Wednesday, 20 November 2013

Omega Guard Shaklee. Minyak Ikan terbaik untuk anda!

Arini saya nak share kebaikan minyak ikan in general. Ramai yg tahu minyak ikan ni bagus. Tapi diorang tak tahu secara khususnya apa bagusnya minyak ikan ni kepada kita. Perlu ke makan minyak ikan?

Ok, jom mula!


Metabolisme


Apa kaitannya metabolisme dengan minyak ikan ni? Kalau nak tahu, dengan mengambil minyak ikan ni, kita boleh meningkatkan metabolisme dalam badan kita ni. Makin kita berusia, kadar metabolisme kita berkurang. Sebab tu elok sangat ambil minyak ikan ni sebagai suplemen untuk tingkatkan kadar metablolisme badan. Selain daripada tu, minyak ikan jugak melancarkan peredaran darah dan proses fisiologi. Dengan makan minyak ikan, kita boleh menurunkan kadar kolesterol total dalam badan, mengekalkan tahap kseihatan LDL dan Trigliserida.  Sebab tu kalau tengok orang nak turunkan berat badan, diorang consume minyak ikan. Sebabnya, minyak ikan dapat mengurangkan lemak yg berlebihan dan akhirnya dapat membantu penurunan berat badan.



Memelihara Sistem Kardiovaskular

Sedar atau tidak sebenarnya, dengan pengambilan minyak ikan, kita boleh mencegah serangan jantung dan strok. Sebabnya DHA dan EPA dalam minyak ikan menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan memastikan peredaran darah menjadi lancar ke seluruh badan. Orang yg pernah alami strok minor elok sangat ambil minyak ikan untuk mencegah penggumpalan darah di seluruh tubuh. Di samping tu, minyak ikan boleh menurunkan hipertensi dan mencegah kekakuan dinding arteri yg boleh membawa kepada serangan jantung.


Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Makan minyak ikan tidaklah menyebabkan kita menjadi seperti badang. Ataupon seperti thor. Haha. Sistem kekebalan tubuh ni merujuk kepada sistem imuniti dalam badan kita la. Bila kita makan minyak ikan, kita dapat meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, stamina dan daya tahan tubuh. Kita juga dapat mengurangi inflamasi atau keradangan macam ekzema tu. Minyak ikan jugak baik untuk proses detoksifikasi serta sebagai anti bakteria dan anti virus. Untuk mereka yg baru lepas pembedahan, minyak ikan bagus untuk mempercepatkan penyembuhan.



Bagus untuk sel

Minyak ikan bagus untuk meningkatkan peredaran oksigen dan membentuk sel-sel baru di seluruh tubuh. Secara tak lansung jugak kita dapat memaksimumkan fungsi sel-sel saraf dan otak macam daya ingatan, berfikir, dan konsentrasi. Sebab tu ibu2 hamil kalau di trimester kedua, kita suggest untuk ambil minyak ikan. Sebab DHA adalah nutrien utama untuk otak. Elok untuk perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Untuk ibu2 yg menyusukan anak2 pon digalakkan untuk ambil minyak ikan sebab susu ibu kaya dengan DHA. DHA ni meningkatkan keupayaan memori dan tumpuan ketika belajar, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Selain bagus untuk sel otak, minyak ikan juga bagus untuk mematikan jaringan sel kanser dan kekal sebagai anti oksidan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel-sel tubuh. Kajian mendapati bahawa Omega 3 dalam minyak ikan boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Minyak ikan jugak bagus untuk meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.



Baik untuk Sistem Saraf

Minyak ikan bagus untuk sistem saraf. Kita juga dapat melindungi otak dari toksin terutamanya pasca stroke. Untuk ibu2 yg baru lepas bersalin, minyak ikan bagus untuk mengatasi depresi setelah melahirkan.


Kesihatan Mata

Minyak ikan turut berfungsi untuk menjaga kesihatan mata secara menyeluruh dan mengoptimumkan fungsi penglihatan.



Bagus untuk sistem pernafasan

Kalau mereka yg ambil minyak ikan, kebarangkalian untuk terkena bronchitis, asma dan penyakit paru2 akan berkurangan. Sebab tu dalam sesetengah kes bila ada yg terkena lelah atau asma, dengan pengambilan minyak ikan, sakit pada sistem pernafasan ni akan berkurangan.



Memelihara kesihatan sendi

Paras asid dalam omega 3 larut dalam tisu rawan. Sebab tu minyak ikan boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Dalam masa yg sama, minyak ikan mengatasi sakit akibat Arthritis, memelihara fungsi2 sendi dan gout dengan efektif.



Mencantikkan kulit

Makan ikan minyak boleh menjaga kecantikan dan kesihatan kulit sebab darah mengalir baik ke seluruh badan. Dalam masa yg sama, dapat menambah anjalkan kulit dan menghaluskan kulit. Elok untuk orang yg jenis ekzema. =)

 

Sistem reproduksi yang sihat

Makan minyak ikan boleh mengatasi masalah PMS. Dalam masa sama jugak boleh meningkatkan fungsi reproduksi dan menyuburkan serta mengatasi kekeringan ketika menopaus. Makan minyak ikan juga boleh mengatasi gangguan prostat.



Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan

Ibu hamil digalakkan makan minyak ikan untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. Dalam masa yg sama jugak ibu2 dapat kesihatan yg optimum gitu!!


Isunya sekarang, minyak ikan memang bagus. Tapi kenapa ambil Shaklee??

Kelebihan Shaklee adalah:

Shaklee mempunyai minyak ikan terbaik di dunia. Sebab minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam di perairan Jepun. Sah2 minyak ikan Shaklee BUKAN minyak hati ikan.

Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Kalau nak compare dengan brand lain, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA.

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 90mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ni bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien malah tak dapat menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan.

Shaklee pula menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Apa prosesnya? Proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paling tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Sebab tu la Omega Guard Shaklee BEST!!








Alang2 membeli suplemen dan minyak ikan, ambilla yang paling baik dan semulajadi. Sebab tu saya pilih Shaklee!!


Jom cuba Omega Guard Shaklee.


Regards,

Marina, Ibu Zidane. =)

No comments:

Post a Comment