Monday, 11 November 2013

Vivix Shaklee & Strok

Saya nak kongsi artikel yg saya kira bagus untuk kita sebagai org yg tak berapa arif pasal perubatan ni. Hehe. Maklumla, saya bukan doktor. Tapi saya suka membaca untuk tambah ilmu pengetahuan.

Kelmarin, ada relatives sebelah suami tekanan darahnya naik tinggi sampai ke 200++. Kemudian, tak lama lepas tu, dia diserang strok. Kemudian, serangan jantung yg pertama pulak menyerang. Orangnya nampak sihat walaupun dah berusia. Sebab tu terfikir pulak pagi ni nak baca pasal strok ni.

Semua ni saya dapat dari National Stroke Association of Malaysia. Kalau nak gali ilmu elokla di sini. =)

Mengikut kata page ni, strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di dunia. Hanya penyakit jantung dan kanser yg dapat mengatasi strok. Malah strok ni bukan sahaja boleh terjadi kepada orang dewasa ataupon orang tua, malah, kanak2 pon ada risiko terkena strok jugak. Dianggarkan 40000 rakyat Malaysia mengalami strok pada setiap tahun.


Apa tu strok?



Strok secara mudahnya bolehla dikenali sebagai serangan otak dan serangan otak ni terjadi bila bekalan darah ke otak terganggu. Kita semua tahu yg otak ni pusat saraf tubuh dan tempat mengawal semua benda yg kita fikirkan, di samping mengawal fungsi2 automatik seperti pernafasan.

Macam mana otak berfungsi? Otak perlukan bekalan darah berterusan yg bawa oksigen dan nutrien penting. Bila saluran darah dalam otak kita pecah ataupon tersumbat, maka, bekalan darah akan terhenti dan sel2 otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bila jadi macam ni, bahagian otak mula mati. Kita akan mengalami strok. Bila berlaku kerosakan otak ni, deria2 kita akan terjejas, pertuturan bahasa dan pemahaman bahasa pon akan terjejas sama. Sebab tu dalam banyak situasi, kita boleh tengok org yg kena strok ni sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan pon mungkin berubah.




Serangan iskemia sementara 

Apa tu strok iskemia? Bila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang darah, menyebabkan ketulan2 darah beku terbentuk, pastu mengganggu bekalan darah ke otak.

Satu tanda penting ancaman strok ni adalah Serangan Iskemia Sementara, yg juga dikenali sebagai strok mini. Strok mini terjadi disebabkan gangguan bekalan darah yg sementara ke bahagian2 otak. Gejala2nya amat serupa dengan strok sebenar, tapi tak seperti strok serius, gejalanya muncul kurang 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. Strok mini adahal petunjuk yg sebahagian otak tak dapat bekalan darah yg cukup dan terdapat risiko berlakunya strok. Strok mini seperti ni tak boleh dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada profesional perubatan dengan segera sebab risau nanti akan melarat dan jadi strok serius. 


Siapa yg berisiko terkena strok?

  1. Golongan yg ada tekanan darah tinggi (hipertensi) yg tak dirawat. Bila tak dirawat, maka ini akan merosakkan dinding2 arteri.
  2. Diet. Diet yg tinggi kandungan garam dikatikan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yg banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
  3. Penyakit kencing manis (Diabetes). Golongan yg menghidap kencing manis mengalami lebih kebarangkalian mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
  4. Pernah mengalami strok mini. Dianggarkan seorang dari 5 org yg mengalami strok penuh pertama pernah mengalami satu atau lebih strok mini sebelumnya.
  5. Fibrilasi atrium. Degupan jantung yg tak teratur meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung yg kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa alirah darah ke otak.
  6. Merokok. Ini mempunyai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yg lebih tinggi.
  7. Tabiat minum (alkohol) yg kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukaan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yg berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  8. Pil perancang keluarga. Ini boleh menyebabkan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Pil perancang jugak boleh menaikkan tekanan darah.

Yg saya sebutkan di atas semuanya faktor luaran. Tapi ada juga faktor- faktor yg tak dapat dikawal seperti berikut :

  1. Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yg berumur 55 tahun keatas dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Mungkin sebab arterosklerosis mengambil masa yg lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  2. Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65 tahun.
  3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yg pernah mengalami strok meningkatkan risiko. Mungkin sebab faktor2 seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.

Cara untuk mengurangkan risiko terkena strok

Antara langkah2 yg boleh kita ambil untuk mengurangkan risikor terkena strok adalah:

  • Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu2nya faktor risiko terbesar untuk strok). Kawal berat badan membantu membentuk imbangan lemak darah yg sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawa insulin. Buat apa2 jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang2nya 5 hari seminggu.
  • Amalkan diet yg sihat. Buah segar dan sayur adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yg dibuktikan oleh penyelidikan dapat mengurangkan strok. Pengambilan garam yg tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak temu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri)
  • Kekalkan badan yg sihat. Berat badan yg berlebihan membawa risiko strok.
  • Jangan merokok. Merokok meninggikan strok kerana ianya menyebabkan arterosklerosisi (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
  • Minum alkohol dengan bijak (Yg ni untuk non muslim ok) Perhatikan pengambilan alkohol sebab ini boleh membantu kita mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak terutama minum jumlah alkohol yg banyak sekaligus, sebab ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.
  • Periksa tekanan darah. Semua org dewasa perlu periksa tekanan darah sekurang2nya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika ada tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yg lain.
  • Minta nasihat dari doktor sebelum ambil pil perancang atau menjalani terapi penggantian hormon.


Strok dan Shaklee

Kalau di Shaklee, bila bercakap mengenai strok, memang vivixla jawapannya.


Minuman botanikal 1001 rahsia, keajaibannya memang tak perlu disangkal lagi. Jom saya kongsikan testimonial yg ada mengenai Vivix Shaklee ni.

Semua testimonial ni saya kongsi dari Permatacintaku.

Testimonial 1

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.


Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik.Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.
 



Testimonial 2


ssalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat.. 

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga.. 

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan.. 


Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif.


Testimonial 3



Testimonial 4





Testimonial 5



Testimonial 6




Testimonial 7





Tengok. This is real. Memang betul Vivix Shaklee boleh membantu masalah2 di atas. Kalau tak, takdela laku keras. Bulan ni bulan Vivix. Harga asal 400++. Harga bulan ni je RM3XX. Bulan ni jugak promo buy 6 free 1. Tapi kalau xnak beli sampai 6 pon xde masalah. Boleh je beli 1, 2, 3 dengan harga promo. Kalau beli 2 terus dapat keahlian percuma. =)


Best x? Best kan. =P

Apa tunggu lagi. PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 segera. Sekali sekala belanja benda baik untuk kesihatan dalaman kan rasa seronok dan puas hati. Sebab kecantikan luaran terpancar dari dalam. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)





No comments:

Post a Comment