Tuesday, 31 December 2013

Tips untuk hamil anak lelaki

Salam semua. Hari ni nak kongsi tips untuk hamil anak lelaki. Dah nama pun tips. Tak semestinya boleh dapat terus anak lelaki. Yg penting dah ikhtiar. Kemudian kita serahkan pada DIA ok!!

Kalau refer buku sains form 3 dulu, kita faham yg jantina bayi ni ditentukan oleh kromosom. Kalau XX boleh dapat anak perempuan. Kalau XY dapat anak lelaki. Sperma suami yg akan menentukan sama ada bayi tu jadi lelaki ataupon perempuan. 

Apa dia antara cara dan tips untuk dapatkan anak lelaki?



Comel nye kannnnnn!!!!


Waktu subur isteri

  • Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran dengan waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi time tu. Kalau nak tau time ovulasi boleh refer kat sini.
  • Kita tak digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi tu. Sebabnya kita nak kekalkan jumlah sperma yg tinggi. Seorang lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.

Teknik hubungan intim
  • Salah satu cara untuk dapatkan anak lelaki adalah teknik doggie style. Sebabnya teknik ini membenarkan penis suami lebih dekat dengan serviks dan jarak penjalanan yg lebih pendek membenarkan sperma Y yg agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Sebab tu hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma X.
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.

Pemakanan
  • Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yg masin seperti keropok pon digalakkan.
  • Elakkan makan makanan berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
  • Suami harus minum banyak minuman yg banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubungan seks. Ini untuk merangsang sperma Y yg lebih aktif.

Tahap kealkalian faraj
  • Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali. Kita dicadangkan menukar cecairan faraj kepada beralkali dengan memasukkan cecair bikarbonat yg beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat ni boleh dibeli di farmasi. 

Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami
  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri seharusnya mendapat kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yg boleh merangsang pergerakan sperma Y.

Ok, itula antara tips2 yg boleh diamalkan untuk cuba dapatkan anak lelaki. Pun begitu, tiada jaminan 100% yg kita boleh dapat anak lelaki dengan mencuba cara di atas ni. Ini semua adalah kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak kita. Banyak faktor lain yg turut mempengaruhi dalam menghasilkan jantina anak yg kita inginkan tu. Dan tips2 ni banyak sebenarnya dikongsi oleh blogger lain. Saje kongsikan sekali untuk tatapan bersama. =)

Yang penting, bila anak lahir, anak sihat Tak kisah la jantina apa sekali pun kan!! Besar nanti jadi anak yg soleh dan jadi saham ibu dan ayah di akhirat. Itu yg lagi awla. =)

kredit: baby ibu

Selamat mencuba!

Kalau nak cuba set kesuburan Shaklee boleh roger saya ok!

Ni antara testimoninya.







Siapa tak nak anak kan? Penyeri rumahtangga kan. Sebab tu jom berikhtiar.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tahu mengenai set kesuburan Shaklee ni. Bukan untuk isteri je. Suami punye pon ada sekali. Saya bagi HARGA BEST, TAWARAN ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)





Monday, 30 December 2013

Petua & Tips Hamil Menurut Islam





Hai korang semua. Hari ni saya nak cerita pasal cara untuk cuba hamil mengikut Islam.

Banyak cara sebenarnya dah dikongsi oleh penulis2 blog lain yg diambil dari pakar2 berkenaan ibu ni. Cara tradisional pon dah banyak dikongsi di blog2. Tapi takpela. Kita kongsi lagi. Berkongsi ilmu ni kan bagus.

Kalau diikut tips yg dah diberikan berlambak dalam internet ni, setakat mana keberkesanannya? Ada jugak tips dan petua untuk hamil yg nampak agak meragukan dan tak masuk akal sampai rasa tak tercapai dek akal kita pon ada. Jadi sebagai org yg nak mencuba ni, kita kenala berhati2. Kalau dah baca kena buat kajian dan selidik dulu betul2 sebelum ikut apa yg dicadangkan. Selebihnya serahkan kepada Allah S.W.T. Ini kan sebenarnya kerja DIA. Usaha, redha, tawakkal. Yg tu kerja kita sebagai manusia. Kalau kita pon jenis malas ikhtiar, bila dah ikhtiar komplen pulak lambat itu lambat ini, mengeluh, susahla rezeki tu nak sampai pada kita. Yg ni kena jaga2 ok!

Pendekkan cerita, meh kita tengok apa dia tips dan petua mudah hamil mengikut cara Islam. Tips ni sebenarnya lebih selamat kita nak ikut dan guna sebab semuanya berpandukan ayat2 suci Al-Quran.

Semua orang yg dah kawin mestila nakkan gelaran ibu dan ayah. Siapa tak nak anak kan. Semua org nak ada zuriat. Bezanya cepat atau lambat je. Anak ni ibarat anugerah Allah yg paling berharga. Sebab bila dah ada anak ni la baru kita sedar macam mana berkerja kerasnya mak ayah kita membesarkan kita. Bila dah ada anak, rumah kita berseri2. Tak sunyi. Tapi takpe. Untuk yg takde rezeki anak lagi, percaya satu perkara je. Rezeki anak ni rahsia Allah. DIA lebih tahu apa yg terbaik untuk kita. Sebaik2 perancangan ni adalah perancangan Allah. Betul. Mungkin kita rasa kita dah ready. Padahal DIA lebih tahu. Mungkin bila dah anak, kita tak dapat laksanakan kerja kita. Atau mungkin bila kita dah ada anak, kita ada masalah lain yg kita kena hadapi. Sebab tu la rezeki anak ni Allah bagi sesuai pada masanya. Semua anak ni rezeki kan. Setiap anak ni bila lahir dah tersedia rezeki untuk ibu ayahnya. Jadi jangan risau. Doa banyak2. Dan ikhtiar. =)

Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Syura: 49-50 yang bermaksud:

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yg Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yg Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yg dikehendakiNya) dan Dia menjadikan mandul siapa yg Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Anak adalah rezeki. Untuk mereka yg dah ada rezeki anak lebih awal, bersyukurlah. Tapi dalam masa yg sama jangan lupa, anak2 ini pon ujian Tuhan. Jangan kufur nikmat yg Allah berikan, jangan terlalu bangga dengan kejayaan. Sebab kejayaan itu milik Allah. Dan anak2 ni pon dipinjamkan Allah untuk kita didik, semai jadi anak soleh dan solehah yg bakal jadi saham akhirat kita di akhirat kelak. Anak tercipat bukan dengan kuasa manusia. Jadi kita sebagai hamba kenala berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal.

Anak yg lahir bukan sekadar zuriat dan penyambung warisan. Malah anak sebenarnya bukti kekuasaan Allah. Anak ni la anugerah dari Allah. Amanah kalau kita boleh katakan. Sebab tu dah ada anak, jaga sebaik mungkin. Jangan didera. Allahu. Banyak kes dera sekarang kan. Sampai kita rasa takut dengan kekejaman dunia. Huhu. Ini la dunia yg kita wariskan kepada anak kita.

Doa dan amalan untuk mendapat zuriat

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yg harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang2. Namun, tak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yg lama untuk dapatkan zuriat dan ada juga yg tak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara2 tertentu.

Tapi konsepnya tetap sama Semua perkara yg berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. Sebab tu mereka yg beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan redha dengan segala apa yg terjadi terhadap diri mereka. Tetapi tidaklah bermaksud kita perlu akur dan berserah dengan apa yg terjadi tanpa berusaha bersungguh2 untuk memiliki zuriat.

Meh kita tengok tips dan amalan yg boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yg baik dan soleh. =)

  • Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan membaca ayat 38 surah Ali-Imran yg bermaksud : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yg baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa."

Al-Imam Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria A.S pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah S.W.T. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci Qurban yg diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ni bermaksud anak yg sihat sejahtera dan berakhlak.


  • Bersangka baik dengan Allah S.W.T serta berdoa dengan ayat 89 surah Al-Anbiya' yang bermaksud : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik2 yg mewarisi."
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria A.S untuk memperoleh anak yg baik bagi menyambung zuriatnya. Amakan membaca doa ini bersama doa dalam surah yg pertama tadi untuk mendapatkan zuriat. 

  • Selain itu, berikhtiarlah dengan perkara2 yg dibenarkan syarak.
  • Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.
Bagi ibu yg berjaya hamil, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yg bakal dilahirkan sama ada baik atau sebaliknya.

  • Ikhtiar dengan perubatan moden dan kampung
  • Banyakkan bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan
Setelah banyak berikhtiar dari segi perubatan moden dan tradisional, dan setelah berdoa kepada Allah, maka pasangan suami isteri dinasihatkan untuk bersabar. Perasaan yg tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri kita dan ini akan menyukarkan lagi bagi pasangan untuk memperoleh zuriat.

Di dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Yang paling penting, awali doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat kepada Rasulullah S.A.W. Ketika nak tutup doa pon sama jugak.

  • Sujud selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
Baca Bismillah 1 kali kemudia Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali. Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yg kita hajatkan. Contohnya : "Ya Allah, kurniakanlah kepadaMu  ini zuriat atau anak yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat." Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalan ini baik diamalkan oleh suami dan isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan JANGAN MERASA PUTUS ASA. Sebab Allah tak suka org yg suka berputus asa. Dan Allah tak suka org yg gopoh ketika meminta.

  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah yg Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jima'.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaana adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalali Wal Ikram" sebanyak 11 kali kemudia tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari.

Itu la dia antara petua dan amalan mengikut Islam yg boleh kita amalkan. Mana tau ada rezeki kan. Sebabnya yg Maha Memberi Rezeki ni Allah. Kalau kita nak minta kena minta dengan DIA kan? Dia la kabel paling besar yg kita kena bergantung harap kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat.

Ok, semoga entri kali ni bermanfaat. Esok lusa saya cerita pasal tips nak dapat anak lelaki dengan perempuan pulak ok.

Set kesuburan Shaklee boleh roger2 saya. Mana tau di samping amalan rohani yg kita amalkan, kita boleh amalkan makanan tambahan Shaklee untuk ikhtiar kita. Allah suka hambaNya yg berikhtiar.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk Harga Istimewa. Harga kasih sayang gitu. =)

Ok, ni buah hati pengarang jantung saya.



Gambar ni yg latest version. Hoho.


Semoga korang yg sedang mencuba dikurniakan anak comel dan bijak. Sama comel dan sama bijak macam Muslim Wajdi Zidane saya ni. Insya Allah. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

Kredit : Dr Fuh



Friday, 27 December 2013

Nak kurus : Kurangkan 500 kalori sehari!!




Jangan sedih2 sampai keluarkan statement macam ni. Allah dah cipta kita cantik. Sebaik2 kejadian. Malah cantik tu kan subjektif. =)

Nak kurus kalau dah gemuk bukan mudah kan? Nak jaga makan minum. Nak jaga diet. Semua nak kena jaga. Tapi sebelum ni masa nak gemuk tu bukan main senang. Makan tidur je dah gemuk. Kejap je. Jadi jangan la expect untuk kurus atau turunkan berat dengan mudah. Kalau tau susah nak turunkan berat badan, why get fat at the first place? Hehe. Jangan sampai jadi macam gambar bawah ni sudah.


Jangan sampai weight scale menjerit ok. Hehe. Takpe2. Masih belum terlambat untuk kita sama2 slim melim. Meh saya kongsi 10 cara untuk kurangkan 500 kalori dalam sehari. Sebab kunci untuk kurangkan berat badan hanyala dengan cara mengurangkan pengambilan kalori pada setiap hari. Macam mana nak kurangkan sampai 500 kcal sehari? Jom tengok macam mana.

  • Tap your foot.
Dalam erti kata lain, banyakkan la berjalan. Sebab berjalan kan bagus untuk kesihatan. Cuba banyakkan pergerakan. Berjalan ketika jawab telefon, berjalan masa reply SMS, lakukan banyak pergerakan dengan tangan dan kaki. Pendek kata bergerakla. Kalau nak kurus takkan boleh kurus kalau pemalas. Kalau keje tido je mana nak kurusnya?

  • Jauhkan diri daripada kekacang
Jauhkan diri kita daripada kekacang. Apatah lagi kalau dalam mangkuk besar. Memang tak berenti makan kan? Lagi besar mangkuk kacang tu lagi banyakla potensi kita nak makan. Ni kajian yg dilakukan oleh Universiti Cornell ok. Bukan sekadar cakap2 gitu je. =) Memang betul kekacang ni ada lemak yg baik untuk jantung, tapi jangan lupa yg kekacang ni tinggi kalori! 1 tangan penuh dengan oil roasted mixed nuts ada 175 kalori. 3 genggam penuh tangan dah ada 525 kalori. Cuba jangan makan kacang dan kita dah jimat lebih dari 500 kalori. Kalau tak dapat tahan diri daripada kekacang, makan la kacang cerdik atau pun pistachios. 2 genggaman penuh tangan kita hanya 159 kalori dan kulit kacang cerdik ni boleh menghalang kita makan kacang dengan laju. Ye la, kena kopek kulit kan leceh sikit. Takdela sedap belasah kacang. Hehe.

  • Jangan makan di hadapan televisyen
Ni memang betul. Kalau makan depan televisyen, maka lagi bersungguh kita makan. Tengok pulak cerita best2. Siap berpinggan tambah pon tak sedar. Makan di hadapan televisyen menyebabkan kita berpotensi untuk makan 288 kalori lebih daripada makan di meja makan. Ni kajian daripada University of Massachusetts. Jadi seeloknya, makan di meja makan, dan ubah 1 jam masa menonton televisyen kepada 1 jam berjalan2 di luar rumah atau dalam rumah. Dengan cara ni, 527 kalori boleh dikurangkan dan dibakar.

  • Hadkan topping salad
Salad kan sihat? Memang betul makan salad ni bagus. Tapi topping atas salad tu yg kita kena hati2. Gravy nya tu mak aih. Sedap lemak berkrim i tell u. Caesar salad misalnya, saya suka sos caesar yg masam2 tu. Hehe. Thousand island pon best jugak. Sebab tu kalau kita kurangkan pengambilan topping salad ni, kita dapat kurangkan sehingga 500 kalori dan lebih. Cuba hadkan dressing tu kepada 1 jenis je. Dan kurangkan topping sekali. Tak perlu la kruton tiap kali makan salad. Kan bagus kalau camtu? Kalau nak pelbagaikan topping salad tu bole la amik benda yg lebih berkhasiat macam lada benggala panggang, bawang yg dah digril atau cendawan. Kemudian dressing tu pulak, cuba guna separuh je. Hehe. Kalau tak, salad biasa akan mempunyai lebih banyak kalori daripada lasagna atau fettucine alfredo, cheese crumbles, kacang karamel, avocado dan buah buahan kering.

  • Gunakan pinggan bersaiz kecil
Ok, ni permainan minda namanya. Kalau sebelum ni kita guna pinggan 12 inci, kita guna pula pinggan 10 inci. Kita akan makan kurang 20%-25% daripada biasa. Dan memang betul, kita takkan rasa lapar sebab minda kita disuap dengan imej yg makanan di atas pinggan tu dah cukup untuk kita.

  • Kurangkan whipped cream
Memang sedap. Lagi2 kalau makan dengan desert. Ice blended yg ada whipped cream pon best sangat. Tapi tu la, kalau nak turunkan berat badan, paling tidak kena kurangkan ambil krim ni. Lagi bagus kalau tak makan langsung. Sebab dessert  ni boleh ada sehingga 670 kalori. Kslori rasa craving whipped cream sangat pon, cuba ambil whipped cream dengan espresso yg jumlah kalorinya ada la dalam 30. Jimat 640 kalori dah kat situ kan!!

  • Count your chips n crackers (Tengok jajan korang ok)
Cuba jangan makan jajan atau snacks dari dalam plastik yg besar atau kotak atau tupperware atau apa saje bekas yg besar sbb possibility kita untuk makan banyak tu memang besar. Mungkin bole abis 1 beg plastik atau 1 bekas. Haha. Dapat pulak tengok depan tv. Mmg syok la kan. Kalau makan chips, ambil 15 keping je. Dalam 140 kalori. Kira ok la untuk lepaskan teringin.

  • Serve & sit
Kaedahnya macam ni, ambil pinggan, ambil makanan dan kemudian duduk di meja makan. Kalau macam ni potensi untuk makan banyak sebab lauk pauk banyak terhidang depan mata ni kurang. Hehe. Kalau macam ni beratus2 kalori dapat dikurangkan dalam sehari. 

  • Kurangkan makan pasta
Kadang2 tekak ni teringin jugak nak makan pasta kan. Tapi kalau nak kurangkan berat badan, pasta la antara makanan yg kita kena kurangkan. 1 mangkuk pasta selalunya 220 kalori. Tapi kalau menu dinner biasa di restoran selalunya 480% lebih besar daripada 1 mangkuk tadi. Maksudnya dah lebih kurang 1056 kalori kat situ. Kalau kita makan 2 mangkuk mee pon baru 616 kalori. Nampak bahaya pasta di restoran camna?

  • Limit your dinner guests
Haha. Nak tergelak pon ada. Kenapa kena kurangkan tetamu time dinner ni? Bukan tak bole ajak kengkawan datang dinner sekali. Tapi kalau kita makan dengan 7 orang tetamu atau lebih, maka kita boleh makan 96% lebih daripada biasa. See. Fakta penting ni. Sebab bila makan ramai2 ni seronok. Bila berborak lupa dah berapa kali tambah makanan. Jadi kurangkan makan dengan ramai orang. Boleh save sehingga 500 kalori kalau camni haa. Hehe.


Ok, tu antara cara nak kurangkan pengambilan kalori dalam sehari. Hehe. Banyak lagi sebenarnya. Nanti kalau rajin saya kongsi ye.

Pendek kata kalau nak kurus memang kena cek pengambilan kalori. Mula2 cek berapa keperluan kalori kita mengikut berat badan dan umur kita. Lepas dah cek, kira kalori yg kita ambil setiap hari. Kalau boleh bakar lebih banyak kalori daripada kalori yg kita ambil. Kalau kalori yg dibakar lebih banyak, maka boleh la kita kurus. Tapi kalau kalori yg kita kumpul walau pon 10 kalori sehari, at the end of the month dah jadi 300 kalori. Camno nak kurus kalo camtu. Sikit2 lama2 jadi bukit. Sikit2 lama2 jadi sempit. Hehe

Oh ye, kalau nak boost metabolisme dalam badan kita supaya lebih aktif dan kencang, boleh ambil Omega Guard Shaklee. Dah la promo bulan ni kan. Bagus sangat sebab dapat meningkatkan metabolisme dalam badan kita. 


Atau kalau nak lagi gempak, bole amik cinch tea shaklee. Memang terus berpeluh2 bertenaga.



Ingat konsep 3B dalam Shaklee. Bakar, Buang, Bina otot. Penting sangat ni. Sebab nak turunkan badan ni lagi susah sebenarnya. Kena disiplin dan konsisten. =)

Ni set 3B Shaklee:




Jimat baaaanyak dengan set 3B ni sebab ada yg boleh tahan sehingga 4 bulan. Takdela tiap bulan nak kena keluarkan duit beli set kurus. Hehe.

Nak cuba? 

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 ok!! Saya bagi HARGA HEBAT, TAWARAN MENARIK & KONSULTASI PERCUMA. Untuk yg beli dengan saya je la. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)



Thursday, 26 December 2013

Sihat itu mahal

Ok, arini saya nak kongsi sikit apa yg saya baca dari majalah iSIHAT edisi Januari 2014. Skang dah rajin baca majalah ni. Teringat dulu masa nak kawin sibuk beli majalah pengantin, dah ada anak ni dok beli majalah Pama. Ni skang tambah satu lg majalah wajib beli setiap bulan. Bagus info2 dalam majalah ni sebenarnya.

Dalam edisi kali ni, ada menceritakan pasal kos sihat meningkat.

Apa yg dimaksudkan kos sihat meningkat tu? Macam yg kita sedia maklum, harga makanan sebenar atau real food ni dah jadi agak mahal. Lagi2 makanan segar. Yg organik lebih lagi la kan.

Cuba bandingkan, harga sekotak susu dengan harga sebungkus makanan ringan. Atau harga sebiji tembikai dengan sebungkus biskut. Hakikatnya harga makanan sebenar adalah mahal. Bukan kat Malaysia je. Kat seluruh dunia camtu. Masalah global ni. Hehe.

Tapi kalau ikutkan nota editor majalah ni cakap, kesimpulannya mudah je. Harga sebuah pelaburan. Memilih dan membeli makanan bermutu dan berkhasiat ibarat melabur. Pulangan yg baik sudah pasti memerlukan pelaburan yg tinggi. Prinsip ni bukan untuk permakanan semata, tapi untuk apa saja. Kalau kita inginkan sesuatu hasil yg baik, maka kita perlu berkorban. Betul jugak kan?

Editor majalah terus menghuraikan yg kalau kita nak jaya, kita kena perlu berusaha bermati-matian. Tanyalah mana2 jutawan. Adakah dengan bersenang lenang mereka mampu mengecap kekayaan. Bila fikir balik, lagi betul. Sebab tu jangan percaya dengan skim cepat kaya. Mana ada org dok goyang kaki boleh jadi kaya? Kalau betul ada, sama ada diorg dah kaya dan cuma kena maintain je atau sumthing fishy is happening. Hehe. Shaklee pon gitu. Takde maknanya nak jadi kaya tapi dok goyang kaki semata. Cepat dengan lambat je kalau dah usaha. =)

Jadi, dalam aspek penjagaan kesihatan, sama jugakla. Kita kena berkorban. berkorban nafsu dengan memilih sihat. Berkorban daripada aspek kewangan untuk beli suplemen kesihatan. Dan kalau kurang berkemampuan, kita kena berkorban masa dengan mencari ilmu bagi membolehkan kita memilih vitamin yg sama tetapi daripada sumber yg lebih murah. =)

Perbelanjaan untuk kesihatan tak akan dapat dilihat dalam bentuk material. Tapi sangatlah beruntung bagi mereka yg melaburkan duit untuk kesihatan. Kalau tak percaya, tanyalah pada yg diuji dengan penyakit. Mesti diorg sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kekal sihat.


Betul kan? Kalau kita rasa SIHAT ITU MAHAL, cuba la try untuk sakit. Sanggup tak? Sedangkan Allah bagi demam sket pon dah banyak mengeluh. Padahal sakit tu kifarah dosa kan. Hehe. 

Memang betul suplemen berkos tinggi. Tapi memandangkan corak pemakanan kita sekarang yg selalu makan luar dan pengambilan makanan proses yg berlebihan, kita memang digalakkan untuk ambil suplemen sebagai pengganti zat dan nutrien yg tidak kita perolehi daripada makanan. Contohnya bagi kita yg sibuk bekerja, melainkan kalau kita boleh gerenti dan jamin kita dapat nutrien yg cukup daripada makanan. 

Contoh paling mudah, vitamin C misalnya. Kalau kita basuh sesuatu makanan dengan sumber vitamin c berulang kali, dan terdedah kepada udara atau cahaya matahari untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan ia mudah teroksida. Ditambah pulak dengan proses memasak menyebabkan kita kehilangan nutrien tersebut. Sebab tu la dengan adanya pengambilan multivitamin dan multi mineral kita dapat kembali nutrien yg diperlukan oleh tubuh.

Sebab tu la pengambilan suplemen tu dah jadi penting dalam hidup kita seharian.

Memang betul sihat tu mahal. Tapi bagusnya melabur untuk kesihatan sebab bila kesihatan kita bertambah kualitinya, maka kita dapat hidup bahagia dan sihat dan jangka hayat mungkin bertambah. Dengan izin Allah. =)

Jadi, cekla makanan yg kita amik setiap hari. Dan kalau ada terfikir nak amik suplemen, renung2kan kata2 kat bawah ni.


Kalau kita ubah cara hidup kita dengan makan makanan yg sihat dan ambil suplemen sebagai makanan tambahan, maka kita akan UBAH hidup kita selama-lamanya. Oh yes! Dan kalau kita ubah JENAMA yg kita ambil pon, kita ubah hidup kita sekaligus!

Ok2. Kalau ada yg minat nak tambah nilai dan kualiti dalam kesihatan diri sendiri, keluarga dan org di sekeliling, meh roger saya. Shaklee dah lebih 50 tahun. Dah terbukti berkesan dan bagus untuk kesihatan. Shaklee bukan produk bermusim yang baru glamer tiba2. Shaklee ibarat baju kurung. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hehe.



PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tanya semua pasal Shaklee ok!!



Regards, 

Marina, Ibu Zidane =)

Wednesday, 25 December 2013

Rawat sembelit dengan Herblax Shaklee



Tahukah anda kanser usus merupakan pembunuh senyap? Menurut majalah iSIHAT edisi Januari 2014, kanser usus adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3500 kes baru setahun. Ngerinya.

Kalau nak tahu jugak, kalau kita ada masalah sembelit tapi kita tak atasi atau kita pandang mudah je, sembelit ni boleh menjadi punca segala penyakit. Kan dah tau perut ni rumah segala penyakit. Kalau perut kita tak sihat, maka penyakit pon akan datang. Sebabnya najis dalam bentuk pepejal akan melekat pada dinding usus besar terutamanya sekiranya kita kerap mengalami sembelit. Lama kelamaan berlakulah tindak balas dengan sel2 pada dinding usus besar. Dinding usus besar menjadi berasid, pecah kemudian mutasi akan berlaku. Maka terjadilah inflamasi yg seterusnya akan menjadi masalah polop, bowel pocket/ divertikula, balloon colon, colitis dan akhirnya kanser. Nak tengok gambar? Ni bawah ni gambar masalah usus.


Nak tengok perbandingan usus bersih dengan usus kotor? Meh tengok kat bawah ni haa.



Tak rela nak tengok tapi terpaksa tengok. Huhu. Takut. 

Macam mana kita nak atasi masalah ni? Mudah je sebenarnya. Lakukan la detoks kolon. Usus besar atau kolon yg sihat perlu mempunyai nisbah bakteria baik sebanyak 85% dan bakteria jahat sebanyak 15%. Kalau kita selalu mengalami sembelit, bermakna kandungan bakteria jahat lebih banyak daripada yg baik. Maksudnya kat sini, bila selalu berlaku sembelit, salur pencernaan kita tak sihat. Macam mana boleh jadi pulak bakteria jahat lagi banyak daripada bakteria baik? Sebabnya kadar toksin yg tinggi sama ada daripada makanan dan ubat2an macam antibiotik misalnya antara punca yg menyumbang kepada musnahnya bakteria baik dalam usus. Cuba banyangkan arini kita pergi makan kenduri dan open house. Dari pagi sampai malam. Tapi esoknya, kita takde membuang air besar. Masuk hari kedua pon tak membuang. Kan nampak masalahnya kat situ. Ke mana perginya makanan yg kita makan tu kalau tak membuang kan? Bahaya sungguh.

Cara paling mudah untuk bersihkan kolon ni ialah dengan cara pengambilan serat yg lebih daripada sayur dan buah serta minum lebih air.

Nak cara Shaklee?

Boleh cuba Herblax Shaklee. Hehe.



Bagusnya herblax ni sebab dapat merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut. Bila proses pembersihan usus dapat dilakukan dengan baik setiap hari, takdelah masalah usus lagi. Dan potensi untuk terkena kanser usus pon berkurangan. Hari2 membuang, perut pon kempis. =)

Sebab tu jangan pandang remeh kalau ada sembelit. Takut nanti dari sembelit terus jadi buasir. Detoks kolon penting sangat sebab makanan yg kita makan kebanyakannya bertoksik. Semua orang perlu detoks. Cuba perhatikan masa untuk buang air besar. Kalau normal, takkan lebih 10 minit. Kalau ambil masa sehingga 30 minit hingga 45 minit, maknanya kita ada sembelit. Kalau ada sembelit maksudnya kolon tak sihat. 

Meh cuba Herblax. Dulu hampir setahun herblax xde sebab Shaklee tak jumpa raw material yg up to their standard. Skang dah ada kembali. Takut2 nanti habis stok pulak. Sebotol boleh tahan sehingga 4 bulan tau!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




Tuesday, 24 December 2013

Mitos & Fakta penyusuan

Semalam dah cerita pasal diet ibu menyusu kan? Kita dah cerita apa keperluan dan apa yg ibu2 menyusu kena lakukan untuk pastikan ibu menyusu sihat dan anak2 gembira sebab dapat supply susu yg mencukupi.

As promised, arini saya nak cerita pasal mitos dan fakta tentang penyusuan. Banyak mitos yg ada kan. So jom kita cekidaut betul ke tidak sesuatu perkara tu.


  • Susu saya tak cukup untuk anak. Susu saya sikit.
Ok, ni antara mitos yg ramai sangat percaya. Ada yg cakap susu kita tak cukup anak kita. Kita ni keturunan takde susu sangat la. etc etc. This is not true. Majoriti ibu menyusu menghasilkan susu yg mencukupi untuk anak kita. Kadang2 ada baby yg gain weight too slow atau mungkin kehilangan berat badan mereka bukan sebab ibu2 tak cukup susu. Sebab yg sebenarnya pulak adalah baby tersebut tak dapat susu yg ibu2 diorg ada disebabkan kelemahan 'latch' atau positioning baby yg salah ketika menyusu. Sebab tu penting utk ibu2 kalau kat hospital, once delivered, tanyala pada misi2 cara menyusu dan kedudukan bayi yg betul. Jangan tak tanya especially 1st time mummy ni. Jangan segan misi dok tengok n belek cik B kita. Dia nak mengajar je sebenarnya. 


  • Proses penyusuan itu menyakitkan.
Ini pon salah. Mungkin 1st few days tu kita rasa sakit sket, tp this shud be temporary. Kalau ada jugak sakit lebih dari seminggu selalunya disebabkan baby latching on dengan cara salah. Kalau la sakit lebih daripada 7 hari, jangan ignore. Sebab kita takut ada jangkitan pada puting. Mengurangkan sesi penyusuan pon takkan mengurangkan kesakitan. At least even sakit, kena pam jugak sebab takut nanti bengkak susu. N yes, taking the baby off the breast for the nipples to heal should be a LAST RESORT ONLY! Jangan bagi alasan ok!

  • Susu tak cukup untuk 3 - 4 jam selepas melahirkan.
Salah jugak! Sebab utama masih disebabkan posisi anak ketika latch tu salah. Sebab tu baby xdapat susu yg ada. Practice makes perfect. Jangan kecewa. Cuba latch dengan cara yg betul supaya baby boleh dapat susu. Kadang2 anak menangis macam lapar walaupon lepas 2 jam menempek kat kita. Padahal sebenarnya, kita tak latch anak betul2. By not latching well, baby x dapat susu awal ibu yg kita panggil sbg kolostrum. Ingat! Betulkan posisi masa menyusu. Itu kuncinya. =)

  • Baby perlu menyusu 20 minit pada setiap breast
Ni pon salah. Sebab bila baby dah betul2 menyusu dalam 15-20 minit di sebelah kanan, jarang sekali anak nak menyusu sampai 20 minit di sebelah kiri. Selalunye sebelah je dah cukup. Sebelah lagi sila la pam ok. So not necessary nak bagi anak susu dua2 belah. Takde rule gitu pon sebenarnye. 

  • Baby yg menyusu perlukan air masak lebih di waktu cuaca panas
Salah! Susu ibu dah cukup dengan air yg baby perlukan. Tak perlu nak bagi air masak plak. Konon nanti anak dahaga atau panas.

  • Puting ibu perlu selalu dicuci sebelum menyusukan bayi
Salah! Kalau menyusukan bayi guna susu formula memangla memerlukan penjagaan rapi dari segi kebersihan sebab susu formula tak dapat menghalang bayi daripada terkena jangkitan malah merupakan tempat pembiakan bakteria yg paling baik dan mudah tercemar. Susu ibu pulak melindungi bayi dari apa juga infection. Membasuh puting sebelum menyusukan boleh mengakibatkan proses penyusuan ibu itu menjadi complicated dan membasuh semua minyak pelindung yg ada di puting. Puting ibu kan bersifat antibakteria. Lagi pun ada satu bau semulajadi yg digemari oleh bayi. Sebab tu la tak perlu cuci setiap kali nak menyusukan bayi.

  • Mengepam susu adalah cara yg baik untuk menilai kuantiti susu ibu.
Ini pon salah. Sebab tu ibu2 yg menyusu jangan stress kalau susu yg dipam sikit. Banyak faktor yg mempengaruhi jumlah susu yg kita pam termasuk faktor tahap stress ibu tu. Bayi yg menyusu dengan baik boleh dapat susu yg lebih banyak melalui penyusuan direct daripada susu yg dipam. Mengepam hanya dapat beritahu berapa banyak susu yg kita dapat pam. Tapi tak dapat menceritakan berapa banyak susu yg dapat kita hasilkan. Ingat tu!

  • Susu ibu tak mempunyai iron yg cukup untuk keperluan bayi. 
Salah! Susu ibu dah mempunyai iron yg cukup untuk keperluan bayi. Kalau bayi tu lahir cukup bulan, maka bayi tu boleh dapat cukup zat besi dari susu ibu sekurang2nya untuk 6 bulan yg pertama. Susu formula mempunyai kandungan zat besi yg terlalu banyak, tapi kandungan ni mungkin perlu untuk memastikan bayi menyerap cukup zat besi untuk mengelakkan kekurangan zat besi. Zat besi di dalam formula walaupun banyak tapi serapannya kurang dan bila bayi membuang air besar, kebanyakan zat besi tersebut akan ikut keluar. Secara umumnya, tak perlu nak tambah makanan lain selain susu ibu sebelum bayi berusia 6 bulan.

  • Menyusukan dengan botol susu lebih mudah daripada menyusu badan.
Haha. Ni nak tergelak sebab dah sah2 salah. Sebab selalunya kita ada masalah dengan penyusuan ni bila starting point nye susah. Maka jadi susah la pengakhirannya. Padahal kalau diikutkan, kalau bayi terjaga tengah malam, mana lebih mudah? Bangun bancuh susu atau terus selak baju dan sambung tidur? You figure it out urself. Hehe.

  • Bayi asyik melekat dengan ibu
Tak benar sama sekali. Memang betul ibu adalah org pertama yg bayi kenal. Sejak dari dalam perut lagi bayi dengar degupan jantung ibunya. Ibunya jugakla yg mengandungkannya 9 bulan kemudian menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari. Memang tak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya Tapi jangka masa 'melekat' dengan ibu sebenarnya amatlah singkat. Mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yg menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

  • Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur
Salah. Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan kerana proses mmamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yg menyusukan bayinya anak menurun secara perlahan-lahan.

  • Susu ibu tidak sesedap susu formula
Salah. Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan 'sedap' mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding hanya 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yg lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yg terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah melalui susu ibu.

  • Susu formula mengandungi pelbagai nutrien
Hehe. Ni pon salah ok. Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yg mewar2kan khasiat dan nutrien yg terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis - Tak tercapai dek akal manusia kan. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yg tidak mungkin dapat ditiru oleh mana2 susu formula di dunia.

  • Payudara kecil, susu kurang
Salah! Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saiz sahaja yg besar disebabkan kapasiti lemak yg tinggi. Haha.

  • Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara
Adoi. Siapa cakap gitu memang kesian kan. Ni pon salah ye tuan2 dan puan2. Jangan takut plak siap panggil misi bgtau ada nanah. Memang betul kolostrum berwarna kuning dan agak pekat, tak menyerupai susu matang yg cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari2 pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali iut sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum bagus sebab mengandungi antibodi yg melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yg paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yg dijual di pasaran adalah estrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

  • Ibu menyusu tidak boleh minum / makan makanan sejuk. Ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Salah jugak. Ibu menyusu malas semua orang sebenarnya perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yg sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yg gemarkan minuman berkafein, ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah, kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepakatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yg perlu mengambil ubat2an tertentu.

  • Susu ibu terlalu cair
Jika susu ibu yg diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah, diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan paling cair paling atas, manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yg diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilik) yg mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yg pekat (kandungan lemak tinggi) yg akan mengenyangkannya. Sebab tu dinasihatkan untuk menyusu di sebelah bahagian dulu sampai bayi kenyang. Barula dapat susu akhir yg lemak berkrim tu!

  • Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Ni pon konsep yg salah. Sebab faktanya, nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yg menyusu dan sesiapa sahaja sebenarnya perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda2 alahan kepada bayi. Maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu2 menyusu lebih rendah berbanding wanita yg tidak menyusu.


Ok, itu antara mitos dan fakta tentang penyusuan. Kalau nak diikutkan, banyak lagi. Cuma tak larat nak menaip. Kira yg ni yg common la. Kredit untuk Moms Choice.

So kepada bakal2 ibu, jangan risau ye. Tetapkan semangat untuk menyusukan anak sampai umur 2 tahun tau. Seronok dapat susukan anak ni. Bonding tu yg mahal. Anak menyusu sekali je seumur hidup. Nanti bila dah tiba masa kita tak diperlukan, sedih i tell u. Hehe.


P/S: Saya masih menyusukan Muslim Wajdi Zidane. Dah 1 tahun 5 bulan. Ada 7 bulan lagi. Semoga saya tabah dan Zidane sentiasa rasa cukup dengan susu saya ni. Gambar bawah ni untuk Zidane sebab Zidane lahir masa 36 minggu. 36 minggu dikira prem. Semoga benarla fakta di bawah ni. Hehe.




Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




Monday, 23 December 2013

Diet khas ibu menyusu

Hai. Dah 2 hari cuti rasa ketagih je nak menulis. Hehe. Mula la memikir apa entri yg kita nak sembangkan kali ni. Semalam ada isteri kepada kawan yg bertanyakan set menyusu Shaklee. Tetiba terfikir nak cerita pasal diet ibu menyusu ni.

Penting sangat sebab once kita dah pilih nak menyusukan anak kita sehingga 2 tahun, maka keperluan pemakanan kita bertambah. Pernah tak dalam dilema? Nak menyusukan bayi tapi dalam masa yg sama nak badan slim. Maklumla, orang cakap kalau menyusukan anak ni body tak cantik. Sape cakap? Nak tau apa dia mitos tentang penyusuan? Esok la kita cakap pasal myths of breasfeeding ni. Arini fokus diet ok. Hehe. =)


Apa yg kita dan bayi kita perlukan semasa menyusu?

Sesetengah kalori yg diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Ingat kita membesar saje2 je? Haha. Selain bawak baby dalam perut, kita bawak sekali simpanan lemak yg memang penting untuk menyusukan anak nanti. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan sebelum kehamilan kita untuk berikan tenaga yg cukup untuk membekalkan keperluan bayi kita yg sedang membesar. Jadi jangan risau kalau kita asyik rasa lapar. Sebab kita sebenarnya perlukan kalori lebih untuk susukan anak. 

Bila dah wean off nanti atau bercerai susu ikut istilah org melayu, maka keperluan kalori kita akan kembali ke tahap sebelum kehamilan atau kita boleh cek sendiri berapa kalori yg kita perlukan mengikut berat badan kita. Kalau nak kurus cepat, kalori yg dibakar kena la lebih daripada kalori yg kita ambil. Kalau tiap ari kita simpan 10 kalori sekalipun kalau dah 30 hari dah jadi 300. So macam mana nak kurus. Ye tak?


Apa yg perlu kita makan semasa menyusukan anak?

  • Diet yg sihat
Kita kena anggap penyusuan badan ni sebagai motivasi berterusan untuk kita ikut diet yg sihat sepertimana yg kita ikut masa kita pregnant dulu. Fokus kepada pengambilan bijirin penuh macam nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayuran segar dan makanan yg banyak memberikan protein, kalsium, zat besi. Nak makan jaja sekali sekala atau snacks mengarut sekali sekala boleh je. Pilih cheat day kita kemudian makanla jajan dengan pantauan. Haha.

Kalau boleh pilih snack yg berkhasiat macam yogurt, kacang2, telur dan sandwich yg diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik kalau kita hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yg disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. Lemak berkrim ni faham2 aje la. =)

Dalam sesetengah komuniti, mungkin ada pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk jangka masa tertentu atau masa 44 hari lepas bersalin. Walau bagaimanapun, pakar2 perubatan tetap mengatakan kita tak perlu menghadkan diet kita kecuali kalau bayi kita ada tanda2 sensitif selepas menyusu. Sebab tu dalam kaedah perubatan, tiada istilah "pantang kepada makanan so and so" sebab setiap makanan ada khasiat yg tersendiri. =)

  • Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu
Ok, ni memang semua tau kan. Sedangkan badan org biasa pon perlu 8 gelas sehari atau 3 liter minimum. Kalau ikutkan setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air. Maka kira la sendiri keperluan air kita. Untuk ibu menyusukan anak ni pulak, kita kena pastikan yg kita minum banyak air. 8 hingga 12 gelas air sehari misalnya. Komposisi susu ibu tu sendiri terdiri daripada air dan lemak kan. Jadi kena la minum air cukup. Kalau tak cukup, maka akan terjejasla bekalan susu kita. Kalau nak variasikan minuman kita, pilihlah jus buah-buahan atau sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Kalau kita minum semua ni, dapat membantu badan kita menghasilkan susu yg diperlukan oleh baby.

  • Berjaga2 dengan apa yg kita makan dan minum
Kita kena ingat bahan macam kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke dalam susu badan kita, jadi kita kena mengelak memakannya dengan berlebihan. Nikotin dan rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan kita dan perlu dielakkan. Sebab tu kalau demam misalnya, kalau kita ke klinik, kita kena maklumkan kepada doktor yg kita sedang menyusukan anak. Doktor kita bolehla nasihatkan kita mengenai kesesuaian ubat tertentu bagi rawatan.

Kita boleh mengetahui kalau anak kita sensitif kepada sesuatu yg kita makan atau minum sebab dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tak boleh ditenangkan atau tak tidur lena. Kalau baby kita alah kepada sesuatu yg kita makan, kita boleh cek reaksi pada kulitnya ruam atau gatal2, melalui pernafasannya bunyi seperti susah bernafas atau dalam najisnya sama ada warna hijau atau bermukus. Kalau ada tanda2 macam ni, hubungi pakar pediatrik kita untuk nasihat lanjut.

Sesetengah daripad akita tahu yg makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi kita. Jadi proses mencuba adalah cara terbaik sebab makanan yg merangsang keadaan tak selesa berbeza dari satu baby ke baby yg lain. Kalau kita boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa masalah kepada baby, makan je la. Sebagai 1 peringatan kepada kita semua, beberapa punca kolik atau kembung pada baby adalah brokoli, kubis, bawang dan kubis brussels. 

Alhamdulillah, masa saya bersalinkan zidane, masa berpantang tu, takde masalah sangat dengan makanan2 ni. Tapi biasalah. Adat org melayu ni kan. Kena jaga jugak. Kalau tak ada la yg membebel. Huhu.

  • Dapatkan zat besi yg banyak
Kalau kita ambil vitamin tambahan semasa kita hamil, mungkin kita tak perlu ambil lagi selepas kelahiran baby. Tapi, kita perlukan zat besi tambahan. 

Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi kita semasa tahun2 subur kita. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga untuk dapatkan nasihat. Kalau kita terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah yg itu tak dapat menggantikan habit permakanan yg tak baik. 

Maksudnye, walau kita ambil suplemen, jangan ingat kita boleh melantak belasah je makan apa yg kita nak. Suplemen tak menghalalkan tabiat permakanan buruk kita ok. Kita kena usaha untuk ambil diet yg seimbang dan pelbagai.


Nak diet semasa menyusu

Mudah je sebenarnya. kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yg rendah lemak dan senaman ringan. Penurunan berat badan yg cepat akan membahayakan baby sebab mungkin ini membebaskan toksin yg selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah. Justeru, meningkatkan jumlah pencemar yg akan masuk ke dalam susu badan kita.

Lagipun, penyusuan juga membantu membakar lemak yg terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yg menyusukan anak membakar lebih banyak kalori daripada ibu yg tak menyusukan anak. Maknanya, wanita yg menyusukan anak boleh turun berat badan setengah kilogram sebulan hanya kerana penggunaan tenaga yg diperlukan untuk menghasilkan anak. 

So siapa kata kalau menyusukan anak body tak cantik? Korang salah ok!! Turun berat badan dengan cara berbaring masa menyusukan anak. Heaven kan!!

Tapi.... Ada tapinya. dalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat sebelum kehamilan. Kalau kita mahu kurangkan pengambilan makanan kita, tunggu sehingga sekurang2nya 6 minggu selepas kelahiran baby. Menghadkan pengambilan makanan kita pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu kita.

Lepas tu nanti mula komplen susu kurang walaupun makan suplemen. Tapi sebenarnya salah kita jugak. Hehe.

Kredit: Baby Center

Korang ibu2 yg menyusukan ke? Nak try set Shaklee? Meh roger saya. Suplemen Shaklee bukan la magic yg boleh membanyakkan susu dan mempercepatkan penghasilan susu. Takdelah sekali makan suplemen shaklee memancut2 keluar. Exaggeration je semua tu. Hehe.

Tapi suplemen Shaklee untuk ibu menyusu ni bagus sebab boleh cukupkan nutrien yg kurang. Mana yg kurang kita tampung balik dengan suplemen. Bila makan suplemen, ikut tips penyusuan yg betul, hati senang, badan sihat, susu pon banyak la. =)

Kalau nak try boleh roger saya ok. HARGA ISTIMEWA, TAWARAN HEBAT & KONSULTASI PERCUMA khas untuk pelanggan2 saya. 

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tahu semua ye.



Jom susukan anak dengan gembira. Anak sihat, kita dapat pahala pastu boleh kurus sama. Kalau saya boleh, semua orang boleh!! =)



Regards,

Marina, Ibu Zidane =)





Friday, 20 December 2013

Tibi & Shaklee






Ok, arini nak cakap pasal tibi. Sebab saya kenal tibi dah lama dah. Haha. Bukan dalam erti kata saya terkena tibi. Tapi sejarahnya, mak saya pernah didiagnos dan dapat rawatan untuk sakit tibi ni. Dan latest one of my siblings positive tibi. Tapi no worries. Tibi bukan penyakit keturunan. Cuma mungkin sebab dah nak terkena. 

 Tahukah kita yg penyakit tibi ni antara penyakit TERTUA di dunia ni. Sebabnya penyakit ini dilaporkan ditemui pertama kali di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum masihi. hippocrates telah mengenalpasti yg tibi ni penyakit paling tersebar luas pada masa itu dan selalunya membawa MAUT. Jangan takut. Itu dulu. Sekarang Insya Allah ada caranya. Mak saya pon dah bebas tibi. =) 

 Sejarah penyakit tibi kat Malaysia pulak kalau korang nak tau antara tahun 1945 hingga 1957, tahun kita merdeka, tibi adalah pembunuh nombor satu di Malaya. Waktu tu, sebahagian besar katil lat hospital penuh dengan pesakit tibi. Sebelum kita jumpa penawar mujarab untuk wabak tibi yg masa tu turut melanda dunia, pesakit tibi dikuarantinkan di satu tempat terpencil "sonatorium" bagi mengelak jangkitan berlaku. Masa tu, ubat yg diberikan hanyalah makanan berkhasiat bagi membina tubuh yg kuat. Itu dulu la.

 Meh la kita berkenalan dengan tibi ni ok! Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Tu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi bila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit tu kurang degreenya. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak. Ini TIDAK BENAR.

Kebanyakan individu yg dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman2 tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan. Kadang2 sampai akhir hayat begitu je. 

Kuman2 tibi tiba2 jadi aktif bila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah org yg dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan diorang sempat lawan kuman2 tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, diorang akan jatuh sakit beberapa tahun kemudia bila kuman yg dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yg lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem imun kita lemah.

Kalau korang nak tau, 24 Mac setiap tahun diisytiharkan sebagai hari tibi sedunia. Bukanla nak meraikan penyakit ni pulak. Haha. Tapi sebenarnya nak beri kesedaran tentang bahaya penyakit ni kepada semua. =) 

Pertubuhan Kesihata Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman penyakit ni dalam badan. Scary x? =P




Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yg membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yg ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru2 atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ni masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain2.

Macam mana tibi merebak?

Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu2 kuman tibi daripada paru2atau kerongkong yg bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yg menyedut udara yg mengandungi kuman tibi yg terapung2 itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya. No wonder, lepas mak kena tibi setahun lebih yg lalu, skang adik pulak yg kena. 

Macam mana kita nak tau kalau2 kita ada penyakit tibi ni? Apa gejala2 atau simptom2 tibi?
  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan
Memang betul, semua simptom ni dapat dilihat kat mak n adik saya. Adik saya baru2 ni demam. MC diberi 2 hari tapi demam tak hilang. Ada masa sihat, ada masa demam. Hilang selera makan pon betul. Dia memang on diet tapi takde turun berat badan dia tu kalau dia on diet macam biasa. Tapi entah tiba2 berat badan boleh turun 3kg dalam masa dia demam tu. Memang suka. Tapi hoi. Turun berat badan akibat penyakit la cara yg paling tak best untuk kurus. Hehe. Sila jangan bangga kalau korang slim tapi sakit. =)

Apa langkah2 pencegahan tibi?
  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan


Siapa pulak golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan?
  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar2
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yg lama
  • Warga tua
Bercakap pasal warga tua, arwah opah saya pon memang ada batuk berkahak sepanjang hayatnya. Sampai dia meninggal pon dia masih ada batuk berkahak. Ingat lagi saya kena basuh bekas kahak arwah opah setiap pagi. Mungkin tibi jugak agaknya? 

Bagaimana cara mendiagnos tibi?
  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma
  • Pemeriksaan sinaran x dada juga boleh menunjukkan kerosakan yg mungkin berlaku pada paru2 kita

Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang2nya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada 2 bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak 4 jenis ubat makan yg disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yg dilantik sebagai penyelia. Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan, biasanya melibatkan 3 jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Kenapa kena makan ubat di bawah penyeliaan? Sebab takut org yg jenis tak suka makan ubat buang je ubat tu atau nanti balik umah tak makan langsung. Haa. Dah tau tibi ni penyakit berjangkit lagi tak nak makan ubat. Babap kang!

Mak saya dulu memang berulang 6 bulan ke klinik kesihatan. Ada satu ketika mak saya allergic kepada ubat yg diberikan sampai naik gatal2 satu badan, mak pon terpaksa amik injection untuk gantikan ubat tu. Setiap hari sekali tanpa henti sampai bontot sakit, biru, berdarah dan tebal. Hehe. Tapi tak lawan cucuk inferon saya lagi. Lagi lebam, lagi hitam. Padahal 8 kali cucuk je. Horror tau inferon ni. Sakit sangat. Mak dulu mengadu selalu yg dia sakit kena cucuk. Atau kadang2 org yg cucuk dia kasar dgn dia, saya cuma cakap dgn mak yg cucuk saya jauh lebih sakit. Mak tak percaya. Bila saya selak tempat cucuk saya baru mak percaya. =P


Tips Umum
  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil suplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

Bercakap pasal sistem imunisasi badan untuk pesakit tibi ni kan, di Shaklee ada jugak suplemen yg boleh kita ambil untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Apa dia? Meh tengok.

Secara ringkasnya, kita boleh ambil mana2 suplemen yg meningkatkan sistem imunisasi kita. 



Nutriferon Shaklee

Memang sahih fungsi nutriferon ni pon untuk boost kita punye immune system. Ingat tak di awal artikel tadi saya ada sebut kuman tibi menyerang bila sistem imunisasi dalam badan kita ni lemah. Sebab tu kalau boleh, pastikan sistem imunisasi dalam badan kita tak lemah, kuat dan boleh melawan penyakit. =)


Vivix Shaklee



Lebih dikenali sebagai tonik ajaib kan? Bagus sangat kalau boleh beli ni. Bajet lebih sikit elokla amik vivix sebab vivix bantu kita merawat penyakit melalui sel dan dna dalam badan kita. Sebab tu namanya tonik ajaib. =)


 Omega Guard Shaklee



Umum tau kan Omega Guard tengah promo bulan ni? Bagus sangat ni tau. Sebab minyak ikan membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2. 


Zinc Complex


Meningkatkan sistem imun dan mengaktifkan 200 jenis enzim. =)


Carotomax Shaklee


Ni antara hot stuff Shaklee ni. Asyik sold out memanjang. Mampu menghalang infeksi, merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2, batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.



Kan saya pernah cerita kebaikan bawang putih? Bagus garlic ni sebab garlic antibiotik semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk tingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit macam selesema, kulat, kuman, virus etc. Juga menghalang alergi dan mempertingkatkan immune bagi penyakit mcm hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis. Boleh baca kebaikan bawang putih kat sini.


Sustained Release Vita C Plus Shaklee


Ni lagi 1 hot stuff. Hehe. Setahun takde kat Malaysia sampai kemaruk semua org cari. Bila dah ada, org lain siap jenamakan kembali. Kesian kan. Hehe. Vitamin C bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Membina sel darah merah yg sihat untuk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit dan juga asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.


Itu antara suplemen Shaklee yg boleh membantu merawat tibi dengan cara meningkatkan daya ketahanan dalam badan. Tapi bukan semua kena amik la. Ikut bajet masing2. Maka tepuk dada dan cek poket sendiri. Kalau ada duit lebih, boleh beli lebih. Lagipun tak rugi beli suplemen. 

Rasa mahal? Ish. Jangan gitu. Sementara sihat memang kita berkira. Lebihkan kecantikan luaran dari kesihatan sendiri. Kalau dah sakit nanti, nak melaram dengan baju dengan mekap cantik2 pon tak larat dah kan. =)

Kalau nak dapatkan barangan Shaklee boleh roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk Harga Hebat, Tawaran Istimewa & Konsultasi Percuma!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)




Thursday, 19 December 2013

Shaklee bukan makanan sunnah?

Tajuk macam gempak je kan? 
Beginila. Jangan terlampau teruja dan cepat melatah. Baca dan hadamkan. Habiskan kemudian kalau tak puas hati boleh buat research. Research sekali segala macam ilmu Fiqh supaya kita yakin dengan apa yg kita makan.

Mesti ramai yg risau nak makan suplemen Shaklee. Sebabnya Shaklee kan produk USA. Bila dengar kata dari USA mula skeptikal. Semuanya jatuh HARAM. 

Ada jugak yg siap nasihat supaya saya kembali kepada makanan sunnah seolah2 saya dah terpesong jauh dari agama. Nauzubillah.

Tapi takpela. Biar la orang nak cakap apa. Yg penting kita yakin dengan pilihan kita. Meh saya ceritakan sikit latar belakang Shaklee ni. As claimed, memang betul Shaklee suplemen semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat. Nah, kat bawah ni saya sertakan biodata Shaklee ni.

Pengasas Shaklee ni Dr Forrest C. Shaklee, Sr: dan dia ni memang orang AMARIKA. =P

  • Pada 1915, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertama yg dikenali sebagai "Vitalized Minerals" di mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai "vitamins". Inilah sejarah di mana perkataan vitamin terhasil. Daripada Shaklee jugak. =)
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.
  • Pada 1924, Dr. Shaklee membina health care centre yg lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  • Pada 1928, beliau melahirkan sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide Pyramid yg sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.
  • Pada Januari 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yg akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65 tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yg telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yg lebih baik dan produknya bersama dunia.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai MAKANAN berbeza dengan produk syarikat lain yg dilabelkan sebagai DRUG COMPANIES.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yg terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai "Leader in the nutritional industry".
  • Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk2 mereka. Ia dilakukan oleh pakar luar, unbiased source seperti Yale University dan Harvard University di mana kajian klinikan ini dijalankan ke atas manusia dan bukannya haiwan untuk membuktikan secara saintifik yg produk2 Shaklee boleh digunakan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan di dalam peer-reviewed nutritional & medical journals seperti The American Journal of Clinical Nutrition, The Journal of Nutrition, The Journal of the American Dietetic Association, The Journal of Applied Physiology dan The American Journal of Cardiology.
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang2 tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melariskan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yg melaburkan berjuta2 USD untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yg badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas, enzim2 dan pythochemicals.
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Stanford University in Palo Alto, California.
  • Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yg mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka. Tak seperti Shaklee yg memiliki ladang vitamin mereka sendiri. Formula vitamin pon dihasilkan melalui kajian sendiri dan tak dibeli dari mana2 makmal. Menarik kan?
  • Shaklee melaburkan melebihi 12 juta USD setahun untuk tujuan penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150 orang saintis dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah, profesor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yg berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yg terlibat dalam penghasilan produk Shaklee. Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.
  • Setiap produk Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan yg berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  • Shaklee produknya semua dijamin berkualiti.

So kat atas tu semua fakta menarik mengenai Shaklee kalau semua orang nak tahu. Kredit kepada blog ni.

Berbalik kepada soal makanan sunnah vs Shaklee. Jom baca ayat Al-Quran pulak. Cakap bukan sekadar cakap ok!

Surah Al-Baqarah ayat 168.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yg ada di bumi, yg halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yg terang nyata bagi kamu".

Jelas tak ayat tu? Allah suruh kita makan apa sahaja yg ada di atas bumi ni asalkan makanan yg halal lagi baik. Halalan Taiyiba!

Jadi semak pulak sijil halal Shaklee. Kalau nak cek status halal Shaklee bolehla ke status halal Shaklee. Sijil halal Shaklee ni dipantau oleh Islamic Services of America. Dan diperbaharui setiap tahun. Malah kalau ada produk baru dihasilkan oleh Shaklee, Shaklee terus buat sijil halalnya sekali. Eh, setengah orang nak tengok status Halal dari JAKIM. Takmo tengok yg Amerika punye halal. Hadoi. Ketahuilah yg Islamic Services of America ni diiktiraf oleh JAKIM. Jangan risau ok. Hehe.

Berkaitan dengan isu MAKANAN SUNNAH pulak, sebagai pengedar Shaklee, takdela pulak saya nak ajar korang semua ketepikan makanan sunnah. Takdela pulak saya mintak korang beli suplemen Shaklee je. Saya pon makan makanan sunnah jugak what. Anak saya, saya carik kan jugak Qaseh Junior what. Salahke kalau kita ambil suplemen yg telah diuji kualitinya berdasarkan kajian klinikal yg menyeluruh?

Saya nak kongsi pandangan yg saya ambil dari blog Dr Harlina, "does not mean that we Muslims should deny ourselves of modern medicine"


Sama jugak kaedahnya dalam kes pengambilan suplemen dari barat. Tak salah kalau kita consume suplemen dari barat. Yg penting HALAL. 

Ada jugak pandangan daripada Dr Maza yg mengatakan : Pada zaman Nabi, Nabi menghormati kepakaran Al-Haris Bin Khaladah. Dia ni bukannya muslim tapi dia pakar perubatan arab pada zaman tu dalam masyarakat Madinah. 

See. Nampak tak kat sini apa yg saya cuba nak sampaikan? =)

Saya tak menolak makanan sunnah. Malah saya suka sangat. Dulu masa mengandungkan Zidane, sibuk saya cari jus delima untuk tambahkan HB. Walaupun tak berkesan tidak pulak la saya menyalahkan makanan sunnah. Hehe. Akhirnya, inferon la kita. Sakit tau!

Islam tak pernah halang kita makan apa yg ada atas muka bumi ni. Yg Islam mintak kira cegah adalah makan berlebih-lebihan. Sebab tu adanya konsep wasatiyyah dalam Islam. 

Contoh, kalau makan soya sekadar nak makan, takkan jadi pape kan? Kalau makanan sunnah pon kita sebat berlebihan pun jadi penyakit jugak. Kuncinya di sini adalah WASATIYYAH!! =)

Sebab tu pada korang yg amik suplemen, kalau amik dengan saya la, ikut nasihat dan saranan pengambilan yg dicadangkan. Jangan over. Nak sihat sangat sampai makan berlebihan. Air pun kena minum banyak dan sekali sekala minumlah air kelapa untuk neutralkan vitamin dalam badan. Sebab kadang2 kita tak sedar kita kurang minum air pada hari2 tertentu. =)

Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasulullah S.A.W bersabda di dalam hadisnya : "Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya".

Jelas kan? Islam tu mudah dan tak menyusahkah kita dengan peraturan2 yg tak sepatutnya. Kenapa pulak kita menyusahkan diri kita dengan perkara yg tak sepatutnya? Ish peningla. =P

Untuk mereka yg pilih untuk makanan sunnah, teruskan. Untuk mereka yg tak nak ambil suplemen tak mengapa. Tapi jangan pulak melabel kami yg makan suplemen ni dengan macam2 label yg tak enak. Pilihan di tangan masing2 kan? =) Meh saya kongsi gambar screenshot dari sahabat FB saya ni:


Muhasabah balik diri. Jangan terlampau ekstrem. Jangan terlalu rasa betul. Sebab bila kita rasa camtu, benda yg sebenarnya tidak haram pon kita label sebagai haram dan berdosa. My 2 cents. =)

Jadi letakkan dalam kepala kita, Sunnah Rasulullah S.A.W adalah makan makanan yg HALAL & BAIK untuk kesihatan.

Makanan yg baik adalah makanan yg halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yg mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan sahaja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.

Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang mukmin yg kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yg lemah" - Hadith Riwayat Muslim

Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba perhatikan kebanjiran restoran2 atau kedai2 atau gerai yg menyediakan makanan yg tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yg begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yg dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Sebab itulah ada org yg tak suka makan sayur. Sebab alasan mudah, sayur tak sedap.

Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Sebab tu diorang ada standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Pernah dengar tak? USRDA?

Tak macam kita. Tak semua menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia yg ada macam2 jenis. Bila dah tua barulah nak berpantang itu ini sebab dah kena macam2 penyakit kan. =P

Rasulullah S.A.W bersabda: "Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" - Hadith Riwayat Al-Dailami

Jadi macam mana nak cegah segala penyakit? Kita mulakan dengan menjaga pemakanan dan pantau aktiviti kita.
  • Makan mengikut saranan piramid makanan
  • Ambil buah2an dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet
  • Mengambil makanan yg membekalkan cukup vitamin dan zat mineral
  • Makan mengikut waktu yg ditetapkan
  • Minum air yg mencukupi
  • Bersenam sekurang2nya 20 minit sehari
Penjagaan pemakanan ni bukan sekadar makan untuk kenyang. Sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai tabiat makan yg baik. Sebab tu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya.

Jadi makanlah yg baik2, pastikan keluarga kita dibekalkan dengan makanan yg halal dan berkhasiat, yg penting dari sumber semulajadi, sama ada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yg terbaik dan paling berkat, namun makanan yg disuap itu membina fizikal dan mental anak2. Kan?

Kredit: Master Lyna

Ada 2 benda yg boleh kita simpulkan dari perbincangan di atas.
  1. Makanan sunnah adalah makan makanan yg Halalan Taiyiba
  2. Walau Shaklee bukan makanan sunnah, tapi perbuatan mengambil suplemen untuk kekal sihat dan cergas adalah Sunnah Nabi S.A.W.


Jadi, apa tunggu lagi? Dah clear kan fakta2 yg diberi? Pilihan di tangan kita. =)

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk dapatkan produk Shaklee pertama korang. Harga terbaik khas untuk korang semua!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)