Monday, 30 December 2013

Petua & Tips Hamil Menurut Islam





Hai korang semua. Hari ni saya nak cerita pasal cara untuk cuba hamil mengikut Islam.

Banyak cara sebenarnya dah dikongsi oleh penulis2 blog lain yg diambil dari pakar2 berkenaan ibu ni. Cara tradisional pon dah banyak dikongsi di blog2. Tapi takpela. Kita kongsi lagi. Berkongsi ilmu ni kan bagus.

Kalau diikut tips yg dah diberikan berlambak dalam internet ni, setakat mana keberkesanannya? Ada jugak tips dan petua untuk hamil yg nampak agak meragukan dan tak masuk akal sampai rasa tak tercapai dek akal kita pon ada. Jadi sebagai org yg nak mencuba ni, kita kenala berhati2. Kalau dah baca kena buat kajian dan selidik dulu betul2 sebelum ikut apa yg dicadangkan. Selebihnya serahkan kepada Allah S.W.T. Ini kan sebenarnya kerja DIA. Usaha, redha, tawakkal. Yg tu kerja kita sebagai manusia. Kalau kita pon jenis malas ikhtiar, bila dah ikhtiar komplen pulak lambat itu lambat ini, mengeluh, susahla rezeki tu nak sampai pada kita. Yg ni kena jaga2 ok!

Pendekkan cerita, meh kita tengok apa dia tips dan petua mudah hamil mengikut cara Islam. Tips ni sebenarnya lebih selamat kita nak ikut dan guna sebab semuanya berpandukan ayat2 suci Al-Quran.

Semua orang yg dah kawin mestila nakkan gelaran ibu dan ayah. Siapa tak nak anak kan. Semua org nak ada zuriat. Bezanya cepat atau lambat je. Anak ni ibarat anugerah Allah yg paling berharga. Sebab bila dah ada anak ni la baru kita sedar macam mana berkerja kerasnya mak ayah kita membesarkan kita. Bila dah ada anak, rumah kita berseri2. Tak sunyi. Tapi takpe. Untuk yg takde rezeki anak lagi, percaya satu perkara je. Rezeki anak ni rahsia Allah. DIA lebih tahu apa yg terbaik untuk kita. Sebaik2 perancangan ni adalah perancangan Allah. Betul. Mungkin kita rasa kita dah ready. Padahal DIA lebih tahu. Mungkin bila dah anak, kita tak dapat laksanakan kerja kita. Atau mungkin bila kita dah ada anak, kita ada masalah lain yg kita kena hadapi. Sebab tu la rezeki anak ni Allah bagi sesuai pada masanya. Semua anak ni rezeki kan. Setiap anak ni bila lahir dah tersedia rezeki untuk ibu ayahnya. Jadi jangan risau. Doa banyak2. Dan ikhtiar. =)

Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Syura: 49-50 yang bermaksud:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yg Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yg Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yg dikehendakiNya) dan Dia menjadikan mandul siapa yg Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Anak adalah rezeki. Untuk mereka yg dah ada rezeki anak lebih awal, bersyukurlah. Tapi dalam masa yg sama jangan lupa, anak2 ini pon ujian Tuhan. Jangan kufur nikmat yg Allah berikan, jangan terlalu bangga dengan kejayaan. Sebab kejayaan itu milik Allah. Dan anak2 ni pon dipinjamkan Allah untuk kita didik, semai jadi anak soleh dan solehah yg bakal jadi saham akhirat kita di akhirat kelak. Anak tercipat bukan dengan kuasa manusia. Jadi kita sebagai hamba kenala berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal.

Anak yg lahir bukan sekadar zuriat dan penyambung warisan. Malah anak sebenarnya bukti kekuasaan Allah. Anak ni la anugerah dari Allah. Amanah kalau kita boleh katakan. Sebab tu dah ada anak, jaga sebaik mungkin. Jangan didera. Allahu. Banyak kes dera sekarang kan. Sampai kita rasa takut dengan kekejaman dunia. Huhu. Ini la dunia yg kita wariskan kepada anak kita.

Doa dan amalan untuk mendapat zuriat

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yg harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang2. Namun, tak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yg lama untuk dapatkan zuriat dan ada juga yg tak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara2 tertentu.

Tapi konsepnya tetap sama Semua perkara yg berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. Sebab tu mereka yg beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan redha dengan segala apa yg terjadi terhadap diri mereka. Tetapi tidaklah bermaksud kita perlu akur dan berserah dengan apa yg terjadi tanpa berusaha bersungguh2 untuk memiliki zuriat.

Meh kita tengok tips dan amalan yg boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yg baik dan soleh. =)

  • Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan membaca ayat 38 surah Ali-Imran yg bermaksud : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yg baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa."

Al-Imam Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria A.S pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah S.W.T. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci Qurban yg diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ni bermaksud anak yg sihat sejahtera dan berakhlak.


  • Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan ayat 89 surah Al-Anbiya' yang bermaksud : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik2 yg mewarisi."
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria A.S untuk memperoleh anak yg baik bagi menyambung zuriatnya. Amakan membaca doa ini bersama doa dalam surah yg pertama tadi untuk mendapatkan zuriat. 

  • Selain itu, berikhtiarlah dengan perkara2 yg dibenarkan syarak.
  • Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.
Bagi ibu yg berjaya hamil, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yg bakal dilahirkan sama ada baik atau sebaliknya.

  • Ikhtiar dengan perubatan moden dan kampung
  • Banyakkan bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan
Setelah banyak berikhtiar dari segi perubatan moden dan tradisional, dan setelah berdoa kepada Allah, maka pasangan suami isteri dinasihatkan untuk bersabar. Perasaan yg tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri kita dan ini akan menyukarkan lagi bagi pasangan untuk memperoleh zuriat.

Di dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Yang paling penting, awali doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat kepada Rasulullah S.A.W. Ketika nak tutup doa pon sama jugak.

  • Sujud selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
Baca Bismillah 1 kali kemudia Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali. Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yg kita hajatkan. Contohnya : "Ya Allah, kurniakanlah kepadaMu  ini zuriat atau anak yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat." Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalan ini baik diamalkan oleh suami dan isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan JANGAN MERASA PUTUS ASA. Sebab Allah tak suka org yg suka berputus asa. Dan Allah tak suka org yg gopoh ketika meminta.

  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah yg Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jima'.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaana adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalali Wal Ikram" sebanyak 11 kali kemudia tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari.

Itu la dia antara petua dan amalan mengikut Islam yg boleh kita amalkan. Mana tau ada rezeki kan. Sebabnya yg Maha Memberi Rezeki ni Allah. Kalau kita nak minta kena minta dengan DIA kan? Dia la kabel paling besar yg kita kena bergantung harap kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat.

Ok, semoga entri kali ni bermanfaat. Esok lusa saya cerita pasal tips nak dapat anak lelaki dengan perempuan pulak ok.

Set kesuburan Shaklee boleh roger2 saya. Mana tau di samping amalan rohani yg kita amalkan, kita boleh amalkan makanan tambahan Shaklee untuk ikhtiar kita. Allah suka hambaNya yg berikhtiar.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk Harga Istimewa. Harga kasih sayang gitu. =)

Ok, ni buah hati pengarang jantung saya.



Gambar ni yg latest version. Hoho.


Semoga korang yg sedang mencuba dikurniakan anak comel dan bijak. Sama comel dan sama bijak macam Muslim Wajdi Zidane saya ni. Insya Allah. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

Kredit : Dr Fuh



17 comments:

  1. Doa kn saya..sy trgin nak kn zuriat.. :)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah. Jangan give up & Doa selalu. =)

    ReplyDelete
  3. saya pun.. sangat teringin nk bagi zuriat pada suami n cucu pertama pd mertua...
    dh usaha..,tp rezki belom menyebelahi..
    harap rezki masih milik saya n isteri2 lain yg inginkan zuriat mcm sy

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka yg inginkan zuriat dikurniakan rezeki daripada Allah..

    ReplyDelete
  5. Bintun sibawaih, Insya Allah ada rezekinya. Cepat atau lambat je. Allah tahu bila masa yg sesuai untuk kita. Doa & tawakal. =)

    Izan@is, Amin. =)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian :)
    http://diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Panduan berguna.,saya bru 4bln kawin tp teringin sgt nk zuriat..harap doa saya dan isteri dimakbulkan oleh Allah swt.. :)

    ReplyDelete
  8. Harizazmi : Bila tiba waktunya rezeki tu sampai, Insya Allah. Allah Maha Mendengar. =)

    ReplyDelete
  9. Best sharing ;)

    http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/2014/08/set-kesuburan-shaklee.html

    ReplyDelete
  10. Says sdh ...dh kat 4bln kwen.tp xde ank lg.sy btl2 nk.sdey tp btl mcm Kak KT...Allah lbh mgethui sglanya.harap lps ni ada rzki ank BT km.amin....

    ReplyDelete
  11. Setiap pasangan mahukan zuriat yg soleh dan solehah.. begitu juga saya. Sy bru brkhawin.. moga
    urusan d prmudhkan olehNya.. ;)

    ReplyDelete
  12. Mudah2an saya juga dipermudahkan mengandung ..amin..trima kasih atas tips dan doa2 d atas..

    ReplyDelete
  13. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  14. Mudah2an Allah juga dengar doa sy dan hubby utk perolehi zuriat..Aamiin..

    ReplyDelete
  15. Mudah2an Allah juga dengar doa sy dan hubby utk perolehi zuriat..Aamiin..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih berkongsi tips dan petua.. Doakan saya juga supaya cepat hamil ya..

    ReplyDelete