Friday, 13 December 2013

Enfuselle untuk kulit berminyak

Hai semua!

Last week ke atau last 2 weeks saya ada janji nak buat entri pasal set kecantikan Shaklee Enfuselle tapi untuk kulit berminyak. Masa tu saya buat entri pasal enfuselle set untuk kulit kering. Hari ni baru tercapai hasratku itu. Hehe.

Sebelum cerita pasal set enfuselle tu, elok kiranya kita tengok kenapa sebenarnya kulit berminyak ni? Antara sebab kulit kita berminyak ni adalah:


  • Genetik: Kalau kebanyakan ahli keluarga kita ada wajah berminyak, secara tak langsung kita pon akan dapat kulit berminyak akibat gen.
  • Kosmetik: Penggunaan kosmetik atau produk kecantikan kulit yg tak sesuai pon boleh menyebabkan kulit berminyak. Contoh bila kita yg kulit berminyak ni guna pencuci muka yg cream based atau lotion based, memang la muka kita tambah berminyak. Sebab tu elok kita cek jenis kulit kita sebelum kita beli apa2 produk kecantikan.
  • Faktor musim: Meningkatnya suhu dan kelembapan cuaca boleh menyebabkan penghasilan minyak meningkat.
  • Pengambilan ubat: Ada keadaan di mana kulit muka berminyak dek kerana kesan sampingan pengambilan ubat. Kalau perkara macam ni terjadi, bolehla rujuk kepada doktor yg bg ubat tu.
  • Perubahan hormon: Orang perempuan khususnya mesti ada masalah ni sebab kalau time kita period, hamil atau pon bila hampir menopaus, hormon kita berubah. So, perubahan hormon mungkin jugak menyebabkan penghasilan minyak yg lebih pada kulit muka.
  • Stress: Sebagai tindak balas atau pun respon kepada stress, tubuh kita secara tidak langsung akan menghasilkan minyak yg berlebihan dan buat wajah kita berkilat2.
  • Alat kecantikan: Yg ni bukan merujuk kepada kosmetik macam kat atas tu tapi lebih kepada aksesori yg digunakan macam sikat atau bantal bedak. Bantal bedak yg kita dok tepek2 bedak kat muka guna benda alah tu la. Apa namanya ntah. Pemilihan alat kecantikan yg salah boleh jugak menyebabkan kulit jadi berminyak
  • Tanning: Proses tanning pon ada efek buruk pada kulit. Ni untuk yg bukan islam la. Yg dok pegi tanning centre tu. Sebabnya, walaupun pada awalnya kulit jadi kering selepas ditan, tapi akhirnya kulit mengeluarkan minyak yg berlebihan. Kalau yg memang sunburn sebab dok bawah matahari tu tak masuk dalam ini cerita ok. Ni yg pegi pusat2 tanning mcm kat midvalley tu. Haha.

Tu dia antara punca kulit berminyak.



Kulit berminyak ni sedikit sebanyak menyebabkan self esteem kita low kan. Ye la, mana taknya, kalau duduk berprogram dalam dewan ada air cond pon berminyak apa kes. Tu belum lagi bersukan bawah terik matahari. Kang takut org ingat muka kita ni matahari lain pulak. =P

So dah abis cerita pasal punca kulit berminyak, jom kita cakap pasal set enfuselle ni.


Ok, macam aritu saya cakap, set enfuselle ada 2 jenis kan. 1 untuk kulit kering 1 lagi untuk kulit berminyak. Yang kulit kering saya dah terangkan kat sini. So arini kita cakap2 pasal set kulit berminyak ok!

Kalau untuk kulit berminyak, kita boleh try:

  • Purifying cleansing gel (untuk kulit berminyak elakkan guna pencuci muka yg krim based atau lotion based. Sebab kalau pakai yg macam tu boleh menyebabkan kulit bertambah berminyak. Goreng pon sodap. =P
  • Purifying toner
  • Balancing moisturizer (yg ni dengar khabarnya memang produk laku keras. Saya tak tau sebab saya pakai set utk kulit kering. Hehe)
  • Eye treatment

Purifying Cleansing Gel


Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan2 khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut. 
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yg seimbang
  • Hipoalergenik
Hah. Bukan setakat makan vitamin E. Dalam pencuci muka pon ada vitamin E. Best kan??



Purifying Toner



Purifying toner ni ada 3 tindakan untuk menghentikan kerosakan pro oksida pada kulit. Purifying toner ni merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal. Bukan main buat belasah siap dalam seminggu ok
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip. Betul tu. Sebab kalau tengok kengkadang air kat rumah kita bukan bersih mana. Cuba bila lama tak bukak lepas balik kampung seminggu. Airnya berkarat kan? So cuba bayangkan air tu la yg kita guna untuk cuci muka. Kalau ada penapis air lain cerita. Kalau takde, camna? Guna enfuselle set la jawabnya. Hehe
  • pH yg seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang2 besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik



Balancing moisturizer


Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. Kalau korang nak tau dah namanya balancing moisturizer, makanya walaupon muka berminyak, takdela mengakibatkan bertambah minyak melinang2 gitu. Haha. Kelembapan kulit akan seimbang dengan penggunaan balancing moisturizer ni. Formula yg ringkas, tak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah, bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yg kulit kita perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus dan tak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis2 halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik


Eye Treatment



Eye treatment ni sama je macam dalam set enfuselle untuk kulit kering tu.

Garis2 halus dan kedutan akan tidak ketara kalau kita guna eye treatment ni secara konsisten. Dapat mengurangkan kemunculan garis2 halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu
  • 209% pengurangan garis2 halus pada kulit dalam masa 8 minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu
  • Tona kulit yg kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yg ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar2 oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap

Percayala. Set enfuselle ni setaraf jenama luar negara lain yg mahal2. Yg ni pada saya kira affordable jugakla. Lagi pun bukannya tiap bulan beli pencuci muka ni kan. Sekali beli biarlah yg bagus dan semulajadi.

Sebenarnya kat Shaklee ni ada 1 lagi jenis pencuci muka. Set enfuselle ni sebenarnya untuk kulit2 yg sensitif atau kulit2 yg bermasalah. Set yg 1 lagi tu nutriwhite. Nanti la pulak saya cerita. Sesape yg takde masalah kulit sangat atau kulit tak sensitif, elokla pakai nutriwhite. Kalau nak tau ada pencuci muka nutriwhite tu boleh tahan sampai setahun. Hoho. Jimat mak oii. Kita yg jenis berkira ni bagus sangat la pakai tu. Sebab sekali beli pakai setahun. Nanti saya ceritakan ok!

Ok, nak masuk tido dah. Terbau2 minyak ikan Omega Guard Shaklee. Tadi bagi anak makan sebijik. Dipicitnya. Bau ikan semerbak. Nasib baik tak teruk. Teringat dulu2 masa kecik, bila ayah bg minyak ikan saya cucuk. Baunya ya rabbi. Teruk. Sampai sekarang boleh terbau2. Omega Guard Shaklee bagus. Tak busuk sangat. Bau macam ikan bilis je. Hehe.

Bulan ni promo Omega Guard Shaklee. Beli 6 percuma 1. Harga lagi murah sebab dapat 1 free. Dapat keahlian percuma. Tak payah bayar RM75 untuk jadi ahli. Dapat terus bonus untuk bulan depan. Best2. Jimat sangat!! Nak kurus, nak bijak, nak jaga kesihatan jantung, elok la beli Omega Guard Shaklee time murah ni.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk HARGA ISTIMEWA, TAWARAN HEBAT & KONSULTASI PERCUMA!!

Kalau dapatkan drpd org lain saya tak berani jamin dapat semua ni.

Nak order sendiri? Boleh aje. Order sendiri, tentu puas hati. Boleh klik link di bawah ni ok!!

Saya nak beli set kulit berminyak Enfuselle!!

Saya nak beli set kulit kering Enfuselle!!

Ok semua! Babai!

Regards,

Marina, Ibu Zidane =)






No comments:

Post a Comment