Thursday, 19 December 2013

Shaklee bukan makanan sunnah?

Tajuk macam gempak je kan? 
Beginila. Jangan terlampau teruja dan cepat melatah. Baca dan hadamkan. Habiskan kemudian kalau tak puas hati boleh buat research. Research sekali segala macam ilmu Fiqh supaya kita yakin dengan apa yg kita makan.

Mesti ramai yg risau nak makan suplemen Shaklee. Sebabnya Shaklee kan produk USA. Bila dengar kata dari USA mula skeptikal. Semuanya jatuh HARAM. 

Ada jugak yg siap nasihat supaya saya kembali kepada makanan sunnah seolah2 saya dah terpesong jauh dari agama. Nauzubillah.

Tapi takpela. Biar la orang nak cakap apa. Yg penting kita yakin dengan pilihan kita. Meh saya ceritakan sikit latar belakang Shaklee ni. As claimed, memang betul Shaklee suplemen semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat. Nah, kat bawah ni saya sertakan biodata Shaklee ni.

Pengasas Shaklee ni Dr Forrest C. Shaklee, Sr: dan dia ni memang orang AMARIKA. =P

  • Pada 1915, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertama yg dikenali sebagai "Vitalized Minerals" di mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai "vitamins". Inilah sejarah di mana perkataan vitamin terhasil. Daripada Shaklee jugak. =)
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.
  • Pada 1924, Dr. Shaklee membina health care centre yg lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  • Pada 1928, beliau melahirkan sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide Pyramid yg sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.
  • Pada Januari 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yg akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65 tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yg telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yg lebih baik dan produknya bersama dunia.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai MAKANAN berbeza dengan produk syarikat lain yg dilabelkan sebagai DRUG COMPANIES.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yg terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai "Leader in the nutritional industry".
  • Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk2 mereka. Ia dilakukan oleh pakar luar, unbiased source seperti Yale University dan Harvard University di mana kajian klinikan ini dijalankan ke atas manusia dan bukannya haiwan untuk membuktikan secara saintifik yg produk2 Shaklee boleh digunakan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan di dalam peer-reviewed nutritional & medical journals seperti The American Journal of Clinical Nutrition, The Journal of Nutrition, The Journal of the American Dietetic Association, The Journal of Applied Physiology dan The American Journal of Cardiology.
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang2 tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melariskan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yg melaburkan berjuta2 USD untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yg badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas, enzim2 dan pythochemicals.
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Stanford University in Palo Alto, California.
  • Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yg mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka. Tak seperti Shaklee yg memiliki ladang vitamin mereka sendiri. Formula vitamin pon dihasilkan melalui kajian sendiri dan tak dibeli dari mana2 makmal. Menarik kan?
  • Shaklee melaburkan melebihi 12 juta USD setahun untuk tujuan penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150 orang saintis dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah, profesor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yg berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yg terlibat dalam penghasilan produk Shaklee. Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.
  • Setiap produk Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan yg berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  • Shaklee produknya semua dijamin berkualiti.

So kat atas tu semua fakta menarik mengenai Shaklee kalau semua orang nak tahu. Kredit kepada blog ni.

Berbalik kepada soal makanan sunnah vs Shaklee. Jom baca ayat Al-Quran pulak. Cakap bukan sekadar cakap ok!

Surah Al-Baqarah ayat 168.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yg ada di bumi, yg halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yg terang nyata bagi kamu".

Jelas tak ayat tu? Allah suruh kita makan apa sahaja yg ada di atas bumi ni asalkan makanan yg halal lagi baik. Halalan Taiyiba!

Jadi semak pulak sijil halal Shaklee. Kalau nak cek status halal Shaklee bolehla ke status halal Shaklee. Sijil halal Shaklee ni dipantau oleh Islamic Services of America. Dan diperbaharui setiap tahun. Malah kalau ada produk baru dihasilkan oleh Shaklee, Shaklee terus buat sijil halalnya sekali. Eh, setengah orang nak tengok status Halal dari JAKIM. Takmo tengok yg Amerika punye halal. Hadoi. Ketahuilah yg Islamic Services of America ni diiktiraf oleh JAKIM. Jangan risau ok. Hehe.

Berkaitan dengan isu MAKANAN SUNNAH pulak, sebagai pengedar Shaklee, takdela pulak saya nak ajar korang semua ketepikan makanan sunnah. Takdela pulak saya mintak korang beli suplemen Shaklee je. Saya pon makan makanan sunnah jugak what. Anak saya, saya carik kan jugak Qaseh Junior what. Salahke kalau kita ambil suplemen yg telah diuji kualitinya berdasarkan kajian klinikal yg menyeluruh?

Saya nak kongsi pandangan yg saya ambil dari blog Dr Harlina, "does not mean that we Muslims should deny ourselves of modern medicine"


Sama jugak kaedahnya dalam kes pengambilan suplemen dari barat. Tak salah kalau kita consume suplemen dari barat. Yg penting HALAL. 

Ada jugak pandangan daripada Dr Maza yg mengatakan : Pada zaman Nabi, Nabi menghormati kepakaran Al-Haris Bin Khaladah. Dia ni bukannya muslim tapi dia pakar perubatan arab pada zaman tu dalam masyarakat Madinah. 

See. Nampak tak kat sini apa yg saya cuba nak sampaikan? =)

Saya tak menolak makanan sunnah. Malah saya suka sangat. Dulu masa mengandungkan Zidane, sibuk saya cari jus delima untuk tambahkan HB. Walaupun tak berkesan tidak pulak la saya menyalahkan makanan sunnah. Hehe. Akhirnya, inferon la kita. Sakit tau!

Islam tak pernah halang kita makan apa yg ada atas muka bumi ni. Yg Islam mintak kira cegah adalah makan berlebih-lebihan. Sebab tu adanya konsep wasatiyyah dalam Islam. 

Contoh, kalau makan soya sekadar nak makan, takkan jadi pape kan? Kalau makanan sunnah pon kita sebat berlebihan pun jadi penyakit jugak. Kuncinya di sini adalah WASATIYYAH!! =)

Sebab tu pada korang yg amik suplemen, kalau amik dengan saya la, ikut nasihat dan saranan pengambilan yg dicadangkan. Jangan over. Nak sihat sangat sampai makan berlebihan. Air pun kena minum banyak dan sekali sekala minumlah air kelapa untuk neutralkan vitamin dalam badan. Sebab kadang2 kita tak sedar kita kurang minum air pada hari2 tertentu. =)

Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasulullah S.A.W bersabda di dalam hadisnya : "Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya".

Jelas kan? Islam tu mudah dan tak menyusahkah kita dengan peraturan2 yg tak sepatutnya. Kenapa pulak kita menyusahkan diri kita dengan perkara yg tak sepatutnya? Ish peningla. =P

Untuk mereka yg pilih untuk makanan sunnah, teruskan. Untuk mereka yg tak nak ambil suplemen tak mengapa. Tapi jangan pulak melabel kami yg makan suplemen ni dengan macam2 label yg tak enak. Pilihan di tangan masing2 kan? =) Meh saya kongsi gambar screenshot dari sahabat FB saya ni:


Muhasabah balik diri. Jangan terlampau ekstrem. Jangan terlalu rasa betul. Sebab bila kita rasa camtu, benda yg sebenarnya tidak haram pon kita label sebagai haram dan berdosa. My 2 cents. =)

Jadi letakkan dalam kepala kita, Sunnah Rasulullah S.A.W adalah makan makanan yg HALAL & BAIK untuk kesihatan.

Makanan yg baik adalah makanan yg halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yg mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan sahaja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.

Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang mukmin yg kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yg lemah" - Hadith Riwayat Muslim

Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba perhatikan kebanjiran restoran2 atau kedai2 atau gerai yg menyediakan makanan yg tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yg begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yg dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Sebab itulah ada org yg tak suka makan sayur. Sebab alasan mudah, sayur tak sedap.

Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Sebab tu diorang ada standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Pernah dengar tak? USRDA?

Tak macam kita. Tak semua menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia yg ada macam2 jenis. Bila dah tua barulah nak berpantang itu ini sebab dah kena macam2 penyakit kan. =P

Rasulullah S.A.W bersabda: "Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" - Hadith Riwayat Al-Dailami

Jadi macam mana nak cegah segala penyakit? Kita mulakan dengan menjaga pemakanan dan pantau aktiviti kita.
  • Makan mengikut saranan piramid makanan
  • Ambil buah2an dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet
  • Mengambil makanan yg membekalkan cukup vitamin dan zat mineral
  • Makan mengikut waktu yg ditetapkan
  • Minum air yg mencukupi
  • Bersenam sekurang2nya 20 minit sehari
Penjagaan pemakanan ni bukan sekadar makan untuk kenyang. Sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai tabiat makan yg baik. Sebab tu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya.

Jadi makanlah yg baik2, pastikan keluarga kita dibekalkan dengan makanan yg halal dan berkhasiat, yg penting dari sumber semulajadi, sama ada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yg terbaik dan paling berkat, namun makanan yg disuap itu membina fizikal dan mental anak2. Kan?

Kredit: Master Lyna

Ada 2 benda yg boleh kita simpulkan dari perbincangan di atas.
  1. Makanan sunnah adalah makan makanan yg Halalan Taiyiba
  2. Walau Shaklee bukan makanan sunnah, tapi perbuatan mengambil suplemen untuk kekal sihat dan cergas adalah Sunnah Nabi S.A.W.


Jadi, apa tunggu lagi? Dah clear kan fakta2 yg diberi? Pilihan di tangan kita. =)

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk dapatkan produk Shaklee pertama korang. Harga terbaik khas untuk korang semua!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)



No comments:

Post a Comment