Wednesday, 6 November 2013

Risiko hemoglobin rendah bagi ibu hamil

Pernah tak bila check up kat kinik dokte cakap HB rendah? Tahukah korang apa sebenanye HB dan apa fungsi HB ni dalam badan kita?

HB maksudnya hemoglobin dalam darah. Fungsinya pulak untuk membawa oksigen menerusi sel darah merah dari paru-paru ke seluruh badan kita.Di dalam hemoglobin terdapat sel protein dan zat besi yang diperlukan terutama wanita mengandung bagi membekalkan oksigen kepada bayi mereka. Bila paras hemoglobin rendah maksudnya, sel darah merah yg bawak oksigen ke seluruh badan tu tak cukup. Maka jadila kes anemia. Bila cek kat klinik dan bila takde pergerakan penambahan pada paras HB tu, maka kita kena pulak pegi cek sama ada kita ni penghidap talasemia atau pon pembawa. Bila kita disahkan penghidap memang bahaya. Sebab akibatnya nanti, bila kita bersalin takut berlaku tumpah darah yg mungkin boleh menyebabkan kematian, risiko kegagalan jantung, pitam, keguguran dan pendarahan untuk ibu. Kelahiran pra matang, kematian bayi dan kadang2 pembentukan janin yg terbantut pon dikaitkan dengan paras HB yg rendah. Dalam beberapa keadaan, bila kita disahkan menghidap talasemia ataupon anemia teruk, kita mungkin akan dicucuk. Cucuk inferon namanya. Cucuk ni sakit memang wa cakap sama lu. Ada yg kena cucuk 2 kali dah pengsan. Dalam beberapa keadaan, bila paras HB masih kekal, maka pilihan terakhir adalah blood transfusion. Maksudnya, darah kita dikeluarkan dan digantikan dengan darah penderma yg lebih sihat. 

Jom cakap pasal cucuk inferon la memandangkan ini adalah situasi yg saya sendiri hadapi. Tak nak la cerita benda yg x jadi kat kita. Boleh nak cerita, tapi feel nya tak sama.

Masa saya hamil, awal2 bulan tu HB ok, Alhamdulillah. Masuk bulan ke 6, paras HB jadi rendah. Tapi takat 9 je kot paling teruk, Bila dah jadi gitu, check up kat klinik jadi makin kerap. Tiap 2 minggu sekali dah kena check up, cucuk sana sini ambik darah, hanta ke lab. Pernah juga sampai kena buat ujian talasemia. Tapi Alhamdulillah. Allah dah tentukan. HambaNYA yg sorang ni sebenanye sihat. Cuma mungkin dek kerana diet pengambilan makanan tu jenis yg tak sihat. Makan sayur hijau pon kurang. Tak kuasa la nak makan hati ayam. Hati ayam kan tempat berkumpulnya sisa toksin. Bluwek!

Jadi lepas check up jadi kerap, HB masih begitu. Dah makan ubat sintetik yg dokte bagi tapi masih tak jalan. =P Jadi saya dihantar untuk berjumpa dietition. So kat kelas dalam setengah jam tu saya diajar pasal makanan. Well, this is Marina. I know what is good, bad what not. But this is sumting relates to my appetite. Haha. Selera ni sebenanye tak boleh diubah. What i like then i eat a lot la. What i dont prefer so i say bye2. =P

Maka jalan terakhir setelah HB masih di takuk yg sama, malah kadang2 drop jugak, saya terpaksa dicucuk inferon. Sebelum ni dengar cerita yg kalau kena cucuk, sakit. Ada akak tu anak dah 3 ok. Kena cucuk masa anak sulung. Sakitnye masih terasa. Misi cakap, 5 tahun pon belum tentu sakit tu hilang. Wow. Apekah? Masa tu kesedaran mengenai injection ni memang zero. So what i did was, i relakan diri. Huh. Maka jadilah kejadian dicucuk, kadang2 berdarah. Sakit mmg Allah je tahu. Demi anak yg dikandung, ibu sanggup buat apa saja. Lepas dicucuk, mula la makan benda yg naikkan HB. Sayur2an hijau, kerang what not walaupon selera nak makan semua benda tu kurang. Gagah mencari jus delima sampai ke kedai arab di Gombak. Makan buah delima segar. Macam2 la. Tapi HB ku begitu saje la. Ada la naik sikit2. Tapi yg pasti 8 kali cucuk inferon selang sehari tu wajib dihabiskan.

Tu la keadaannya kalau makan tak ketahuan kemudian malas ambil suplemen. My bad. Sekarang Muslim Wajdi Zidane dah masuk umo setahun 3 bulan. Sakit dicucuk inferon ni masih ada. Yg bestnya, lebam di tempat cucuk masih hitam. Tengokla berapa lama diambil untuk hilangkan lebam tu. Entah chemical apa yg masuk dalam badan ni pon tak tahu la. Lebih 6 bulan sakit belakang. Rasa sakit belakang mengalahkan orang yg kena czer. Org tengok saya hepi, mcm sihat tapi lebih 6 bulan saya menanggung sakit belakang. Nak baring mcm biasa pon tak boleh. Bila mengiring, lebam2 tempat cucuk pulak menggigit2 sakit. Huhu.


Bagaimana nak elakkan kena cucuk inferon yg sakit gile ni?

Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai masalah dengan zat protein kerana ia banyak diperolehi dengan meminum susu setiap hari.Tapi bagaimana pula dengan zat besi yang turut diperlukan oleh mereka.Untuk itu,anda boleh mengambil beberapa vitamin Shaklee bagi memelihara kesihatan semasa mengandung.

Vitamin ini juga berfungsi untuk memberi tenaga kepada wanita mengandung yang sering mengalami keletihan.

Vitalea Iron Formula-Membekalkan Zat besi dan pelengkap kepada nutrisi harian.
Vitamin B Complex-Membekal asid folic yang diperlukan oleh wanita mengandung dengan kadar serapan yang tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan.
Vitamin C-Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Meh tengok cerita ibu gembira lepas ambil set kehamilan shaklee:




Ubat yg klinik bagi tu tak cukup ke?

This is reality. Ugly truth if u wanna label it. Saya kepilkan gambar cukup kot.



Kredit kepada Pretty0Blossom untuk gamba di atas.

Res ipsa Loquitor. The thing speaks for itself. Kalau dah namanya sintetik. Nak tunggu larut pon jenuh. Ni la antara sebab kenapa org cakap makan ubat banyak boleh affect buah pinggang.

Bukan nak jadi dokte ke apa, tapi kalau saya la, tiap kali customer amik suplemen, saya nasihatkan, minum banyak. =)

Segala yg terjadi ni atas izin Allah. Tapi sebagai manusia, kita berikhtiar. Ikhtiar pulak ada macam2 cara. Sama ada cara alami ataupon cara ambil suplemen. Semua tu ikhtiar kita untuk dapatkan kesihatan yg kita inginkan. Jadi jgn skeptikal bila ada yg pilih untuk ambil suplemen. Yg pasti suplemen Shaklee memang semulajadi. =)

Yg hamil tu nak cuba set kehamilan Shaklee??

Meh roger saya. Harga istimewa saya beri kepada ibu2 pembawa bakal khalifah ni. PM/ Call/ SMS/ WhatsApp 0163314797 ok!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment