Tuesday, 10 December 2013

Kenapa kita kena jadi burung?



Dah elok2 jadi manusia kenapa nak jadi burung pulak? Jangan cuak. Takdela saya nak suruh korang jadi burung. Tapi saya nak kita semua contohi burung. Kenapa? Sebabnya di bawah ni ye.


TAWAKKAL DALAM PERNIAGAAN

Ada satu hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda;


'bertawakallah kepada Allah sebagaimana seekor burung yang keluar di waktu pagi dgn perut lapar & pulang dgn perut kenyang"



TAPI SAYANGNYA, ada yang salah faham konsep tawakal dalam hadis ni....

"takyahla usaha teruk2 sangat.. kalo ada rezeki ada la.. macam burung tu, keluar lapar balik kenyang"

"buat apa nak target2 nak baut semua benda ni.. kalau takde rezeki takde jugak" dan sebagainya

perhatikan betul2

Kenapa Rasulullah bagi contoh BURUNG?

kenapa baginda tak kata unta? unta pun bangun pagi2 lapar, lepas tuan dia bagi makan, kenyangla dia.

PERTAMA, kerana burung CARI makanan dia.

adakah burung2 yg kita tengok tu dalam kelaparan... terbang2 ehhhh ter kenyang pulak. jom balik.

KEDUA, burung keluar DI AWAL WAKTU

pagi2 dia keluar kan. kalau dari istana saya di ni pagi2 dgr bunyi cip cip cip. tengah hari sikit dah takde dah. petang pulak depa balik. burung berpagi2 kuar cari makanan. tak lewat sikit pun.

jadi kita yang bertangguh ni?

KETIGA, burung tahu TUJUAN

biasakan kat sawah pagi kita tengok ada orang2... kita tanya "buat apa ni?" jawab pakcik pesawah "halau burung". kan? burung tahu rezeki dia ada di sawah padi. kalau burung raja udang dia tunggu kat tepi sungai sbb dia makan ikan.

takdenya burung2 tu pegi ntah mana2 kan?

KEEMPAT, burung TAK PATAH BALIK

burung2 yang berhijrah dari negeri sejuk ke panas, atau sebaliknya, tak pernah sampai tgh jalan ehhh patah baliklah, tak larat terbang. uhuhu. mereka teruskan ke tempat pegnhijrahan mereka.

KELIMA, burung memberi manfaat kpd makhluk lain

bila hisap madu, burung kelicap sebenarnya membantu pendebungaan. jadi pokok2 yang dia hinggap tu boleh membiak & berbuah...

so harap semua jelas dgn hadis di atas. bukan saja2 Rasulullah bg contoh BURUNG. kerana istimewanya burung ni. malah dalam kisah Nabi ibrahim, burung kecil bantu nak padamkan api walaupun paruhnya kecil.


Cerita ni saya dapat ketika saya baca macam2 cerita dalam group Shaklee saya. Kalau join Shaklee, dan kalau berada dalam group yg bagus, memang kita akan disajikan dengan cerita2 positif dan motivasi sebegini.

Sebab tu saya terpanggil nak kongsi supaya kita jadi seperti burung. Sebab burung ada banyak nilai positif. 

Jangan hidup tanpa arah tujuan. Malu dengan burung.

Jangan buat kerja separuh jalan. Malu dengan burung. 

Jangan patah semangat dalam pendakian. Malu dengan burung.

Sedangkan Allah dah ciptakan kita sebaik2 kejadian. Malah Allah mintak iblis dan para malaikat untuk sujud pada kita. Nak cerita betapa bagusnya kejadian manusia ni. Kalau kita kalah dengan burung. Malu kan?



Ok, nanti saya sambung cerita ok!

Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment