Monday, 9 December 2013

Umur berkat vs Rezeki berkat

Selalu orang cuma concern pasal rezeki berkat. Sebab apa? Sebab sekarang bila kita dah start kerja sendiri, maka barulah kita tahu susah payah mak ayah kita mencari rezeki.

Orang2 kita dah ada paradigm yg tak boleh diubah. Nak cari rezeki bukan senang. Sebab tu sampai sekarang ni nak cari rezeki tidak pernah senang. Sebab apa? Sebab kita dah disogokkan dengan paradigma bahawa mak ayah kita mencari rezeki bukan senang. Susah.

Walhal, Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNYA. Kalau rasa susah, maka susah la ia. Kalau dari kecik disogokkan pemikiran begitu, memang rezeki takkan pernah mudah.

Kalau gitu, dengan Zidane, saya nak cuna tukar. Rezeki ni ada je, Mudah je nak cari rezeki. Apa keperluan Zidane saya dan suami akan sediakan. Tapi keperluan je la. Kalau nak handphone nak laptop, nanti bila dah jadi keperluan baru kami belikan. =P

Betul, rezeki yg berkat pun satu hal. Apa yg dikatakan rezeki yg berkat ni? Simple je. Meh saya tunjukkan.



Rezeki yg berkat walau sedikit tapi cukup, dan kalau banyak boleh diagih2kan. Kalau rezeki yg tak berkat, sikit pon tak cukup, banyak pon tak puas.

Ini konsep rezeki berkat yg sebenarnya. Tapi macam mana dengan kita sekarang? Pada saya, kita ni sebenarnya tak mengukur baju di badan sendiri. Itu je. Hehe. Orang beli baju baru, kita sibuk nak beli baju baru. Orang beli tudung baru, kita sibuk nak beli tudung baru. Kita tak nak kalah dengan orang. Sampaikan kita tak mengukur baju di badan sendiri. Yg kedua sebab kita takde priority. Duit yg ada kita dahulukan untuk benda yg kurang penting. Bila orang nak mintak sedekah, kita berkira. Kalau ada anak yatim atau budak2 tahfiz mintak derma, kita persoalkan tindakan mereka. Sebab tu rezeki tidak berkat. Sebab niat kita pada mulanya tu dah salah. Beli baju baru bukan niat kerana nak menutup aurat dan ikut syariat. Tapi sebab nak tunjukkan pada orang lain yg kita pon ada baju baru. Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan daripada perkara sedemikian.

Apa tanda2 orang yg rezekinya berkat? Ni haaa. 



Hati tenang dan semakin dekat dengan Allah. Masakan tidak, setiap apa yg kita buat berniatkan Allah. Kita bukan nak menunjuk. Kita nak ikut suruhan Allah.

Kita mudah beri sedekah. Kalau dulu masa solat Jumaat kita buat tak tau kalau tabung derma masjid lalu depan kita. Tapi sekarang kita susah hati kalau tabung masjid tak sempat lalu depan kita. Tanda yg paling obvious bila kita rasa cukup dan syukur. Rezeki jadi tidak berkat sebab kita selalu berpandukan nafsu. Bila selalu ikut nafsu, maka kita takkan merasa cukup. Bila rasa tak cukup macam mana nak bersyukur?


Itu rezeki yg berkat la. Sebab kalau nak dibincangkan memang panjang jadinya. Tapi orang suka fokus pada rezeki yg berkat ni je sebab diorang lupa tentang umur yg berkat.

Kenapa umur yg berkat? 

Sekarang ni dah nak masuk hujung tahun. Tahun depan bertambah usia kita. Tanya diri kita, selama berapa tahun Allah kurniakan nikmat usia, apa sumbangan kita pada agama. Kalau tak nak tanya apa sumbangan kita terhadap agama sekali pun, tanya lah apa yg kita dah buat untuk akhirat kita?

Sebab tu kalau umur kita dah 20 tahun dan keatas, malulah kita kalau solat tidak cukup. Puasa tidak cukup, zakat tak pernah bayar. Malu kita. Sedangkan itu rukun islam. Asas kita sebagai muslim. Allahu. Saya sendiri kadang2 tak cukup. Bila fikir balik, rasa macam kerdil sangat. 

Betul iman ni ada turun naiknya. Sebab tu berkawan dengan org yg ingatkan kita kepada Tuhan. Itu sebaik2 kawan. Bertemnkanlah Al-Quran. Itu sebaik2 pegangan. Sebab bila kita tahu iman ni ada naik ada turunnya, sekurang2nya bila kita pilih kawan yg betul, kita bertemankan Al-Quran, kita masih boleh istiqamah. =)

Beruntunglah Ahmad Ammar. Baru berusia 20 tahun tapi mati dengan kerhormatan. Bangkitnya nanti dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Allahu. Ini la dia umur singkat tetapi berkat. =')

Kali ni entri selingan. Saje je cakap pasal umur berkat dengan rezeki berkat ni. 

Tapi cakap pon cakap jugak. Kalau nak join Shaklee, meh ikut saya. Sebab kalau rezeki berkat, kita banyak bersedekah dan bantu org sekeliling kita. Kalau dengan Shaklee, kita bukan sekadar dapat tambah pendapatan, malah dengan Shaklee ni kita boleh tambah nilai hidup dan kualiti kesihatan orang lain jugak!!


PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk join kami ok!!

Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment