Friday, 15 November 2013

Khasiat bawang putih







Teringat masa zaman kecik2 dulu tengok kartun. Kalau nak halau hantu guna bawang putih. Tu zaman dulu2 la. Kalau halloween je, gantung bawang putih berlabu2.

Ramai anggap bawang putih cuma penyedap rasa masakan sebagai bahan tumisan. Tapi sebenanye silap tu. Banyak khasiat bawang putih yg kita tak cari gali. Sebenarnya makanan di sekeliling kita ni ada banyak kebaikan dan keburukannya. Pendek kata jangan ambil berlebihan. Apa sekalipon, berbalik kepada rule bersederhana.

Ok la, takmo cakap banyak. Jom la kita tengok khasiat bawang putih dalam masakan.


  • Menyuburkan rambut. Bawang putih baik untuk memperbaiki masalah keguguran rambut. Bawang putih ada kandungan Allicin yang tinggi yang dikatakan baik untuk mengawal masalah rambut gugur.
  • Membersihkan jerawat. Bawang putih mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang boleh membunuh bakteria. Sebab tu kalau nak bersihkan muka daripada jerawat, ambil sehiris bawang putih kemudian sapukan kat seluruh bahagian muka yang bermasalah.
  • Mencegah dan mengubati flu. Yang ni memang betul. Kalau anak2 kecil kena selesema, eloklah buat garlic oil ataupun garlic socks dan bagi diorg pakai. Budak2 kecil ni kan tak elok bagi ubat kalau selesema dan demam. Lagi2 yang bawah setahun tu. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, maka sistem imun badan boleh boost dengan baik sekali kalau setiap makanan kita, kita letakkan bawang putih. =)
  • Atasi penyakit kulit. Bawang putih terbukti mempunyai anti radang. Maka sekaligus, bawang putih digunakan untuk memerangi penyakit kulit.
  • Pengawalan berat badan. Ahli gizi, Cynthia Sass melalui kajian terhadap tikus di makmal  yang makan bawang putih mendapati bahawa terdapat pengurangan berat badan dan penyimpanan lemak. Oleh itu, kalau nak makanan yang lazat dan pinggang yang ramping, masukkan la bawang putih dalam masakan anda.
  • Menyembuhkan luka. Cuba letakkan bawang putih pada luka akibat terkena serpihan dan kemudian balutkan dengan kain. Ini cara yang baik untuk menyembuhkan luka dengan cepat.
  • Mengubati kaki atlet. Ubat mujarab bagi atlet untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Caranya, rendamkan kaki ke dalam air suam yang diletakkan bawang yang dicincang!
  • Menjauhkan nyamuk. Kajian di India mendapati, mereka yang menyapu minyak bawang putih atau menyapu bawang putih ke kaki, kebarangkalian untuk diganggu nyamuk adalah sangat kurang.

Tengok, banyakkan khasiat bawang putih ni? Di Shaklee, kita ada Garlic Complex yang dikategorikan sebagai suplemen yang menguatkan sistem imun badan.



Beza Shaklee dengan jenama lain.

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas. Garlic Complex dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif. (Tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 100mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Antara manfaat utama Garlic Complex Shaklee:

  • Mengandungi spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic antibiotic semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang alergi - Mengurangkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2 hingga 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi sehingga 8 point.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum, kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan akibat logam dan menghalang kerosakan hati disebabkan oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolesterol - Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

Tengok, benda kecik je bawang putih ni. Tapi khasiatnya, Baaaaanyak kan!!

Kalau malas nak hiris bawang putih atau buat minyak bawang putih meh sini try Garlic Complex ni. Saya dah try sejak mula masuk Shaklee lagi. Dek kerana nak tingkatkan sistem imun diri sendiri, maka saya pon cuba la makan Garlic Complex ni. Alhamdulillah, boleh dikira je rasa tak sihat tu. Rezeki kesihatan yang baik sekali Allah anugerahkan untuk saya. =)



Meh meh. Call/PM/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk dapatkan Garlic Complex Shaklee. Murah je. Tak sampai RM50 pon. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)








2 comments:

  1. bawang putih memang bagus..tapi klu nak amalkan makan mentah2 atau bykkn dlm masakkan mmg x lah..pada yg nak khasiat bawang putih tp xleh telan mentah2..boleh try supplement Garlic Complex. Ayah sy mkn hampir sebulan..tekanan drah tinggi turun 125 drpd 170. Sebelum ni hari2 telan ubat hospital. Skrg selang 2 hari bru amik. Semoga dpt mmbantu :)

    Mari la singgah di blog saya dan baca pos khasiat dan manfaat bawang putih hasil dari tulisan saya ini.

    Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca ibuzidane ye :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu. Kalau nak makan mentah memang tak lalu. Hehe. Terima kasih singgah ke sini. =)

      Delete