Wednesday, 18 December 2013

Solat Dhuha & Saya =)

Hari ni nak cakap pasal Solat Dhuha la. Bukan apa. Saje nak cerita kebaikan solat dhuha ni. Solat sunat 2 rakaat yg kita rasa susah sangat nak buat padahal mudah je. Solat sunat 2 rakaat yg kita rasa bersalah sangat nak guna waktu pejabat tapi sebenarnya kita dah gunakan banyak lagi waktu pejabat yg lain untuk perkara lain.


Apa kelebihan solat sunat dhuha ni ek?

Kalau google banyak je kan. Kalau membaca pon banyak jugak. Tapi in short, antara kelebihan solat sunat dhuha yg boleh saya gariskan adalah seperti berikut. Haha. Ayat skema macam karangan skolah menengah. =P


Solat Dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzar Radhiallahu'anh, daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda maksudnya:

"Bagi tiap2 ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan 2 rakaat solat Dhuha" - Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya Kitan Solaatul Musaafiriin wa Qashruha, no:720


Allah mengurniakan rezeki yg cukup pada setiap hari

Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata : Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda Allah Azza Wajalla berfirman, maksudnya : "Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang" - Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam sunannya, Kitab Al-Solaah, no: 1097


Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas Radiallahu'anh , dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: " Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit dan meninggi, kemudian solat Dhuha 2 rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda : Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna." - Hadith Riwayat Imam Al-Tirmidzi dalam sunannya, Kitab Al-Jumu'ah, no:535.


Solat Dhuha adalah solat orang2 yg bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah S.A.W keluar menuju tempat ahli Quba' yg ketika itu sedang mengerjakan Solat Dhuha, Baginda lalu bersabda, maksudnya: "Solat Awwabin (orang2 yg taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari" - Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no:748

Banyak kan manfaatnya?

Antara lain, bagi mereka yg mendirikan Solat Dhuha ni kalau tak salah saya kalau dirikan 12 rakaat, Allah akan sediakan mahligai di syurga nanti. Senangnya nak dapat istana kan? Down paymentnye hanya la solat dhuha 12 rakaat. =)


Waktu solat dhuha

Solat sunat dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk. Waktu syuruk ni boleh la refer kat taqwim. Contohnya kalau waktu syuruk tu 7.32 pagi, tambah la 28 minit lepas waktu syuruk tu. Lepas tu boleh la solat dhuha.

Tapi dikatakan waktu afdhal melakukan solat dhuha ni adalah anggaran matahari naik tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter) iaitu dalam lebih kurang pukul 9.30 pagi.

Kalau ikutkan pembacaan saya kat buku mudahnya menjemput rezeki, waktu mula adalah selepas terbit fajar dah berakhir sebelum waktu Zuhur. Tengok, banyak masa untuk buat solat dhuha ni kalau berkehendak kan? 


Kalau ikutkan memang ada doa spesifik untuk solat dhuha ni. Kalau kita amalkan lama2 hafal la. Tak susah mana pon. Lagi2 kalau faham maksudnya. Alhamdulillah dek kerana ada basic arabic language ni mudahla menghafal sebab kita faham maksudye. 

Ni doanya untuk rujukan bersama.



Bila bergantung harap dengan Allah ni tak pernah kecewa. Betul tau. Yg ni saya akui. Kalau kita nak rezeki yg berkat dan mencurah2, kita kenala minta pada yg Maha Memberi. Jangan mengharap pada manusia ni. Sebab sedangkan hati manusia ni pon DIA yg pegang. 

Walau dah solat dhuha tapi tak kaya2, jangan la putus asa dan mengeluh. Sebabnya paling tidak, dalam masa yg sama kita dapat pahala. Ketenangan jiwa pon dapat jugak. Takkan la baru solat dhuha seminggu korang expect terus kaya sebab cabutan bertuah plak. Haha. 

Allah suka hambaNya yg tak gopoh dalam meminta. Sedangkan Nabi S.A.W pon selalu berdoa dan minta pada Allah bantuanNya. Itu Nabi. Kita takkan nak dapat mudah kot? Tak malu ke? Nabi pon bila malaikat tanya nak ke dibantu supaya hancurkan terus golongan yg tindas kaum Muslimin masa mula2 berdakwah dulu, Nabi cakap takpe. Jangan binasakan mereka. Kita yg manusia biasa ni senang2 nak dapat benda cepat. =P

Jadi kalau boleh mula la dari sekarang. Cuba curi masa dalam 5 minit. Solat sunat Dhuha ni. Orang cakap tak elok curi masa pejabat. Padahal 5 minit je pon. Kalau sarapan boleh sampai 30 minit, takkan nak minta rezeki dengan Tuhan 5 minit pon berkira? Hadoi. Kurang2kan la aktiviti yg tak bermanfaat tu. Kalau sebelum ni sarapan 30 minit, kurangkan jadi 20 minit. Kalau sebelum ni merokok 10 minit, cuba merokok time lunch hour je. Kalau sebelum ni bersembang sampai syok gile sampai 30 minit, cuba la kurangkan bersembang ganti dengan zikir memuji Pencipta.

Argggh. Saya pon tak sempurna. Kadang2 ada jugak cacat celanya. Nama pon manusia kan. Tapi sekurang2nya kalau kita dah mula buat benda2 baik, benda2 jahat ni kita kurang buat akhirnya. Kan saya pernah cakap, kalau selangkah atau setapak kita menuju ke jalan Allah, Allah berlari berkejar dan pimpin kita. Allahu. Yang ni saya rasa betul sangat. Sampai saat menaip ni pon air mata boleh mengalir mengenangkan betapa kasihnya DIA kepada hambaNya. 

Dah nak masuk tahun baru. Saya pon dah masuk 3 series tahun depan. Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah khusyuk solat kita, bertambah tertutup aurat kita. =)


Ok. Kalau nak beli produk Shaklee jangan lupa roger saya. 

Akhir kalam, dunia dunia juga, akhirat jangan lupa pula!




Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment