Ingatlah bahawa diet bukan bermakna kita perlu menolak makanan secara ekstrem. Diet mesti digabungkan dgn senaman yg teratur dan diet yg sihat hendaklah minum air yg mencukupi. Daaa. Biasa kan. Jadi apa tunggu lagi. Minum air banyak. Setiap 25kg perlukan 1 liter air. Buat senaman. Paling kurang 15 ke 20 minit sehari. Sambil tengok tv sit up la sket. :)
  2. Pada awal permulaan diet, kita mesti lakukan diet secara berperingkat. Jangan tergesa2 untuk menampakkan perubahan. Selain tak baik untuk kesihatan, ia boleh membuatkan seseorang tu kurang berkeyakinan. Ye la, sebab semua benda nak cepat kan. Dah ko makan tak hengat dunia ada hati nak kurus dalam masa sehari. Lepas tu mula tak yakin diri sendiri bole kurus. Semua benda perlukan masa. 
  3. Diet terbaik adalah ketika kita mampu memberikan komitmen & fokus kepada program yg dilakukan. Buat secara perlahan2 dan berhati2. Kalau tak boleh komited dan disiplin, ghentikan la yob!
  4. Dapatkan rujukan yg sesuai supaya kita dapat menjalani pola pemakanan yg baru dan berbeza sebelum ni. Cekla semua laman web atau page kesihatan. Kalau saya, saya suka tengok website kevin zahri. Banyak belajar kat situ tau.
  5. Jangan lakukan senaman secara berlebihan. Lakukan secara seimbang. Macam mana dikatakan seimbang tu? Camni. Jangan hari ni kemain sental senaman sampai sejam esok dah malas. Hari ni sejam kat gym, esok petang lepak makan dgn Kim. Hehe. Takleh camtu. Kalau bole seimbang. Kalau tiap ari 20 minit maka 20 minit la kita bersenam. 
  6. Walaupun diet ekstrem boleh menurunkan berat badan dengan cepat dalam masa yg singkat tetapi ia tidak baik untuk kesihatan. Jelas sangat kan? Takyah explain. Hehe. 
  7. Seseorg yg berjaya menurunkan berat badan yg ideal adalah sekitar 0.5-1kg setiap minggu. Jadi jumlah diet yg berjaya adalah pengurangan daripada 2-4kg sebulan. Kalau lebih tak elok, kalau kurang pon tak sihat. 
  8. Biasanya seorg sanggup mengambil ubat diet untuk mendapatkan hasil. Namun terbukti ia hanya memberi kesan sementara. Yg ni setuju kalau ambik ubat diet tapi makan sesuka hati mcm tiap ari kenduri. Senaman pon entah ke mana. Memang sementara. Tapi kalau suplemen diet yg bagus dgn senaman n jaga makan, dah tentu marbeles!!
  9. Untuk bersenam tak semestinya di gym, kita bole lakukan senaman termurah dgn berjoging atau berjalan cepat di sekeliling rumah. Cukuplah dgn 20 minit sehari selama 3-5 kali seminggu. Yg penting tak beralasan. 
  10. Makanlah bersama kawan2 atau keluarga kita sbb ia dapat mengawal nafsu makan kita. Apatah lg bila kawan2 kita dah berenti makan tapi kita masih makan. Malu kan?
  11. Kunyahlah makanan dgn lebih lama. Selain menambahkan kenikmatan ia juga membuatkan kita rasa kenyang dgn cepat. Betul. Kita akan ambil masa 20 minit makan untuk rasa kenyang. Pandai2la ye.
  12. Kalau rasa dahaga dan lapar, minumla air. Jgn ambik kopi, teh atau soda tapi pilihlah air putih untuk hilangkan rasa dahaga. 
  13. Kalau rasa lapar, ambilla kudapan secukupnya. Kita tak perlu makan sehingga kenyang tapi sekadar untuk hilangkan rasa lapar. Betul. Snacks mmg penting.  Lagi2 snacks yg sihat macam buah2an. 
  14. Elakkan dari mengambil snek di pasaraya. Sebaliknya pilihla buah2an, sayuran atau makanan sihat dengan jumlah yg mencukupi untuk pastikan kita tak rasa lapar sepanjang hari. 
  15. Tidur yg cukup tak akan mengganggu perut kita di lewat malam. Perut takkan lapar kalau kita tidur awal dan mencukupi. 
  16. Jangan anggap kita sedang melakukan diet. Sebaliknya anggapla kita sedang mengikuti pola pemakanan yg baru demi kesihatan dan penampilan kita. Sebab kalau sebut diet takut stress sbb tendency untuk kita crave macam2 ketika diet mmg sgt tinggi. 
  17. Jangan tolak makanan. Sebabnya program diet yg baik adalah bila kita mengamalkan pola makanan yg sihat. Yg penting jgn makan berlebihan dan ambilla makanan yg kita suka (makanan kurang sihat) seminggu sekali sahaja. Ala2 cheat day la tu. 
  18. Pola pemakanan yg teratur tak akan membantu diet kita kalau kita tak bersenam. Dengan senaman jugak ia mampu mengeluarkan racun dalam badan dan mempercepatkan diet kita. Cukuplah dengan berjogging selama 30 minit setiap hari. 
  19. Apabila kenyang tentu kita tak akan mengambil makanan yg mengandungi karbohidrat lg sbb bimbang penimbunan lemak dan berat badan naik. Kita bole cuba ambil sayur2an untuk mengenyangkan kita. 
  20. Selain minum air putih, kita bole cuba minuman rendah kalori dan rendah lemak. 
  21. Perasaan bosan boleh menjurus utk kita mengunyah. Inilah salah satu penyebab berat badan naik. Cubalah aktifkan diri untuk melakukan sesuatu yg menyihatkan. 
  22. Disiplin diri adalah kunci penting dlm mengawal pemakanan kita. Fokus dan tumpukan kepada tujuan berdiet. 
  23. Kalau kita bangun setiap pagi dengan badan yg lebih segar dan ringan,  ini menunjukkan diet kita berjaya dan nutrisi yg diperlukan oleh badan mencukupi. 
  24. Jika diet kita berhasil, kita tidak mudab sakit, metabolisme dan penghadaman tak yerganggu. 
  25. Apabila diet kita berjaya, org sekeliling akan memperkatakan tentang kita. Malah kita merasakan penampilan lebih yakin dan langsing. Jadi tak sia2 program diet yg kita lakukan!

Ok tu la dia sedikit sebanyak tips untuk tampil langsing. Cuba tengok. Mana tau nanti macam kerengga u ollz. Hehe. 

Kalau nak cuba set slimming shaklee roger saya ok. Murah n menepati bajet. Jimat sangat. 

Takyah pegi londong weight ngan dunia slimming pon!!

PM/CALL/SMS/WHATSAPP 016.331.4797 ok!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane :)


No comments:

Post a Comment