Tuesday, 12 November 2013

Kenapa saya kena diabetis?

Tolong baca sehingga habis. Saya tak kena diabetis pon. Malah paras gula dalam darah saya normal setakat ini. Alhamdulillah. 

Nak cerita, semalam, seorang rakan baik saya sejak di UIA telefon saya. Menangis2 memberitahu yg dia terkena kencing manis. Dia menangis sebab doktor cerita kesan2 akibat kencing manis. Dia menangis sebab umur belum 30 tahun tapi dah terkena kencing manis. Dia menangis memikirkan yg dia akan mati dek kerana penyakit yg satu ini.

Saya maklumkan kepada dia once dah didiagnos menghidap kencing manis bukan bermakna kita akan mati esok hari. Semua org ada sakit dan penyakit mereka sendiri. Serius atau tidak, semua tu bahagian masing2. Life must go on. Bila dah dapat tau terkena kencing manis ni, ambil langkah untuk turunkan gula dalam darah. Saya nasihatkan supaya dia makan makanan lebih berkhasiat mula hari ini. Saya beritahu makan peria, minum air teh tanpa gula. Makan kena ikut gaya org yg ada penyakit kencing manis. Jangan semberono makan semua benda sedap di mata dan selera. Harapnya dia lega. Ayah saya pon kadang2 paras gula dalam darahnya naik. Tapi ayah saya ni memang one of a kind. Diet kesihatannya sangat bagus, Suplemen tak tinggal. Kalau ada ubat dokte, ubat dokte pon xtinggal. Kalau dokte cakap apa yg perlu dia pantang jgn makan, maka dia xkan makan walau pon pantang larangnya mencecah 3 helai kertas A4. Itu ayah saya. Sangat jaga kesihatan. Sebab tu dalam usia 76 tahun, ayah bekerja kuat dan nampak seperti berusia 50 tahun. Kalau nak ikutkan kudrat ayah sekarang, belum tentu seorang lelaki yg umurnya dalam 50 tahun boleh sekuat ayah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. =)

Berbalik kepada cerita kawan yg sorang ni, saya nak kongsi sikit macam mana boleh terjadinya kencing manis ni.

Penyakit kencing manis ataupun diabetis merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit. Diabetis jenis ini biasanya dialamai oleh mereka yg mempunyai masalah berat badan berlebihan, ketika hamil ataupon akibat faktor umur.

Kenapa diabetis ni bahaya?

Sebab bila kadar gula dalam darah tinggi, lambat laun akan mengakibatkan kerosakan pembuluh darah dan saraf yg kemudiannya akan mengakibatkan gangguan fungsi mata, ginjal dan sarat serta meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan impotensi.


Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi adalah:
  • Dehidrasi
  • Rasa haus terus-menerus
  • Kerap kencing
  • Selalu penat
  • Penurunan berat badan mendadak
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama
  • Rasa kebas-kebas di sesetengah anggota badan
  • Gatal-gatal terutama pada bahagian kelamin
  • Penglihatan kabur




Kalau korang semua nak tau, diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Perubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. 

Kredit wikipedia. Saya bukan doktor. Jadi saya membaca. =)

Di Shaklee kita ada set untuk masalah diabetis ni. Sugar control set namanya. =)



Pendek kata, sakit ni tak kira usia. Sesiapa pon boleh kena. Sebab tu kita kena jaga kesihatan kita sebaik mungkin. Tapi once dah jadi penghidap bukanla bermakna kita mati arini jugak. Allah bagi sakit untuk kita alert balik cara penjagaan kesihatan kita. Allah bagi sakit sebab DIA sayang kita. Kan ke sakit tu kifarah dosa yg lalu. =)

Sebab tu kena makan suplemen. Memang kalo ikutkan hati yg berkata2, kalo dah ajal, mati juga. Tapi takkan la nak mati sia2. Sekurang2nya, nikmat badan yg sihat ni kita dah jaga dengan sebaik2 amanah kan. Lagi pon, once dah sakit, belanja rawatan pon jadi banyak. So masa tu baru fikir, mana lagi mahal, suplemen ke atau duit untuk rawatan? Tengok poket tanya diri sendiri ok!

Kalau nak try sugar control set ni boleh roger saya k!


Regards,

Marina, Ibu Zidane. =)



No comments:

Post a Comment