Thursday, 26 December 2013

Sihat itu mahal

Ok, arini saya nak kongsi sikit apa yg saya baca dari majalah iSIHAT edisi Januari 2014. Skang dah rajin baca majalah ni. Teringat dulu masa nak kawin sibuk beli majalah pengantin, dah ada anak ni dok beli majalah Pama. Ni skang tambah satu lg majalah wajib beli setiap bulan. Bagus info2 dalam majalah ni sebenarnya.

Dalam edisi kali ni, ada menceritakan pasal kos sihat meningkat.

Apa yg dimaksudkan kos sihat meningkat tu? Macam yg kita sedia maklum, harga makanan sebenar atau real food ni dah jadi agak mahal. Lagi2 makanan segar. Yg organik lebih lagi la kan.

Cuba bandingkan, harga sekotak susu dengan harga sebungkus makanan ringan. Atau harga sebiji tembikai dengan sebungkus biskut. Hakikatnya harga makanan sebenar adalah mahal. Bukan kat Malaysia je. Kat seluruh dunia camtu. Masalah global ni. Hehe.

Tapi kalau ikutkan nota editor majalah ni cakap, kesimpulannya mudah je. Harga sebuah pelaburan. Memilih dan membeli makanan bermutu dan berkhasiat ibarat melabur. Pulangan yg baik sudah pasti memerlukan pelaburan yg tinggi. Prinsip ni bukan untuk permakanan semata, tapi untuk apa saja. Kalau kita inginkan sesuatu hasil yg baik, maka kita perlu berkorban. Betul jugak kan?

Editor majalah terus menghuraikan yg kalau kita nak jaya, kita kena perlu berusaha bermati-matian. Tanyalah mana2 jutawan. Adakah dengan bersenang lenang mereka mampu mengecap kekayaan. Bila fikir balik, lagi betul. Sebab tu jangan percaya dengan skim cepat kaya. Mana ada org dok goyang kaki boleh jadi kaya? Kalau betul ada, sama ada diorg dah kaya dan cuma kena maintain je atau sumthing fishy is happening. Hehe. Shaklee pon gitu. Takde maknanya nak jadi kaya tapi dok goyang kaki semata. Cepat dengan lambat je kalau dah usaha. =)

Jadi, dalam aspek penjagaan kesihatan, sama jugakla. Kita kena berkorban. berkorban nafsu dengan memilih sihat. Berkorban daripada aspek kewangan untuk beli suplemen kesihatan. Dan kalau kurang berkemampuan, kita kena berkorban masa dengan mencari ilmu bagi membolehkan kita memilih vitamin yg sama tetapi daripada sumber yg lebih murah. =)

Perbelanjaan untuk kesihatan tak akan dapat dilihat dalam bentuk material. Tapi sangatlah beruntung bagi mereka yg melaburkan duit untuk kesihatan. Kalau tak percaya, tanyalah pada yg diuji dengan penyakit. Mesti diorg sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kekal sihat.


Betul kan? Kalau kita rasa SIHAT ITU MAHAL, cuba la try untuk sakit. Sanggup tak? Sedangkan Allah bagi demam sket pon dah banyak mengeluh. Padahal sakit tu kifarah dosa kan. Hehe. 

Memang betul suplemen berkos tinggi. Tapi memandangkan corak pemakanan kita sekarang yg selalu makan luar dan pengambilan makanan proses yg berlebihan, kita memang digalakkan untuk ambil suplemen sebagai pengganti zat dan nutrien yg tidak kita perolehi daripada makanan. Contohnya bagi kita yg sibuk bekerja, melainkan kalau kita boleh gerenti dan jamin kita dapat nutrien yg cukup daripada makanan. 

Contoh paling mudah, vitamin C misalnya. Kalau kita basuh sesuatu makanan dengan sumber vitamin c berulang kali, dan terdedah kepada udara atau cahaya matahari untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan ia mudah teroksida. Ditambah pulak dengan proses memasak menyebabkan kita kehilangan nutrien tersebut. Sebab tu la dengan adanya pengambilan multivitamin dan multi mineral kita dapat kembali nutrien yg diperlukan oleh tubuh.

Sebab tu la pengambilan suplemen tu dah jadi penting dalam hidup kita seharian.

Memang betul sihat tu mahal. Tapi bagusnya melabur untuk kesihatan sebab bila kesihatan kita bertambah kualitinya, maka kita dapat hidup bahagia dan sihat dan jangka hayat mungkin bertambah. Dengan izin Allah. =)

Jadi, cekla makanan yg kita amik setiap hari. Dan kalau ada terfikir nak amik suplemen, renung2kan kata2 kat bawah ni.


Kalau kita ubah cara hidup kita dengan makan makanan yg sihat dan ambil suplemen sebagai makanan tambahan, maka kita akan UBAH hidup kita selama-lamanya. Oh yes! Dan kalau kita ubah JENAMA yg kita ambil pon, kita ubah hidup kita sekaligus!

Ok2. Kalau ada yg minat nak tambah nilai dan kualiti dalam kesihatan diri sendiri, keluarga dan org di sekeliling, meh roger saya. Shaklee dah lebih 50 tahun. Dah terbukti berkesan dan bagus untuk kesihatan. Shaklee bukan produk bermusim yang baru glamer tiba2. Shaklee ibarat baju kurung. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hehe.



PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tanya semua pasal Shaklee ok!!



Regards, 

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment