Tuesday, 17 December 2013

12 cara kekal sihat

Ok, hari ni saya nak kongsi 12 cara kekal sihat. Memang betul kalau nak sihat tak terhad kepada 12 cara ni je. Ada 1001 macam atau cara untuk kekal sihat. Kita amik mana yg penting je ok. Info ni pon saya ambil dari majalah Pa&Ma Januari 2014. Advance kan sampai dah siap beli yg tahun 2014 punye. Haha. Ni untuk rujukan mereka yg tak suka beli majalah. Yg suka beli majalah boleh beli sebab dalam tu ada Master Lyna Noh punye segmen. Hehe.

Ok, meh kita tengok 12 cara untuk kekal sihat sepanjang 2014.


Mandi air sejuk




Sempoi je budak ni. Cool. Haha. Ada orang cakap mandi air sejuk ni tak bagus. Tapi hakikatnya, mandi dengan air sejuk tak mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Penulis buku Fight Fatigue: 6 simple steps to maximize your energy, iaitu Mary Ann Bauman cakap dengan mengamalkan mandi air sejuk mampu membantu kita meningkatkan stamina, mengatasi sakit kepala dan mengurangkan rasa sakit dan melancarkan perjalanan darah. Jadi kalau sebelum ni biasa sangat guna hot shower, tukarlah kepada air sejuk. Antara lain, kat bawah ni ada kebaikan mandi air sejuk:

  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Melancarkan aliran darah
  • Mengawal suhu badan
  • Membantu untuk kurus / meningkatkan metabolisme badan
  • Mengurangkan tekanan perasaan
  • Meningkatkan pergerak cecair limpa
  • Menguatkan pernafasan
  • Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan penghasilan hormon
Kalau nak tau lebih lanjut tentang khasiat mandi dengan air sejuk ni, boleh refer sini ok!


Berurut



Heaven tau kalau ada org urut cenggini. Hadoi. Boleh tertido. Tapi kalau pergi urut kat thai massage tu jangan mimpi nak tido ok. Tapi ada jugak yg tertido. Siap berdengkur pon ada. Haha.

Banyak kajian telah dijalankan membuktikan amalan berurut ni dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung yang laju atau tak harmoni. Penurunan ini secara tak langsung dapat menurunkan kadar tekanan yg kita alami. Malah, ini jugak adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan kekebalan tubuh. Disarankan jugak untuk melakukan aktiviti berurut ni sekurang2nya sekali dalam sebulan.

Saya memang tiap bulan berurut. At least sekali. Suka pegi kat arokaya thai massage kat Aeon AU2. Kalau malas, boleh call je akak yg urut masa lepas pantang aritu. Dia datang umah siap mandikan anak sekali tau. Haha. Best2!


Cuci tangan




Kenapa kena cuci tangan? Sebab tangan ni la tempat segala macam kuman berkumpul. Walau kita selalu cuci, hakikatnya kuman sentiasa ada. Membiasakan diri dengan amalan mencuci tangan sebenarnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit yg disebabkan oleh bakteria E-Coli dan Salmonella. Ingat tak kes orang meninggal lepas makan kat kenduri kawin tu? Haaa. Tu ada kaitan dengan Salmonella kalau saya tak salah.

Bukan susah pon. Cuci tangan menggunakan sabun dan air suam selama 20 saat setiap kali. Mudahkan? Pastu kena gosok semua bahagian macam tapak tangan, celah2 jari termasuklah kuku. Sebabnya kuku ni lah tempat kotoran mudah berkumpul. Lepas dah cuci, keringkan dengan tuala atau tisu kering. Jangan guna kain yg lembab atau kotor. Tak guna la basuh tangan betul2 kalau gitu kan?

Tahukah korang 7 steps untuk cuci tangan? Rasa2nya korang amalkan tak? Saya dulu tau sebab dulu saya keje kedai makan. So bila org HQ datang buat audit, selalu la kena tunjuk cara cuci tangan ni haa. Haha. Ni caranya. Boleh jugak google n tengok betul2 cara sebenar cuci tangan ni.




 Tadi cakap pasal kuman kat tangan kan? Ni la dia kuman yg boleh disimpulkan secara ringkas:



Jadi kepada korang yg jarang observe cara basuh tangan ni, mulai hari ni, jom berazam untuk betul2 jaga kesihatan bermula dengan mencuci tangan dengan sempurna. Tak kena bayar pon cuci tangan betul2 kan?


Cuci hidung



Bagi korang yg mengalami masalah sinus atau lebih dikenali sebagai resdung, korang bolehla menyediakan air suam yg dicampurkan sedikit garam. Lepas tu korang sengetkan kepala dan tuang sedikit demi sedikit larutan air garam tu ke dalam lubang hidung sehingga air berkenaan keluar dari lubang hidung sebelahnya. Kalau ikutkan cara ni dah diakui berkesan oleh para penyelidik kat Universiti Michigan. Cer test tengok. =P


Minum air kosong





Yg ni memang penting sangat. Air kosong ni banyak manfaat. Kalau kita minum air dengan cukup, kulit kita sihat. Kan ke kulit ni benteng pertahanan pertama tubuh untuk melawan sebarang jangkitan daripada persekitaran luaran? Sebab tu kena minum air paling kurang 3 liter. Bukan susah sangat pon. Letak je siap2 botol air kat tepi kita. Minum air di kala perut kosong pon sangat bagus. Sebabnye? Boleh refer gambar kat atas ni ok. =) Dan betul, kalau kita minum air pada waktu yg betul, badan kita akan dapat kesan yg positif dan baik dek kerana air sahaja.





Minum air halia

Yg ni memang kegemaran ayah saya. Selain air halia, ayah minat betul dengan air barli. Patutla sihat. Minum air tanpa gula dan berkhasiat. Kalau kita? Mau rasa takleh nak hidup tanpa air bergula kan. Saya suka air kosong. Senang. Takde gula, takde kalori. =)

Halia diperakui sebagai salah satu penawar yg dapat mengatasi masalah penghadaman. Para penyelidik percaya terdapat sejenis bahan yg terkandung di dalam halia dapat melancarkan fungsi usus dan membantu pergerakan makanan melalui saluran pencernaan. Kita boleh pelbagaikan cara menyediakan minuman halia ni. Kalau ayah saya, dia campurkan dalam teh. Jadi la teh halia macam ni haa.


Kalau rasa malas nak bancuh teh kemudian nak rebus halia pulak, senang je. Boleh ambik peppermint ginger Shaklee ni rendam dalam air panas. Jadi la terus teh halia. Segera. No fussy no hussle. Haha. Simple sangat kan? =)



Ambil vitamin c & zat besi

Pakar perubatan selalu menyarankan kita ambil makanan yg mengandungi vitamin c ataupun suplemen vitamin c setiap hari kalau kita ada rasa macam nak selesema. Sama juga halnya dengan pengambilan zat besi. Sebabnya nutrien zat besi mampu bantu kita mencegah serangan virus. Sebab tu la kita kena pastikan kita ambil gabungan kedua2 nutrien ni dalam hidangan makanan harian supaya dapat mengelakkan apa jugak maslaah kesihatan yg berkaitan. 

Kalau rasa susah sangat nak dapatkan nutrien ni daripada makanan, bolehla cuba suplemen. Itu memang fungsi suplemen. Menyempurnakan mana yg kurang. Kalau kat Shaklee, boleh la amik Sustained Release Vita C dengan Vitalea. Dalam vitalea ni ada zat besi jugak. =)

  


Perfect Combo!!


Makan bawang putih


This is my favourite. Serious say. Hehe. Bawang putih ni kalau org lain mungkin kurang gemar. Tapi saya, sukaaaa sangat. Ketepikan soal nafas berbau. Sekarang ni zaman moden. Kalau berbau bawang putih boleh kumur atau berus gigi what. Apa ada hal kan? Hehe.

Kita kena tahu yg bawang putih ni kaya dengan antioksidan. Secara tak langsung, makan bawang putih ni boleh menyebabkan kita dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu melawan masalah keradangan.

Kalau sekadar ambil 1 atau 2 ulas bawang putih setiap hari, takdelah menyebabkan nafas kita berbau. Apatah lagi kalau kita masukkan dalam hidangan makanan harian kita. Jadi apa tunggu lagi? Mulai hari ni, pastikan hidangan makanan seharian kita mengandungi bawang putih yg baik untuk kesihatan.

Kalau malas pon takpe. Boleh ambik Garlic Shaklee. Hehe. Saya ada ceritakan kebaikan bawang putih kat sini pulak! Ni dia garlic kegemaranku!!


Tidur



Ni kegiatan yg memang semua org suka i guess. Mendapat tidur yg berkualiti ala2 bayi selama 8 jam sehari boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Kalau korang nak tau, masalah kurang tidur akan meningkatkan kadar hormon yg menjadi punca perasaan tertekan dan seterusnya melemahkan sistem imunisasi diri. Jelesnya dengan orang yg dapat tidur nyenyak. Sementara ada anak kecik ni terpaksa la kukorbankan keenakan tidur di tengah malam. tapi takde masalah. Kalau anak bangun malam pon tak perlu bangun masak air, bancuh susu dan sebagainya. Selak aje. Diam la dia. Haha. 

Oleh itu, jangan tidur lambat. Tidur awal dan boleh la bangun solat tahajjud dengan mudah. =)


Bersenam



Beruntung pulak mereka yang ada anak kecik dan lasak sebab secara tak langsung ibu ayahnya terpaksa bersenam sama. 

Senaman secara teratur boleh meningkatkan hormon yg menguatkan imunisasi tubuh. Apatah lagi cara untuk mengurangkan tekanan yg mungkin dialami setelah seharian bekerja dan menguruskan rumahtangga.

Kat sini saya kongsi waktu sesuai untuk bersenam. Kredit kepada page ni. Sebab kalau korang nak tau dengan lebih lanjut waktu yg sesuai bolehla baca page tu.

Tapi secara kesimpulannya, setiap waktu yg kita pilih ada pro dan cons nye. Antara waktu yg sesuai untuk kita bersenam:
  • Seawal burung di waktu pagi
Bagusnye bersenam di waktu ni sebab dapat membantu senaman yg konsisten kerana kurangnya gangguan. Tenaga dan juga ketajaman minda akan bertambah untuk melaksanakan tugasan harian. Ia juga meningkatkan metabolisme dalam badan yg membantu membakar kalori di awal pagi.

Tapi, suhu badan kita pada masa ni adalah di tahap rendah. Otot kita masih sejuk dan perlu dipanaskan sebelum bersenam. Kalau kita jenis yg susah bangun pagi memang susahla untuk kita bersenam pagi2 ni.
  • Tengahari atau masa rehat
Masa yg sesuai jugak untuk bersenam sebab suhu badan kita adalah di tahap ideal dan otot kita berada dalam kekuatan yg tinggi. Bersenam waktu ni dapat meningkatkan prestasi senaman dan juga mengurangkan kecederaan disebabkan otot yg sudah dipanaskan melalui aktiviti seharian. Kadar kepenatan jugak lebih rendah dan yg paling penting dapat membantu mengurangkan jumlah makanan yg diambil semasa lunch.

Tapi, kekangan masa akan menyebabkan kita tak dapat lakukan senaman dengan sepenuhnya. Komitmen dan juga gangguan lain sedikit sebanyak mengganggu proses senamam. Paru2 juga tidak berfungsi dengan baik pada waktu tengahari yg akan menjejaskan prestasi aerobik.
  • Petang atau malam
Kebiasaannya suhu badan dan kadar hormon di aras yg tertinggi pada pukul 6 petang. Otot juga menjadi fleksibel dan panas. Paru2 turut berfungsi dengan baik pada waktu ni. Bersenam pada waktu ni dapat mengurangkan stress yg dialami waktu siang hari. Paling penting, bersenam sebelum waktu makan juga adalah langkah bijak untuk kawal kadar makanany yg diambil.

Tapi, bersenam di waktu malam mungkin menyebabkan sesetengah org sukar untuk tidur. Gangguan juga banyak berlaku seperti kekangan masa bersama keluarga dan sebagainya. Gangguan yg berpanjangan akan menyebabkan kita tak selesa dan kurang tumpuan.

Kesimpulannya, kita kena bijak atur masa dan pilih waktu sesuai supaya kita boleh fokus. =)


Ketawa


Ketawa memang bagus untuk kesihatan. Tapi biar berpada. Sebab dalam Islam ketawa pon kena bersederhana. Jangan gembira sangat ok. =)

Ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh dengan cara menurunkan kadar tekanan atau stres yg dihadapi. Selain daripada tu, ketawa juga boleh meredakan ketegangan otot dan meningkatkan pengambilan oksigen yg nyata baik untuk kesihatan kita.

Apa tunggu lagi? Jom ketawa!


Berfikiran positif


Jangan sekadar berfikiran positif. Lebih daripada tu, kita kena buat benda2 positif dan jadi positif sekali. Kajian di barat mendapati bahawa otak berhubung dengan sistem pertahanan tubuh. Bila aktiviti otak penuh dengan sikap positif, ia berupaya menghasilkan antibodi untuk selesema dengan banyak. Macam tu jugak kalau sebaliknya.

Kajian lain pulak mendapati bahawa individu yg ceria menghasilkan antibodi dengan lebih banyak. Sebab tu kalau boleh, bergaullah dengan mereka yg positif. Baca buku motivasi supaya kita dapat tenaga positif. Bila kita positif, kita gembira dan hidup kita teratur. =)



Ni memang best. Betul, takde maknanya nak membalas dendam. Sebab kalau kita balas dendam, kita sama je dengan orang lain. Biar orang sakitkan hati kita, mengata kita atau buat apa sahaja. Allah kan ada?

Penting sekali untuk kita risau apa pandangan Allah pada kita. Pandangan orang jangan pedulikan. =)


Ok, itu semua tips untuk kekal sihat di tahun baru. Seronoknya tahun baru sebab ada banyak benda baru menanti kami sekeluarga. 

Kalau lalu Ipoh, jangan lupa singgah kedai kami kat Ipoh Soho, berhadapan rumah MB. Rajin2 bukak page FB RumahApi ok!!



Boleh makan satay celup, steamboat, bbq dgn grill. Semua korang boleh buat sendiri ok!!

Nak beli suplemen Shaklee pon bole aje.

0163314797 ni nombo saya. 


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)





No comments:

Post a Comment