Tuesday, 24 December 2013

Mitos & Fakta penyusuan

Semalam dah cerita pasal diet ibu menyusu kan? Kita dah cerita apa keperluan dan apa yg ibu2 menyusu kena lakukan untuk pastikan ibu menyusu sihat dan anak2 gembira sebab dapat supply susu yg mencukupi.

As promised, arini saya nak cerita pasal mitos dan fakta tentang penyusuan. Banyak mitos yg ada kan. So jom kita cekidaut betul ke tidak sesuatu perkara tu.


  • Susu saya tak cukup untuk anak. Susu saya sikit.
Ok, ni antara mitos yg ramai sangat percaya. Ada yg cakap susu kita tak cukup anak kita. Kita ni keturunan takde susu sangat la. etc etc. This is not true. Majoriti ibu menyusu menghasilkan susu yg mencukupi untuk anak kita. Kadang2 ada baby yg gain weight too slow atau mungkin kehilangan berat badan mereka bukan sebab ibu2 tak cukup susu. Sebab yg sebenarnya pulak adalah baby tersebut tak dapat susu yg ibu2 diorg ada disebabkan kelemahan 'latch' atau positioning baby yg salah ketika menyusu. Sebab tu penting utk ibu2 kalau kat hospital, once delivered, tanyala pada misi2 cara menyusu dan kedudukan bayi yg betul. Jangan tak tanya especially 1st time mummy ni. Jangan segan misi dok tengok n belek cik B kita. Dia nak mengajar je sebenarnya. 


  • Proses penyusuan itu menyakitkan.
Ini pon salah. Mungkin 1st few days tu kita rasa sakit sket, tp this shud be temporary. Kalau ada jugak sakit lebih dari seminggu selalunya disebabkan baby latching on dengan cara salah. Kalau la sakit lebih daripada 7 hari, jangan ignore. Sebab kita takut ada jangkitan pada puting. Mengurangkan sesi penyusuan pon takkan mengurangkan kesakitan. At least even sakit, kena pam jugak sebab takut nanti bengkak susu. N yes, taking the baby off the breast for the nipples to heal should be a LAST RESORT ONLY! Jangan bagi alasan ok!

  • Susu tak cukup untuk 3 - 4 jam selepas melahirkan.
Salah jugak! Sebab utama masih disebabkan posisi anak ketika latch tu salah. Sebab tu baby xdapat susu yg ada. Practice makes perfect. Jangan kecewa. Cuba latch dengan cara yg betul supaya baby boleh dapat susu. Kadang2 anak menangis macam lapar walaupon lepas 2 jam menempek kat kita. Padahal sebenarnya, kita tak latch anak betul2. By not latching well, baby x dapat susu awal ibu yg kita panggil sbg kolostrum. Ingat! Betulkan posisi masa menyusu. Itu kuncinya. =)

  • Baby perlu menyusu 20 minit pada setiap breast
Ni pon salah. Sebab bila baby dah betul2 menyusu dalam 15-20 minit di sebelah kanan, jarang sekali anak nak menyusu sampai 20 minit di sebelah kiri. Selalunye sebelah je dah cukup. Sebelah lagi sila la pam ok. So not necessary nak bagi anak susu dua2 belah. Takde rule gitu pon sebenarnye. 

  • Baby yg menyusu perlukan air masak lebih di waktu cuaca panas
Salah! Susu ibu dah cukup dengan air yg baby perlukan. Tak perlu nak bagi air masak plak. Konon nanti anak dahaga atau panas.

  • Puting ibu perlu selalu dicuci sebelum menyusukan bayi
Salah! Kalau menyusukan bayi guna susu formula memangla memerlukan penjagaan rapi dari segi kebersihan sebab susu formula tak dapat menghalang bayi daripada terkena jangkitan malah merupakan tempat pembiakan bakteria yg paling baik dan mudah tercemar. Susu ibu pulak melindungi bayi dari apa juga infection. Membasuh puting sebelum menyusukan boleh mengakibatkan proses penyusuan ibu itu menjadi complicated dan membasuh semua minyak pelindung yg ada di puting. Puting ibu kan bersifat antibakteria. Lagi pun ada satu bau semulajadi yg digemari oleh bayi. Sebab tu la tak perlu cuci setiap kali nak menyusukan bayi.

  • Mengepam susu adalah cara yg baik untuk menilai kuantiti susu ibu.
Ini pon salah. Sebab tu ibu2 yg menyusu jangan stress kalau susu yg dipam sikit. Banyak faktor yg mempengaruhi jumlah susu yg kita pam termasuk faktor tahap stress ibu tu. Bayi yg menyusu dengan baik boleh dapat susu yg lebih banyak melalui penyusuan direct daripada susu yg dipam. Mengepam hanya dapat beritahu berapa banyak susu yg kita dapat pam. Tapi tak dapat menceritakan berapa banyak susu yg dapat kita hasilkan. Ingat tu!

  • Susu ibu tak mempunyai iron yg cukup untuk keperluan bayi. 
Salah! Susu ibu dah mempunyai iron yg cukup untuk keperluan bayi. Kalau bayi tu lahir cukup bulan, maka bayi tu boleh dapat cukup zat besi dari susu ibu sekurang2nya untuk 6 bulan yg pertama. Susu formula mempunyai kandungan zat besi yg terlalu banyak, tapi kandungan ni mungkin perlu untuk memastikan bayi menyerap cukup zat besi untuk mengelakkan kekurangan zat besi. Zat besi di dalam formula walaupun banyak tapi serapannya kurang dan bila bayi membuang air besar, kebanyakan zat besi tersebut akan ikut keluar. Secara umumnya, tak perlu nak tambah makanan lain selain susu ibu sebelum bayi berusia 6 bulan.

  • Menyusukan dengan botol susu lebih mudah daripada menyusu badan.
Haha. Ni nak tergelak sebab dah sah2 salah. Sebab selalunya kita ada masalah dengan penyusuan ni bila starting point nye susah. Maka jadi susah la pengakhirannya. Padahal kalau diikutkan, kalau bayi terjaga tengah malam, mana lebih mudah? Bangun bancuh susu atau terus selak baju dan sambung tidur? You figure it out urself. Hehe.

  • Bayi asyik melekat dengan ibu
Tak benar sama sekali. Memang betul ibu adalah org pertama yg bayi kenal. Sejak dari dalam perut lagi bayi dengar degupan jantung ibunya. Ibunya jugakla yg mengandungkannya 9 bulan kemudian menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari. Memang tak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya Tapi jangka masa 'melekat' dengan ibu sebenarnya amatlah singkat. Mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yg menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

  • Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur
Salah. Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan kerana proses mmamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yg menyusukan bayinya anak menurun secara perlahan-lahan.

  • Susu ibu tidak sesedap susu formula
Salah. Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan 'sedap' mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding hanya 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yg lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yg terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah melalui susu ibu.

  • Susu formula mengandungi pelbagai nutrien
Hehe. Ni pon salah ok. Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yg mewar2kan khasiat dan nutrien yg terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis - Tak tercapai dek akal manusia kan. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yg tidak mungkin dapat ditiru oleh mana2 susu formula di dunia.

  • Payudara kecil, susu kurang
Salah! Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saiz sahaja yg besar disebabkan kapasiti lemak yg tinggi. Haha.

  • Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara
Adoi. Siapa cakap gitu memang kesian kan. Ni pon salah ye tuan2 dan puan2. Jangan takut plak siap panggil misi bgtau ada nanah. Memang betul kolostrum berwarna kuning dan agak pekat, tak menyerupai susu matang yg cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari2 pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali iut sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum bagus sebab mengandungi antibodi yg melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yg paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yg dijual di pasaran adalah estrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

  • Ibu menyusu tidak boleh minum / makan makanan sejuk. Ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Salah jugak. Ibu menyusu malas semua orang sebenarnya perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yg sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yg gemarkan minuman berkafein, ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah, kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepakatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yg perlu mengambil ubat2an tertentu.

  • Susu ibu terlalu cair
Jika susu ibu yg diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah, diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan paling cair paling atas, manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yg diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilik) yg mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yg pekat (kandungan lemak tinggi) yg akan mengenyangkannya. Sebab tu dinasihatkan untuk menyusu di sebelah bahagian dulu sampai bayi kenyang. Barula dapat susu akhir yg lemak berkrim tu!

  • Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Ni pon konsep yg salah. Sebab faktanya, nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yg menyusu dan sesiapa sahaja sebenarnya perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda2 alahan kepada bayi. Maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu2 menyusu lebih rendah berbanding wanita yg tidak menyusu.


Ok, itu antara mitos dan fakta tentang penyusuan. Kalau nak diikutkan, banyak lagi. Cuma tak larat nak menaip. Kira yg ni yg common la. Kredit untuk Moms Choice.

So kepada bakal2 ibu, jangan risau ye. Tetapkan semangat untuk menyusukan anak sampai umur 2 tahun tau. Seronok dapat susukan anak ni. Bonding tu yg mahal. Anak menyusu sekali je seumur hidup. Nanti bila dah tiba masa kita tak diperlukan, sedih i tell u. Hehe.


P/S: Saya masih menyusukan Muslim Wajdi Zidane. Dah 1 tahun 5 bulan. Ada 7 bulan lagi. Semoga saya tabah dan Zidane sentiasa rasa cukup dengan susu saya ni. Gambar bawah ni untuk Zidane sebab Zidane lahir masa 36 minggu. 36 minggu dikira prem. Semoga benarla fakta di bawah ni. Hehe.




Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




No comments:

Post a Comment